:

Semua pihak perlu berperanan untuk menyuburkan perpaduan (Malay/English)

DR WONG SOAK KOON/ALIRAN

[ENGLISH VERSION BELOW] Pertubuhan Ikram Malaysia menjunjung kasih ke bawah Yang di-Pertuan Agong atas kebijaksanaan baginda yang telah menyempurnakan tanggungjawab selaku raja berperlembagaan berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.

Dengan penuh takzim, Ikram menyambut baik pendirian baginda untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil secepat mungkin menerusi proses yang penuh cermat dan teliti serta pemerhatian yang mendalam.

Ikram mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Anwar yang telah terpilih sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 24 November.

Ikram percaya kerajaan baharu pimpinan Anwar akan berusaha bersungguh-sungguh menggalas amanah besar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman makmur dan maju serta mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Ikram juga percaya kerajaan yang bakal dibentuk akan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan dengan penuh iltizam akan melaksanakan usaha-usaha penambahbaikan dan pengislahan (institutional reforms) demi memulihkan dan seterusnya memartabatkan institusi-institusi di negara ini.

Ikram yakin kerajaan yang bakal dibentuk akan mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta memulihkan ekonomi negara. Dengan itu, taraf hidup rakyat dapat ditingkatkan melalui pembangunan yang holistik dan inklusif.

Ikram menyeru agar ahli-ahli politik merentas parti dan pemimpin-pemimpin masyarakat untuk berganding bahu mempertautkan dan mengukuhkan semula hubungan di antara sesama anggota masyarakat, setelah negara melalui satu pilihan raya umum yang telah menimbulkan rasa tidak senang antara satu sama lain.

Titah baginda Yang di-Pertuan Agong agar rakyat tidak wajar dibebankan dengan kemelut politik yang tiada berkesudahan tatkala negara memerlukan sebuah kerajaan yang stabil untuk merancakkan landskap ekonomi dan pembangunan negara hendaklah dijadikan panduan oleh semua, khususnya para pemimpin politik.

READ MORE:  Election 2022: Here we go - again!

Dalam menghadapi pelbagai cabaran dan situasi ekonomi yang tidak menentu, semua pihak perlu berperanan untuk menyuburkan perpaduan dan kesepaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita mendoakan agar kerajaan yang bakal dibentuk akan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah, integriti dan wibawa demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur dan dibanggai oleh seluruh rakyatnya.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

English version

Ikram urges all leaders to reconnect and join hands in strengthening social cohesion

Pertubuhan Ikram Malaysia wishes to express our utmost gratitude to the Yang di-Pertuan Agong for his wisdom as a constitutional monarch in appointing Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister, subsequently ending all uncertainties over the Malaysian political landscape following the general election.

Ikram applauds His Majesty for his position in forming a stable government, giving it utmost priority through a deliberate, systematic and careful process.

Ikram congratulates Anwar on being elected the 10th Prime Minister of Malaysia on 24 November.

Ikram believes that the new government led by Anwar will work diligently to carry out the enormous responsibility of making Malaysia a peaceful, prosperous and developed nation, as well as establishing Malaysia as an economically competitive country.

Ikram also believes that the new government will uphold the Federal Constitution and demonstrate full commitment in carrying out reforms in order to restore and enhance the country’s institutions.

Ikram has full confidence that the new government led by Anwar will prioritise the wellbeing and welfare of the people and will work to restore the country’s economy, thus improving the livelihood of Malaysians through holistic and inclusive development.

READ MORE:  Anwar gets the confidence he needs

Ikram calls for politicians across all sides of the political divide and community leaders to reconnect and join hands in strengthening social cohesion among the people in the aftermath of the general election, which has threatened to tear the fabric of our society.

The Agong has advised that the nation needs a stable government to boost its economic situation, and it should thus not be burdened by endless political turmoil. Hence, all Malaysians, especially political leaders, should adhere to and take his advice seriously.

Amid the ongoing challenges and uncertain economic conditions, it is especially important that all parties play their role in fostering unity and cohesion among Malaysians of all ethnicities and religions.

Let us pray that the new government carries out its responsibilities with honesty, integrity and authority in making Malaysia a peaceful and prosperous country that all Malaysians can be proud of.

Badlishah Sham Baharin is president of Ikram

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments