Skandal GISB: Seruan untuk keadilan dan perlindungan kanak-kanak

For illustration only - GERD ALTMANN/PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

CSO Platform for Reform mengambil maklum dengan penuh kebimbangan mengenai penahanan suspek dan penyelamatan mangsa baru-baru ini yang berkaitan dengan dakwaan penderaan kanak-kanak, eksploitasi seksual dan ajaran Islam yang menyimpang di Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings.

CSO Platform for Reform menyatakan sokongannya terhadap tindakan pantas polis dalam mengembangkan siasatan ini ke seluruh negara dan global serta Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menghulurkan bantuan segera kepada kanak-kanak yang terkesan.

Walaupun tuduhan terhadap GISB amat membimbangkan namun agensi penguat kuasa mesti mengelak daripada menahan individu-individu tanpa bicara di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Adalah ditegaskan bahawa sebarang siasatan mesti mematuhi prinsip keadilan dan kesaksamaan.

Agensi penguat kuasa undang-undang perlu menjalankan siasatan mereka secara menyeluruh dan memastikan kedaulatan undang-undang digunakan dengan ketat tanpa rasa takut atau pilih kasih serta tidak meninggalkan sebarang usaha untuk mencungkil sejauh mana penyalahgunaan telah berlaku.

Pelaku mesti bertanggungjawab ke atas tindakan mereka.

Sebarang keterangan yang didapati mesti bertahan dalam penelitian untuk kejayaan pendakwaan di mahkamah.

Semestinya isu utama adalah perlindungan hak kanak-kanak. CSO Platform for Reform berpegang teguh pada prinsip bahawa kepentingan terbaik bagi kanak-kanak mesti diutamakan.

Di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 dan piawaian antarabangsa seperti Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan perlindungan, penjagaan dan penghormatan bagi setiap hak kanak-kanak, bebas daripada keganasan, eksploitasi atau bahaya.

Mereka yang terselamat daripada dakwaan penderaan ini mesti diberi penjagaan secara menyeluruh termasuk akses kepada perkhidmatan sokongan perubatan, psikologi dan sosial untuk membantu pemulihan mereka.

Tambahan pula, usaha sebegini mesti dilaksanakan bagi memastikan tiada kanak-kanak di bawah jagaan institusi terbuka kepada keadaan berbahaya sedemikian lagi.

READ MORE:  Where is the oversight over welfare homes?

Kami menggesa penyiasatan ini bukan sahaja menyeluruh tetapi juga bertindak sebagai pendorong kepada pembaharuan yang lebih luas yang diperlukan dalam melindungi individu yang diancam terutamanya kanak-kanak dalam institusi.

CSO Platform for Reform percaya bahawa kes ini harus dijadikan peringatan kepada agensi penguatkuasaan untuk meningkatkan pemantauan dan penyiasatan terhadap institusi yang diamanahkan untuk menjaga kanak-kanak, terutamanya apabila laporan polis telah dibuat sejak 2011 terhadap GISB.

Terdapat keperluan untuk meningkatkan pengawasan bagi semua sekolah atau perumahan asrama yang dikendalikan oleh golongan persendirian atau kumpulan agama untuk diuruskan sepenuhnya di bawah undang-undang.

Kami menyeru untuk memantau dan mengawal selia institusi sedemikian supaya mereka dapat menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak. – CSO Platform

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments