Solidariti Hishamuddin Rais: Berhenti memperalatkan undang-undang untuk intimidasi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Mandiri bersolidariti penuh bersama aktivis Hishamuddin Rais, yang [pada 3 Julai] disoal siasat di balai polis Bukit Aman.

Difahamkan bahawa siasatan dibuat bagi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Siasatan ini dibuat susulan ucapan Hishamuddin dalam himpunan aman Rakyat Benci Rasuah 2.0 pada 28 Jun yang didakwa mengaibkan Anwar Ibrahim.

Kami sifatkan penyiasatan ini sebagai tidak berasas dan satu bentuk intimidasi yang jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Setiap rakyat berhak mengkritik pemerintahan sejajar dengan kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar perlu berhenti menggunakan wang cukai rakyat yang membayar gaji penguatkuasa untuk membungkam suara-suara yang menyinggung perasaannya.

Mandiri menuntut:

  • Hentikan siasatan terhadap Hishamuddin serta-merta
  • Hentikan penguatkuasaan undang-undang bersifat politik yang bertujuan untuk menyekat hak kebebasan bersuara dan berhimpun dengan aman.

Kritikan ke atas perdana menteri bukan satu kesalahan jenayah, malah menjadi kewajipan bagi rakyat untuk menegur penguasa saat ketidakadilan sedang berlaku.

Suara rakyat tidak akan dapat dibungkam. – Mandiri

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments