Solidariti bersama #kawangeramm di Utusan Malaysia

1
Photo credits: uppercaise

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengambil maklum dengan isu tawaran voluntary separation scheme terhadap kakitangan Utusan Malaysia dan kerisauan pihak National Union of Journalists (NUJ) sendiri yang menganggap ia tidak adil.

Menurut kenyataan NUJ, pihak pengurusan Kumpulan Utusan, yang menerbitkan akhbar Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo, menawarkan voluntary separation scheme yang tidak ikhlas, tidak jujur dan mencurigakan adalah amat dikesali dan tidak patut berlaku kepada pekerja media di negara ini.

Kami turut mendapat beberapa rungutan daripada kakitangan syarikat ini yang kecewa dan merana lantaran ketidakupayaan kewangan syarikat, khususnya aduan kelewatan gaji, pembayaran elaun dan pembatalan insurans kesihatan yang diumumkan awal bulan ini.

Kami turut menyokong tuntutan NUJ yang beberapa kali sebelum ini menyeru pegangan saham sebuah parti politik dilepaskan untuk membantu pembaikan pengurusan kewangan kumpulan yang kini mempunyai lebih 1,000 kakitangan itu daripada terus merudum dan memadamkan kegemilangan akhbar yang pernah berjuang demi kemerdekaan negara ini.

Apatah lagi kerajaan sebelum ini pernah memperkenalkan sambutan hari media yang diambil sempena hari ulang tahun Utusan Malaysia.

Atas dasar itu juga, Geramm memohon agar segenap warga media memberi sokongan moral dan bersolidariti bersama para pekerja media daripada kumpulan Utusan agar mereka mendapat pembelaan lebih wajar.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
IT.Scheiss
23 Sep 2018 9.31am

Solidarity with the workers of Utusan!
https://www.youtube.com/watch?v=d7JTuS1NnSA