Sang koruptor duduk rumah mewah, rakyat jujur sengsara rumah susah

Najib Razak - BERNAMA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ingin menyatakan kekesalan kami terhadap perkembangan terbaharu pengampunan bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Dalam perkembangan terkini, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Lembaga Pengampunan telah memberikan perkenan kepada Najib Razak untuk menghabiskan baki hukuman beliau di rumah, dengan syarat membayar denda sebanyak RM50j dan mematuhi syarat-syarat lain yang tidak dinyatakan. Denda RM50j ini juga adalah jumlah yang telah dikurangkan daripada RM210j.

Perkembangan ini sudah tentu memberi tamparan yang maha dahsyat kepada perjuangan menegakkan keadilan dan perang rakyat Malaysia melawan rasuah.

Sudah lama rakyat menyatakan kebimbangan terhadap isu rasuah ini, malah YDPA sendiri juga telah bertitah untuk kerajaan memerangi rasuah.

Dengan membenarkan Najib menghabiskan baki hukuman dengan berada di rumah, sudah tentu ini akan memberikan mesej yang sangat mengelirukan kepada rakyat. Di satu sisi kita melawan rasuah dan salah guna kuasa, di sisi yang lain mereka yang terpalit dan dijatuhkan hukuman akibat rasuah dan salah guna kuasa pula boleh dibebaskan.

Skandal 1MDB adalah bukti penyelewengan yang sangat besar berlaku yang melibatkan wang rakyat dan kepentingan negara. Berbilion dana rakyat telah hilang. Negara masih menanggung hutang yang besar akibat daripada penyelewengan ini. Ini menjadi sejarah hitam kepada negara kita. Bahkan kes ini menjadi bualan di seluruh dunia.

Apatah lagi kelonggaran ini diberikan tanpa rakyat dimaklumkan, bahkan ditanya, sekiranya rakyat bersetuju untuk beliau diampunkan dan diberikan status sebagai tahanan rumah.

Pengampunan ini juga diberikan ketika Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4bn dalam kes 1MDB, di mana beliau sedang merayu di Mahkamah Rayuan.

Sekiranya hari ini Najib diampunkan, diberikan kelonggaran tahanan rumah di rumah beliau yang sudah tentu lebih luas dan mewah daripada rakyat biasa, adakah selepas ini jika bekas-bekas PM yang didakwa dan dijatuhkan hukuman bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa akan terus diampunkan menggunakan duluan Najib ini? Siapakah perasuah yang akan dibebaskan dan diampunkan pula selepas ini?

READ MORE:  Najib kekal penjara untuk sabitan salah guna kuasa dan pecah amanah

Bersih bersama-sama rakan masyarakat sivil, gerakan anak muda dan mahasiswa akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa terdekat bagi mengisytiharkan tindakan kami selepas ini.

Tindakan masyarakat sivil dan rakyat, yang tidak bersetuju dengan keputusan terhadap Najib, tidak wajar dilihat sebagai suara yang melecehkan keputusan YDPA atau ingin derhaka kepada YDPA.

Keputusan tanpa sebarang penjelasan yang jelas dan syarat yang boleh diterima akan menyukarkan rakyat untuk menerima bahawa sang perasuah akan boleh lena di katil yang empuk dan rumah yang selesa.

Di kala aktivis yang memperjuangkan dan melawan rasuah dibekukan akaun dan disekat pergerakan mereka, yang rasuah dan salah guna kuasa pula diberikan diskaun dan pengampunan.

Hanya satu kata daripada rakyat: LAWAN! – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted