Suara nelayan – Covid-19, nelayan dan Penang South Reclamation

0
333 views
Zakaria Ismail is a director of the southern division of the Penang Fishermen's Association (PNPP). He is also deputy head of the Sungai Batu Fishermen's Unit

Selagi tiada pencemaran dari sisa kilang dan pencerobohan dari bot-bot pukat tunda, maka nelayan Sungai Batu boleh membekalkan hasil laut yang segar kepada masyarakat Pulau Pinang, Zakaria Ismail menulis.

Pada tahun 2019 kita di kejutkan dengan ribut lekima yang menyebabkan sebanyak 50,000 ikan mati di teluk bahang.

Tahun ini pula, kita dikejutkan Allah dengan Covid-19, virus yang kecil dan tidak nampak dengan mata kasar kita. Seluruh dunia menjadi panik dan terkejut, dan jangkitan positif covid-19 sudah melebihi 50 juta orang. Kematian pula sudah melebihi satu juta orang.

Adakah kita sebagai pemimpin dunia ini masih rakus dengan pencemaran laut dan daratan di atas alasan pembangunan?

Inilah akibatnya apabila mereka sebagai peminpin, mereka ingat dunia ini mereka yang punya. Peringatan daripada orang bawahan tidak di endahkan. Kami orang bawahan di anggap sebagai penghalang kepada pembangunan. Perkara ini diperburukkan lagi apabila kuncu-kuncu (penyokong) mereka mengiakan segala projek kemusnahan ini.

Seharusnya, kita ambilah peristiwa pahit ini sebagai satu pengajaran dari kesilapan kita pada masa kini. Inilah masa untuk kita fikirkan bagaimana hendak mengimbangi pembangunan dan pada masa yang sama kita pelihara alam semesta secara berhemah. Gantikan pusat pembiakan hidupan laut dengan menanam pokok bakau pada skala mega.

Bagi kami nelayan Sungai Batu, kawasan Pulau Pinang Selatan adalah kawasan yang kaya dan bernilai tinggi melebihi nilai RM70bn yang akan dijual oleh kerajaan negeri. Rezeki kami dari dahulu lagi sejak datuk nenek kami menjadi nelayan dan tidak pernah pupus rezeki kami di kawasan ini. Kami dibesarkan dengan hasil rezeki ini. Selagi kawasan ini dipelihara, maka rezeki kami masih stabil dan boleh membekalkan hasil laut yang segar kepada masyarakat setempat.

Semasa kuarantin bermula pada 18 Mac 2020 yang lalu, pendapatan nelayan semakin bertambah kerana pencemaran lautan semakin berkurangan. Sejak bulan Mei hingga sekarang kedatangan ikan, udang dan ketam ke kawasan cadangan projek Penang South Reclamation semakin mencurah-curah, kedatangan ikan, udang dan ketam menujukkan bahawa kawasan ini dah semakin pulih dari pencemaran. Makanan daripada mud flat iaitu plankton semakin membiak dan menarik ikan, udang dan ketam untuk mendiami kawasan yang kaya atau kawasan emas bagi nelayan di selatan Pulau Pinang.

Kesimpulannya, Covid-19 datang untuk memberi amaran supaya hentikan pencemaran dan pelihara alam ini seperti yang diamanahkan tuhan Allah bagi kelesterian anak cucu kita. Selagi tiada pencemaran dari sisa kilang dan pencerobohan dari bot-bot pukat tunda, maka kami nelayan Sungai Batu boleh membekalkan hasil laut yang segar kepada masyarakat Pulau Pinang biar pun tepaksa menggadai nyawa.

Haji Zakaria Ismail merupakan ketua unit nelayan Sungai Batu, Pulau Pinang, iaitu nelayan yang bakal terkesan secara terus daripada projek Penang South Reclamation

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments