Semua kleptokrat mesti diadili tanpa campur tangan politik

0
68 views

Kami, organisasi bukan kerajaan (NGO), organisasi masyarakat sivil dan pemimpin masyarakat di Sabah, senantiasa hingga hari ini, bekerjasama dengan kerajaaan negeri Sabah dalam usaha membangunkan negeri kita untuk kepentingan rakyat Sabah.

Kami sangat prihatin terhadap perkembangan politik baru-baru ini yang dilihat telah diputarbelitkan, terhakis dan bertentangan dengan prinsip dan institusi demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.

Yang menjadi perhatian langsung dan utama bagi semua rakyat Sabah adalah pembebasan bekas Ketua Menteri Sabah Musa Aman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Jun 2020 daripada 46 tuduhan rasuah.

Seperti rakyat Sabah yang lain, kami bingung dan terkejut dengan perkembangan kes ini, lebih-lebih lagi dengan penjelasan yang lemah dan tidak kukuh yang diberikan oleh para pemegang mandat, termasuklah peguam negara, yang berperanan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang di negara ini.

Kes ini boleh diadili dan pihak pendakwa tidak wajar memohon untuk menarik balik tuduhan, terutamanya apabila pihak pendakwaan telah melakukan persiapan yang lengkap dan bersedia untuk memanggil 40 hingga 50 saksi untuk memberi keterangan.

Penjelasan yang diberikan oleh peguam negara bahawa pihak pendakwaan kekurangan bukti dokumen untuk meneruskan kes ini adalah tidak masuk akal.

Keputusan untuk menarik balik pertuduhan ini membawa kesan negatif yang amat jelas terhadap rakyat Sabah – ketidakpercayaan dan tanggapan sinis terhadap pemimpin dan institusi politik kita, termasuk badan kehakiman.

Bagi rakyat, sistem perundangan kita juga dilihat seperti mempunyai dua darjat hukum, satu untuk rakyat biasa dan satu lagi untuk golongan kenamaan.

Ternyata sistem yang sama telah menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan kepada seorang lelaki yang mencuri petai, dan seorang ibu tunggal yang melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan Covid-19 untuk membeli barangan keperluan pula didenda dengan RM1,000 dan penjara 30 hari.

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 81: The Najib paradox

Manakala, VIP dan VVIP dengan pelbagai tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan kesalahan-kesalahan lain di bawah sistem perundangan yang sama telah dibebaskan daripada hukuman atau menerima hukuman yang lebih ringan dengan sewenang-wenangnya.

Justeru itu, rakyat biasa menganggap pihak berkuasa yang akan mendapat lebih manfaat dan bukannya rakyat biasa jika pelaksana undang-undang tidak menegakkan kedaulatan undang-undang secara adil dan saksama.

Kerajaan tidak boleh mengharapkan rakyat biasa untuk memberikan usaha yang terbaik ke arah pembangunan negara dan bertindak untuk mengabaikan keuntungan dan faedah kepada diri mereka sendiri, demi kebaikan masyarakat dan negara kita, sekiranya golongan pemerintah dibenarkan melakukan perkara yang sebaliknya.

Kami memerlukan pemerintah negara yang memimpin dengan penuh rasa tanggungjawab, ketelusan serta mengagungkan kedaulatan undang-undang.

Oleh itu, kami menyeru Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk:

  • Memastikan tiada penyalahgunaan sumber awam, termasuk cukai yang dibayar oleh rakyat
  • Menegakkan akauntabiliti dan ketelusan dalam pengurusan negara, termasuk perbicaraan kes-kes kepentingan awam seperti rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan ahli politik dan penjawat awam
  • Menjalankan siasatan menyeluruh dan bebas untuk menyiasat kepentingan politik Musa Aman dengan Umno, yang kini merupakan sebahagian daripada kerajaan pusat Perikatan Nasional, sama ada hubungan itu telah mempengaruhi keputusan pembebasan tuduhan tersebut
  • Jadualkan pembahasan Akta Pembiayaan Politik pada sesi Parlimen berikutnya pada bulan Julai. Kami memahami bahawa rang undang-undang mengenai pembiayaan politik sudah dalam proses penyusunan. Pembentangan rang undang-undang tersebut adalah sangat penting kerana rasuah politik adalah isu utama di Malaysia

Kami meminta agar peguam negara merayu terhadap keputusan mahkamah yang telah membebaskan Musa daripada kesemua 46 pertuduhan kerana pembebasan tersebut (discharge amounting to an acquittal atau DAA) akan mengakibatkan semua pertuduhan terhadap Musa itu tidak boleh dikaji semula jika timbul bukti baru. Peguam Negara patut merayu agar pelepasan Musa tidak membawa kepada pembebasannya (discharge not amounting to an acquittal), kerana keputusan mahkamah untuk pembebasan (DAA) Musa pada peringkat ini (di mana kes belum didengari oleh mahkamah) akan menutup pintu keadilan selama-lamanya.

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 60: I know nothing

Kami menggesa Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan peranannya dalam menegakkan undang-undang dan menjalankan tugas mereka dengan lebih tegas. Kebelakangan ini, SPRM tampak malar berdiam diri dalam isu yang melibatkan kerajaan Pakatan Nasional. SPRM mesti menjalankan siasatan dengan bebas dan melaksanakan tugas mereka untuk negara ini tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Keadilan mesti ditegakkan dan semua kleptokrat harus diadili melalui proses yang terbuka, bebas dan adil.

Surat ini disokong oleh NGO, CSO dan pemimpin masyarakat Sabah berikut:

  1. Sabah Women’s Action Resource Group (Sawo)
  2. Pangrok Sulap
  3. Society for Equality, Respect and Trust for all Sabah (Serata)
  4. Bentarakata
  5. Partners of Community Organisations (Pacos Trust)
  6. Borneo Komrad
  7. Advocates to Non-discrimination and Access to Knowledge (Anak)
  8. Sabah Bersih
  9. Sabah Environmental Protection Association (Sepa)
  10. Persatuan Suara Saksama Sabah
  11. Kelab Kesenian Asylum Kota Kinabalu
  12. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Pitas
  13. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Kota Marudu
  14. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Telupid
  15. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Keningau
  16. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Kota Kinabalu
  17. Kumpulan sokongan tempatan terhadap Keganasan Rumahtangga di Pensiangan
  18. Pertubuhan Rakyat Kg Mentadak Baru Pulau Sebatik Tawau
  19. Pertubuhan Rakyat Kg Bobotong Entilibon, Togod
  20. Pertubuhan Rakyat Kg Kalampun, Keningau
  21. Pertubuhan Rakyat Kg Tinangol Matunggong, Kudat
  22. Pertubuhan Rakyat Kg Datong, Pitas
  23. Pertubuhan Rakyat Kg Tambatuon, Kota Belud
  24. Pertubuhan Rakyat Kg Maliau, Tongod
  25. Pertubuhan Rakyat Kg Liu, Pitas
  26. Pertubuhan Rakyat Kg Samparita Laut, Pitas
  27. Pertubuhan Rakyat Kg Angkawangan, Keningau
  28. Pertubuhan Rakyat Kg Kipouvo, Penampang
  29. Pertubuhan Rakyat Kg Terian, Penampang
  30. Pertubuhan Rakyat Kg Ampungoi Kanibungan, Pitas
  31. Pertubuhan Rakyat Kg Balantos, Nabawan
  32. Pertubuhan Rakyat Kg Bulud Batu, Pitas
  33. Pertubuhan Rakyat Kg Balaron Sapulut, Nabawan
  34. Pertubuhan Rakyat Kg Tungku, Lahad Datu
  35. Pertubuhan Rakyat Bundu Apin-Apin, Keningau
  36. Taskforce Against Kaiduan/Papar Dam (TAKaD Ulu Papar)
  37. Jawatankuasa Gabungan Pengurusan Tanah G7, Tongod
  38. Gabungan 6Kg (G6 Pitas)
  39. Gabungan 3Kg (G3 Simpudu)
  40. Gabungan 3Kg Mawasi
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments