Surat terbuka kepada Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa / Open letter to Institute of Strategic and International Studies

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, pertubuhan-pertubuhan yang disenaraikan di bawah, ingin menyatakan rasa kesal terhadap Isis Malaysia kerana menganjurkan ceramah oleh Dr Ali Rashid Al Nuaim dari UAE pada 9 Julai.

Penceramah tersebut dikenali sebagai penyokong tegar rejim Zionis dan dianggap secara meluas sebagai sekutu utama serta ‘sahabat’ Israel.

Beliau merupakan penggerak utama di sebalik usaha menormalisasi dan memperkukuh hubungan antara Israel dan UAE, malah menjadi arkitek serta pendukung utama Perjanjian Abraham (Abraham Accords).

Perjanjian ini telah menjalin hubungan diplomatik antara Israel dan UAE, walaupun pada masa yang sama Israel terus melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza, serta membunuh orang awam yang tidak berdosa dan merampas tanah di Tebing Barat.

Beliau juga mengetuai delegasi parlimen UAE yang pertama kali melawat Knesset Israel pada tahun 2022 dan secara terbuka menyatakan tanpa segan silu: “Kami mahu semua pihak mengakui dan menerima hak kewujudan Israel, serta menyedari bahawa akar umbi orang Yahudi dan Kristian bukanlah di New York atau Paris, sebaliknya di rantau kita ini.”

Kenyataan ini secara jelas menunjukkan beliau sama ada seorang Zionis atau penyokong kuat Zionisme.

Susulan operasi Taufan al-Aqsa oleh Hamas pada 7 Oktober 2023, beliau secara lantang mengutuk Hamas, melabelkan operasi tersebut sebagai tindakan “kejam” dan menganggap Hamas sebagai pertubuhan pengganas.

Pada masa yang sama, beliau langsung tidak mengendahkan segala jenayah Israel terdahulu yang telah mengorbankan ribuan rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak tahun 1948.

Kenyataan beliau dalam acara anjuran ISIS itu bercanggah sepenuhnya dengan pendirian perdana menteri kita, yang telah mengutuk pendudukan berterusan Israel ke atas tanah Palestin.

Tambahan pula, perdana menteri kita pernah menegaskan bahawa sejarah seharusnya mengingatkan sesebuah negara tentang perjuangan mereka sendiri menentang penjajahan, serta mempersoalkan sama ada dunia mampu berdiam diri dengan hati nurani yang bersih tatkala bentuk penjajahan yang serupa terus dilakukan oleh Israel ke atas Palestin tanpa sebarang tindakan tegas dikenakan.

READ MORE:  Netanyahu could turn to nuclear bombs if Iran war escalates - retired US colonel

Sebaliknya, beliau terus tanpa segan silu cuba menghalalkan pencabulan undang-undang antarabangsa yang teruk oleh entiti Zionis dan oleh itu telah mengkhianati perjuangan kebebasan, keadilan dan kesaksamaan untuk Palestin, satu perjuangan yang sangat disayangi oleh semua rakyat Malaysia.

Isis Malaysia sepatutnya memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana memberikan beliau pentas untuk berucap.

English version

Open letter to the Institute of Strategic and International Studies

We, the organisations listed below, wish to express our dismay at ISIS Malaysia for hosting a talk by Dr Ali Rashid Al Nuaim from the UAE on 9 July.

The speaker is a known apologist for the Zionist regime and is widely considered a key ally and ‘friend’ of Israel.

He has been a driving force behind normalising and strengthening ties between Israel and the UAE, and also the architect and champion of the Abraham Accords, which normalised diplomatic relations between Israel and the UAE despite the ongoing genocide that Israel is committing in Gaza and the murder of innocents and the land grabs Israel is committing in the West Bank.

He also led the first-ever UAE parliamentary delegation to visit the Israeli Knesset in 2022 and has shamelessly stated: “We want everyone to acknowledge and accept that Israel is there to exist and that the roots of Jews and Christians are not in New York or Paris, but here in our region,” thereby declaring himself to be either a Zionist or a strong supporter of Zionism.

After the 7 October 2023 Taufan al-Aqsa operations by Hamas, he explicitly condemned Hamas, labelling the operation as “barbaric” and Hamas as a terrorist organisation, and completely ignored all previous Israeli crimes that had caused the deaths of thousands of innocent Palestinians since 1948.

READ MORE:  Why is the media coverage of Israel vs Iran so skewed?

His remarks at the Isis event were in complete contradiction to the stance of our prime minister, who has condemned the continuing Israeli occupation of Palestinian lands.

Moreover, our prime minister has also said that history should remind nations of their own struggles against colonialism, and questioned whether the world could “in good conscience” stand by while a similar form of colonisation of Palestine by Israel continues with impunity.

This person, on the other hand, continues to shamelessly attempt to legitimise grievous violations of international law by the Zionist entity and is therefore a traitor to the cause of freedom, justice and equality for Palestine, a cause that is very dear to the hearts of all Malaysians.

Isis Malaysia should apologise publicly to the Malaysian government and the Malaysian public for giving him a platform.

Issued by:

  1. BDS Malaysia
  2. Centhra Malaysia
  3. Accin
  4. Malaysian Humanitarian Aid and Relief (Mahar)
  5. Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  6. Haluan
  7. Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim SeMalaysia (KDMRS Muslim)
  8. Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (Agenda)
  9. Palestinian Centre of Excellence (Pace)
  10. Persatuan Ulamak Malaysia
  11. Dunia Palestin Network
  12. Citizens International
  13. Kesatuan Ulama’ Muslimin Sedunia – Malaysia (KUMS)
  14. Persatuan Akademia Ikram Malaysia
  15. Pertubuhan Intelektual Perlis (PiP)
  16. International Association for Women’s Advocacy and Rights Malaysia (i-Aware)
  17. Sekretariat Solidariti Palestin (SSP)
  18. Malaysian Consultative Council of Islamic Organisations (Mapim)
  19. International Movement for a Just World (Just)
  20. Mandiri
  21. Basirah
  22. Viva Palestina Malaysia
  23. Muslim Volunteer Malaysia (MVM)
  24. Malaysian Social Research Institute (MSRI)
  25. Gerakan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)
  26. Palestine Solidarity, Penang (PSP)
  27. Abim
  28. Cakna Palestin
  29. Yayasan Amal Malaysia
  30. Cinta Gaza
  31. Muslim Professionals Forum
  32. Humanitarian Care Malaysia (MyCare)
  33. Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram)
  34. Aliran
  35. PMPM
  36. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  37. Malaysian Women Coalition for Al Quds and Palestine (MWCQP)
  38. Malaysian Protest 4 Palestine (MP4P)
  39. Ikram Muda
  40. Malaysian Relief Agency

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted