Serangan atas badan kehakiman satu malapetaka negara

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) memandang serius serangan atas badan kehakiman dalam kes perbicaraan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Amat dikesali juga, serangan ini datang daripada pihak yang berkepentingan, termasuk ahli politik yang sepatutnya menjaga kedaulatan negara ini dan tidak mencampuri apalagi menceroboh sistem perundangan negara.

Kemuncak kepada serangan ini melibatkan ugutan bunuh atas Ketua Hakim Negara. Ini merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Ikram khuatir tindakan sesetengah pihak mempolitikkan kes perbicaraan dan rayuan kes SRC ini akan menyebabkan imej negara kita tercalar khususnya di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, Ikram menyeru pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan segera bukan sahaja terhadap pihak yang mengugut bunuh Ketua Hakim Negara, tetapi juga terhadap mereka yang sengaja mempertikaikan keputusan mahkamah dan sistem perundangan negara.

Ikram juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para hakim yang telah dan sedang menjalankan tugas mereka without fear or favour bagi memastikan badan kehakiman kekal sebagai benteng utuh negara memelihara keadilan kepada seluruh rakyat di Malaysia.

Semoga sistem kehakiman kita tidak sekali-kali dicabul oleh mereka yang mempunyai kepentingan peribadi mahupun ejen perosak negara. – Ikram

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments