Serangan di balai polis Ulu Tiram dikutuk

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang mengorbankan dua orang anggota polis pada awal pagi Jumaat, 17 Mei lalu.

Ikram menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga kedua-dua anggota polis tersebut serta warga polis.

Ikram berharap individu-individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam serangan ini dibawa ke muka pengadilan.

Ikram juga menyarankan pihak polis agar dapat meningkatkan kawalan keselamatan dan menjalankan siasatan segera untuk membanteras aktiviti ekstrem dan keganasan.

Islam adalah agama rahmah yang amat menitikberatkan kasih sayang sesama insan.

Keamanan dan keharmonian yang dikecapi perlu dikekalkan dan sebarang anasir yang menggugat kesejahteraan negara mesti dibanteras hingga ke akar umbi.

Justeru itu, rakyat diseru agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi serta menyerahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments