Sekatan keluar negara terhadap Fahmi Reza adalah pencabulan hak asasi

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Mandiri mengecam sekeras-kerasnya tindakan polis dan kerajaan “Madani” yang menyenaraihitamkan aktivis Fahmi Reza daripada ke luar negara, hanya seminggu selepas beliau dihalang memasuki Sabah.

Pada minggu lalu, Fahmi dihalang daripada memasuki Sabah di bawah Seksyen 65(1)(a) Akta Imigresen 1959/63 atas arahan pejabat ketua menteri Sabah.

[Kelmarin,] beliau sekali lagi disekat daripada keluar negara, atas arahan dari Bukit Aman tanpa sebarang justifikasi yang jelas.

Tindakan sekatan terhadap rakyat hanya kerana mereka menggunakan hak kebebasan bersuara untuk mengkritik kerajaan ada satu pencabulan terhadap hak dan nilai demokrasi.

Fahmi bukan penjenayah. Fahmi hanyalah seorang rakyat yang menggunakan karya seni sebagai medium melawan penindasan, menyuarakan suara rakyat dan mengkritik elit kuasa secara aman.

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Sabah minggu lalu kini berlanjutan ke tahap yang lebih parah apabila kerajaan persekutuan pula menyekat kebebasan bergerak seorang warganegara tanpa asas undang-undang yang jelas.

Ini memberi syarat bahawa kerajaan Madani sanggup menggunakan kuasa untuk mendiamkan pengkritik mereka secara sistematik.

Mandiri menyatakan solidariti penuh terhadap Fahmi dan menuntut:

  • Kerajaan madani dan pihak polis tampil memberikan penjelasan terbuka berhubung sebab dan justifikasi di sebalik sekatan ini
  • Pembatalan segera sekatan terhadap Fahmi Reza dan jaminan hak rakyat untuk bergerak bebas seperti mana dijamin oleh undang-undang

Oleh yang demikian, Mandiri berpendapat bahawa kerajaan Madani perlu menghentikan segera amalan sekat-menyekat terhadap rakyat secara sewenang-wenangnya.

Apabila suara disekat, seluruh ruang demokrasi kita terancam.

In solidarity, Fahmi Reza!

Wong KuKui ialah penyelaras NGO Mandiri.

Nota: Ketua polis telah memberi respons seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today: Travel ban on Fahmi Reza incorrectly issued, says IGP

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments