Sikap kerja ‘tiada karut-marut’ untuk penjawat awam

1
59

Sesiapa sahaja, tanpa mengira status dan pangkat mereka dalam perkhidmatan awam, secara sengaja ataupun secara cuai tidak melaksanakan arahan kerajaan baru harus dikenakan tindakan disiplin, ujar Mohamed Arshad Raji.

Mesej Tahun Baru Cina Dr Mahathir Mohamad yang menyeru agar rakyat Malaysia meraikan kepelbagaian dan tidak membenarkan elemen memecahbelah mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian adalah dipuji.

Kita adalah negara berbilang bangsa dan berbilang agama dan telah belajar untuk hidup bersama sejak kemerdekaan. Pada usia 93 tahun dan memimpin negara untuk kali kedua, Mahathir tidak syak lagi adalah orang yang tepat untuk membuat seruan sedemikian.

Mesej Tahun Baru Mahathir adalah tepat pada masanya. Seperti yang kita baca setiap hari, sejumlah mesej, khususnya di media sosial, yang berniat jahat, bertujuan menimbulkan rasa tidak puas hati, kebencian dan kekeliruan di kalangan rakyat yang kurang maklum terhadap kerajaan baru.

Kemungkinan ini adalah kerja orang-orang yang dibayar oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri mereka. Mungkin juga terdapat puak-puak yang kecewa dengan pertukaran kerajaan, dan terlucut peluang dan faedah yang mereka nikmati dengan kerajaan terdahulu.

Patriot memandang serius terhadap mesej yang memecahbelahkan itu, dan menyeru kerajaan untuk menguatkuasakan pengawasan yang lebih rapi terhadap pemula mesej-mesej tersebut. Kegiatan memecahbelah sedemikian tidak boleh dibiarkan berterusan apabila kerajaan sedang melakukan yang terbaik memperbetulkan salah laku kerajaan terdahulu, khususnya dalam salah urus kewangan dan ekonomi negara.

Banyaknya dakwaan terhadap bekas pemimpin negara berhubung rasuah, pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa mencerminkan ketidakwajaran kepimpinan mereka, dan pengkhianatan terhadap sumpah jawatan yang mereka buat kepada Raja dan Parlimen.

Terdapat juga kritikan terhadap kerajaan dengan apa yang dilihat sebagai ketidakgiatan (inaction) oleh beberapa menteri dan pegawai kementerian tertentu berhubung isu kepentingan negara. Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa terdapat pegawai kementerian dan jabatan yang masih menyokong kerajaan terdahulu dan aktiviti dan tindak tanduk mereka bertentangan dengan dasar kerajaan yang memerintah. Setakat ini, dua orang menteri kabinet, pendidikan dan pertanian, telah meluahkan dan menyatakan kekecewaan mereka dalam menangani penjawat awam yang melambat-lambatkan kerja mereka.

Napoleon kecil wujud di kalangan penjawat awam di pelbagai kementerian serta di kerajaan tempatan. Sesiapa sahaja, tanpa mengira status dan pangkat mereka dalam perkhidmatan awam, secara sengaja ataupun secara cuai tidak melaksanakan arahan kerajaan baru harus dikenakan tindakan disiplin.

Kerajaan baru kita mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan untuk memulihkan keadaan. Oleh itu, semua penjawat awam harus mengamalkan sikap kerja ‘tiada karut-marut’.

Brigadier Jeneral bersara Dato Mohamed Arshad Raji ialah presiden Persatuan Patriot Kebangsaan.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Munusamy Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Munusamy
Munusamy

This is true but to ensure government servant support the current governments strategists and to check if they are performing as per the requirements set by the ruling government?

KPI should be set for all employees starting from top to bottom in every Ministry and departments. Currently every one get bonus and salary increment and promotion which are not based on performance and KPI achievement.

Every miniseries performance need to audited annually to ensure overall KPI achieved to scansion bonus, salary increments and promotions. The first person to be on the axe must be the Director and that will cascade to his subordinate. This is the performance management system where many private company’s do