SAM tolak tambak, cadang penutupan selamat tapak pelupusan sisa Jelutong (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan cadangan projek penambakan bersebelahan tapak pelupusan Jelutong sedia ada di Pulau Pinang, dan laporan penilaian kesan alam sekitar bagi projek yang dicadangkan itu tidak diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar berdasarkan kesan negatif kepada alam sekitar dan kesihatan awam.

Selain itu, cadangan kerja-kerja penambakan ini akan memberi kesan buruk kepada Middle Bank, yang kaya dengan biodiversiti marin.

Cadangan pemulihan tapak pelupusan Jelutong akan meliputi 36.4 hektar (90 ekar) dan penambakan akan meliputi 28.3 hektar (70 ekar) tanah.

Kami bersetuju bahawa terdapat keperluan untuk memastikan penutupan selamat tapak pelupusan Jelutong sedia ada yang telah dikendalikan sebelum ini oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Terdapat beberapa isu utama yang berkaitan dengan tapak pelupusan iaitu air larut resap, pelepasan gas tapak pelupusan, bau busuk, pemendapan tanah, pergerakan jisim dan potensi kebakaran.

Semua ini berpotensi memburukkan kesihatan dan kualiti hidup penduduk berjiran, selain menyumbang kepada pencemaran alam sekitar.

Oleh itu pilihan terbaik ialah tapak pelupusan Jelutong tersebut ditutup dengan selamat, dan ini sudah lama tertangguh.

Penutupan selamat mesti memastikan pencegahan bahaya alam sekitar dan keselamatan awam serta tapak dalam jangka panjang, termasuk penutupan yang betul, pengurusan larut lesap, pemantauan gas dan pemantauan selepas penutupan.

Tiga pilihan telah dibentangkan dalam laporan penilaian kesan alam sekitar.

Pilihan pertama – parkland – ialah penutupan sepenuhnya tapak pelupusan Jelutong sedia ada dan memulihkan keseluruhan tapak sebagai kawasan taman.

Pilihan kedua – pembangunan semula keseluruhan tapak pelupusan Jelutong – dianggap bukan pilihan yang berdaya maju.

Pilihan ketiga ialah penutupan tapak pelupusan Jelutong dan penyingkiran sisa daripada tapak tersebut.

Keputusan muktamad selepas penilaian, seperti yang dinyatakan dalam laporan penilaian kesan, adalah untuk menerima pakai pilihan pertama dan ketiga, iaitu kawasan taman bersama-sama dengan program pemulihan bahan dan kerja tanah pukal untuk memudahkan pembinaan kawasan pembangunan dalam tapak pelupusan Jelutong. Pilihan ini memerlukan petak tanah tambahan, dengan demikian cadangan penambakan bersebelahan dengan tapak pelupusan tersebut.

Laporan penilaian kesan alam sekitar menyatakan tapak projek termasuk kawasan cadangan penambakan terletak di Middle Bank Pulau Pinang. Dalam bab seterusnya, laporan tersebut menyatakan bahawa tapak projek yang dicadangkan mungkin termasuk Middle Bank kerana sempadan sebenar Middle Bank masih belum dipastikan.

Oleh itu, adalah mengejutkan bahawa ketua menteri dipetik oleh media bahawa projek yang dicadangkan itu tidak akan menceroboh Middle Bank.

READ MORE:  Penduduk Karpal Singh Drive tuntut penilaian semula rancangan tambak laut


Sumber Imej: “Protecting Penang’s Marine Biodiversity: Establishing the Middle Bank Marine Sanctuary“, diterbitkan oleh Penang Institute (Rajah 5-1). Garisan merah ditambah untuk menunjukkan anggaran tapak tambakan.

Laporan penilaian kesan alam sekitar telah membentangkan potensi kesan penambakan, iaitu secara amnya kualiti air di tapak penambakan semasa aktiviti penambakan akan merosot dengan kekeruhan yang lebih tinggi, pengampaian semula bahan tercemar ke dalam ruang air, pengurangan oksigen terlarut, pembebasan nutrien dan bahan tercemar lain daripada sedimen dan penjanaan sisa.

Middle Bank dianggap sebagai kawasan rumput laut yang paling terjejas semasa cadangan kerja-kerja penambakan. Ekosistem Middle Bank terdiri daripada kawasan rumput laut, dataran lumpur berfungsi sebagai tapak semaian hidupan marin juvana yang menyokong perikanan.

Sebarang pembangunan di sini atau bersebelahan dengannya akan mengancam ekosistem marin dan dengan itu mata pencarian nelayan.

Selain itu, air larian pembinaan dan air larut resapan yang tidak terkandung akan meresapkan toksin ke selat bersebelahan, mencemarkan perairan marin dan membahayakan hidupan akuatik.

Platform kerja pemulihan dan penambakan yang dicadangkan adalah berdekatan dengan kawasan perumahan dan sekolah.

Loji kitar semula sisa yang beroperasi di sini akan menghasilkan pencemaran udara dan bunyi yang berterusan.

Kerja-kerja penggalian untuk bahan tapak pelupusan akan membebaskan bahan zarahan berbahaya (PM2.5 dan PM10) yang menimbulkan risiko kesihatan yang ketara, termasuk masalah pernafasan dan kardiovaskular, dan boleh memburukkan lagi keadaan sedia ada seperti asma dan penyakit jantung.

Kesan kesihatan jangka panjang yang berpotensi ke atas kanak-kanak dan komuniti terdedah tidak dinilai dengan secukupnya dalam laporan penilaian kesan.

Walaupun laporan laporan tersebut mengenal pasti langkah-langkah mitigasi, tetapi masih akan ada pencemaran yang akan memberi kesan buruk kepada penduduk di sini dan menyebabkan kerosakan kepada ekosistem marin.

SAM menyokong gesaan jawatankuasa bertindak Melindungi Karpal Singh Drive agar kerajaan negeri menolak cadangan penambakan tanah ini dalam usahanya untuk ‘memulih’ tapak pelupusan Jelutong lama, kerana ia tidak diperlukan. Pada hal, laporan penilaian kesan mengesahkan bahawa tapak pelupusan itu boleh dipulihkan tanpa memerlukan penambahan tanah. – SAM

English version

SAM objects to reclamation project, recommends safe closure of Jelutong landfill

Sahabat Alam Malaysia (SAM) urges the Penang state government to cancel the proposed land reclamation project adjacent to the existing Jelutong landfill in Penang, and the environmental impact assessment of the proposed project rejected by the Department of Environment due to the negative environmental and health impacts.

READ MORE:  Despite assurances, reclamation threatens Middle Bank marine sanctuary in Penang

Moreover, the proposed reclamation works will have adverse impacts on the Middle Bank, which is rich in marine biodiversity.

The proposed Jelutong landfill rehabilitation will cover 36.4 hectares (90 acres) and the land reclamation will cover 28.3 hectares (70 acres) of land.

We do agree that there is a need to ensure the safe closure of the existing Jelutong landfill, which was operated earlier by Penang Island City Council.

There are major issues pertaining to landfills, ie leachate, landfill gas, foul odours, soil subsidence, mass movement and potential fires. All these potentially deteriorate the health and quality of life of neighbouring residents, besides contributing to environmental pollution.

Hence, the best option is for the Jelutong landfill to be safely closed, and this is long overdue. Safe closure must ensure the prevention of environmental hazards and long-term site and public safety, including proper capping, leachate management, gas monitoring, and post-closure monitoring.

Three options were presented in the environmental impact assessment.

The first option – parkland – is total closure of the existing Jelutong landfill and rehabilitation of the entire site as a parkland area.

The second option – total redevelopment of the Jelutong landfill – was considered not a viable option.

The third option is closure of the Jelutong landfill and removal of the waste.

The final decision upon appraisal, as stated in the environmental impact assessment, was to adopt the first and third options, ie the parkland together with a programme of material recovery and bulk earthworks to facilitate the construction of development areas within the Jelutong landfill. This option needed an additional parcel of land, thus the proposed reclamation adjacent to the landfill.

The environmental impact assessment states that the project site, including the proposed reclamation area, is located at the middle banks of Penang Island. In a later chapter, the assessment states that the proposed project site may include the Middle Bank, as the actual boundary of the Middle Bank has not yet been ascertained.

READ MORE:  Tambak laut ancam perlindungan marin Middle Bank walaupun diberi jaminan

It is thus surprising that the chief minister was quoted by the media as saying that the proposed project would not encroach on Middle Bank.

Image source: “Protecting Penang’s Marine Biodiversity: Establishing the Middle Bank Marine Sanctuary“, published by Penang Institute (Figure 5-1). The redline was added to approximately showing the reclamation site.

The environmental impact assessment presented the potential impact of reclamation, ie generally water quality at the reclamation site during the filling activity would deteriorate with higher turbidity, resuspension of contaminated materials into the water column, dissolved oxygen depletion, release of nutrients and other contaminated materials from the sediments, and the creation of scum.

The Middle Bank was perceived to be the most affected seagrass area during the proposed reclamation works.

The Middle Bank ecosystem – consisting of seagrass meadows and tidal mudflats – serves as nursery grounds for juvenile marine life, which supports fisheries. Any development here or adjacent to it will threaten the marine ecosystem and thus the livelihood of fisherfolk.

Moreover, construction runoff and uncontained leachate will leach toxins into the Penang Channel, contaminating the marine waters and endangering aquatic life.

The proposed rehabilitation and reclamation working platform will be close to residential areas and schools.

Waste recycling machines operating here will generate constant air pollution and noise.

The excavation works for landfill materials will release hazardous particulate matter (PM2.5 and PM10) that poses significant health risks, including respiratory and cardiovascular problems, and can worsen existing conditions like asthma and heart disease.

The potential long-term health impacts on children and vulnerable communities have not been adequately assessed in the impact assessment report.

Although the assessment identifies mitigation measures, there would still be pollution that will affect the residents here and cause damage to the marine ecosystem.

SAM supports the call of the Protect Karpal Singh Drive action committee for the state to reject the proposed reclamation of land in its bid to ‘rehabilitate’ the old Jelutong landfill, as it is unnecessary. After all, the environmental impact assessment confirmed that the landfill could be dismantled and rehabilitated without the need for land expansion. – SAM

Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments