
Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis di ibu pejabat Polis Wangsa Maju yang telah menahan dan memaksa seramai lapan individu yang terdiri daripada lima mahasiswa dan tiga aktivis untuk memberi kenyataan soal siasat tanpa sebarang notis bertulis.
Tindakan zalim ini berlaku hanya kerana mereka berhimpun secara aman di hadapan ibu pejabat Polis Wangsa Maju sebagai tanda solidariti kepada saudari Hani, seorang mahasiswa yang sedang disiasat di ibu pejabat polis tersebut pada hari itu. Seramai lapan individu ini kini menjadi mangsa intimidasi dan salahguna kuasa pihak polis.
Lebih membimbangkan, tindakan pihak polis ini dilihat sebagai satu bentuk intimidasi yang jelas dan tidak berperikemanusiaan apabila mereka memaklumkan bahawa saudari Hani tidak akan dibenarkan keluar dari tahanan di ibu pejabat Polis Dang Wangi selagi rakan-rakan yang menunjukkan solidariti di hadapan ibu pejabat itu tidak beredar.
Ini adalah satu taktik jijik yang tidak beretika dan jelas menyalahgunakan kuasa untuk membendung hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun secara aman, kini diperluaskan kepada lapan individu yang tidak bersalah.
Haram menegaskan bahawa tindakan pihak polis ini adalah satu pelanggaran berat terhadap prinsip kebebasan berhimpun dan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mahasiswa dan aktivis yang hadir di ibu pejabat Polis Wangsa Maju hanya menjalankan hak mereka sebagai warganegara yang prihatin dan bertanggungjawab untuk menunjukkan sokongan kepada rakan mereka, saudari Hani. Mereka sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang atau mengancam ketenteraman awam.
Namun, mereka kini dizalimi dan diperlakukan seperti penjenayah. Kami juga ingin menarik perhatian kepada beberapa isu yang timbul daripada insiden yang menimpa lapan mahasiswa dan aktivis ini:
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
- Penahanan tanpa notis: Pihak polis telah menahan dan memaksa lapan mahasiswa dan aktivis untuk memberi kenyataan tanpa sebarang notis atau waran tangkap yang sah. Ini jelas melanggar prosedur undang-undang yang sepatutnya dipatuhi oleh pihak berkuasa
- Intimidasi dan salah guna kuasa: Syarat yang dikenakan oleh pihak polis untuk terus menahan saudari Hani sehingga kumpulan solidariti beredar adalah satu bentuk intimidasi dan penyalahgunaan kuasa yang tidak boleh diterima. Pihak polis tidak seharusnya menggunakan taktik kotor seperti ini untuk menghalang rakyat daripada menjalankan hak mereka untuk berhimpun secara aman. Taktik ini kini jelas digunakan terhadap lapan individu yang tidak bersalah di ibu pejabat Polis Wangsa Maju
- Keterangan tanpa prosedur 111: Laporan yang diterima juga menyatakan bahawa keterangan soal siasat diambil tanpa mematuhi prosedur di bawah Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, yang sepatutnya memerlukan notis bertulis untuk keterangan lanjutan. Ini berlaku kepada lapan mahasiswa dan aktivis yang ditahan secara haram
- Rampasan dan penghapusan gambar: Terdapat laporan bahawa pihak polis telah merampas telefon dan memaksa individu untuk menghapuskan gambar dan rakaman yang diambil di dalam balai polis. Tindakan ini adalah satu bentuk pelanggaran privasi dan cubaan terdesak untuk menyembunyikan maklumat daripada penahanan haram lapan individu ini.
Haram menuntut pihak polis, khususnya ibu pejabat Polis Wangsa Maju dan ibu pejabat Polis Dang Wangi, untuk:
- melepaskan segera semua lapan mahasiswa dan aktivis yang ditahan di ibu pejabat Polis Wangsa Maju tanpa syarat, serta menggesa pembebasan segera saudari Hani dari ibu pejabat Polis Dang Wangi
- menghentikan segala bentuk intimidasi dan gangguan terhadap semua mahasiswa dan aktivis yang menjalankan hak mereka untuk bersuara dan berhimpun secara aman
- menjelaskan undang-undang dan prosedur yang digunakan untuk menahan dan soal siasat lapan mahasiswa dan aktivis ini, serta memberikan justifikasi yang sah untuk tindakan mereka
- menjalankan siasatan terhadap pegawai-pegawai polis yang terlibat dalam insiden ini atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan pelanggaran prosedur undang-undang terhadap lapan mahasiswa dan aktivis yang tidak bersalah
Haram menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya mahasiswa, aktivis, dan organisasi masyarakat sivil, untuk menunjukkan solidariti kepada lapan mahasiswa dan aktivis yang dizalimi ini.
Kami juga menggesa agar satu laporan polis dibuat berhubung insiden ini, serta aduan kepada Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCC) agar siasatan yang telus dan adil dapat dijalankan. – Haram
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme