Subsidi bersyarat untuk mengangkut pengundi pulang adalah satu kesalahan (Malay/English)

BENEDICT LOPEZ

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada laporan berita Bernama yang kerajaan Sarawak akan mempertimbangkan penyediaan subsidi pengangkutan kepada pengundi Sarawak yang tinggal di semenanjung untuk pulang mengundi pada pilihan raya umum kelak.

Bersih berpandangan bahawa tindakan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 20 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jika ia tidak disediakan kepada semua pengundi dan diletakkan syarat untuk hanya mengundi calon atau parti tertentu. Sekiranya disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda RM5,000, dihalang untuk mengundi atau menjadi calon selama lima tahun, dan sekiranya telah dipilih menjadi wakil rakyat boleh kehilangan kerusi.

Namun Seksyen 20(5) terdapat pengecualian kepada mereka yang berkongsi kos pengangkutan seperti kongsi kereta atau menyewa bas untuk membawa mereka pulang ke kawasan pengundian.

Sesiapa sahaja yang menawarkan subsidi untuk membawa pulang pengundi untuk mengundi mesti memastikan bahawa tawaran tersebut dibuka kepada semua pengundi tanpa mengira kecenderungan politik dan keseluruhan proses dan aktiviti mengangkut pengundi itu tidak membawa sebarang tanda calon atau parti yang akan pengaruhi pengundi membuang undi.

Walau bagaimanapun, apabila kerajaan persekutuan atau negeri menawarkan tambang subsidi, isu penyalahgunaan sumber kerajaan semasa pilihan raya bagi mendapatkan kelebihan akan timbul, terutamanya jika mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung untuk menyokong calon kerajaan. Ianya akan memberikan kerajaan sedia ada kelebihan yang tidak adil dan tidak beretika, namun malangnya undang-undang sedia ada tidak menjadikannya satu jenayah.

Bersih mengajak kerajaan negeri Sabah dan Sarawak untuk menyokong kami menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan pengundi luar kawasan terutamanya pengundi Malaysia timur yang tinggal di semenanjung, dan Malaysia barat yang tinggal di Sabah dan Sarawak, untuk diberi hak sebagai pengundi tidak hadir sebagai undi awal dan mengundi tiga hari sebelum hari pengundian di pusat pengundian mega yang boleh didirikan di setiap negeri. – Bersih

READ MORE:  Umno, test your popularity in polls next year – if you dare!

English version

State transport subsidy for returning voters: An election offence if conditional

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) refers to a Bernama news report that the Sarawak state government is considering providing a travel subsidy to Sarawakians living in the peninsula to fly back to the state to cast their votes at the upcoming general election.

It is Bersih’s view that this is an illegal practice under Section 20 of the Election Offences Act 1954 if they are not provided to all voters and comes with preconditions to vote for a particular candidate or party. If someone is convicted of this offence, he or she is liable to a fine of RM5,000 and barred from voting or standing as a candidate for five years, and if the person is an elected representative, he or she could lose the seat.

But Section 20(5) made an exception for those who are sharing the cost of transportation, such as carpooling or hiring a bus to transport themselves to their home constituencies.

Whoever offers subsidised fares to enable voters to travel home to vote must ensure that the offer is made to all voters regardless of their political leanings and that the whole process and the transportation itself does not carry the emblem of any candidate or party that might influence the way a person’s vote.

However, when a state or federal government offers subsidised fares, the issue of the abuse of state resources during elections to gain an advantage comes into question, especially when it is directly or indirectly linked to supporting the candidates of the government. It gives the incumbent government an unfair advantage and is unethical, but unfortunately, current laws do not criminalise such acts.

READ MORE:  Ejen tempat mengundi: Penyediaan hari pengundian

Bersih invites the Sarawak and Sabah state governments to join us in calling on the Election Commission to allow out-of-region voters especially east Malaysians living in the peninsula, and west Malaysians living in Sabah and Sarawak, to have absentee voter rights and [to allow them] to vote three days in advance of polling day at mega-voting centres, which could be set up in every state for these voters. – Bersih



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments