Rombakan jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu proses yang lebih telus dan terbuka

15 views

Kami, selaku kumpulan masyarakat madani yang menandatangani kenyataan ini, maklum bahawa mesyuarat pertama, penggal keempat Parlimen ke-14 bagi Dewan Rakyat telah melabuhkan tirainya dan mezahirkan kebimbangan tentang janji memorandum persefahaman transformasi dan kestabilan politik untuk melaksanakan “dengan serta merta” dalam perkara 3.3 berkaitan penambahan bilangangan jawatankuasa pilihan khas parlimen dan perkara 3.4 berkaitan keseimbangan keahlian dan kepimpinan jawatankuasa tersebut.

Sungguhpun dilaporkan bahawa senarai anggota jawatankuasa pilihan khas parlimen yang baru selepas perlantikan pentadbiran baru akan diumumkan akan tetapi ada dua perkara utama yang masih tidak jelas. Kami menyeru ahli-ahli jawatankuasa pemandu memorandum persefahaman agar memberi pencerahan kepada orang awam supaya sebarang kekurangan boleh dielakkan dalam pengumuman kelak.

Pertama, adakah bilangan jawatankuasa pilihan khas akan ditambah dengan secukupnya dan tidak berulang keadaan seperti di bawah kepimpinan Mahiaddin Yasin dahulu?

  • Adakah setiap portfolio kementerian akan dipantau oleh sesebuah jawatankuasa pilihan khas? Status quo sekarang yang mana lapan kementerian – iaitu (1) hal ehwal negeri (dengan seorang menteri dan tiga orang duta khas bertaraf menteri), (2) sumber manusia, (3) komunikasi dan multimedia, (4) belia dan sukan, (5) pelancongan, seni dan budaya, (6) perpaduan negara, (7) wilayah persekutuan dan (8) pembangunan usahawan dan koperasi – terlepas daripada pemantauan sebarang jawatankuasa pilihan khas, sepatutnya tidak berulang lagi
  • Adakah setiap jawatankuasa pilihan khas wajar menjaga lebih daripada dua kementerian? Keadaan seperti di mana sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Pembangunan Infrastruktur menjaga empat buah kementerian penting – kerja raya, pengangkutan, perumahan dan kerajaan tempatan, serta pembangunan luar bandar – tidak sepatutnya terjadi lagi
  • Adakah jawatankuasa pilihan khas ditubuhkan untuk memantau isu penting seperti hal ehwal pilihanraya dan parti, federalisme dan desentralisasi, dan pendanaan politik, sepertimana yang dituntut oleh parti politik dan masyarakat sivil?
READ MORE:  Stop constant intimidation and harassment tactics against journalists

Kedua, adakah jumlah bilangan ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa pilihan khas hanya dihadkan kepada 82 atau kurang daripada ini sekadar untuk memastikan bilangan ahli Parlimen penyokong kerajaan (backbenchers) tidak dilangkaui ahli Parlimen pembangkang? Jika keadaan ini berlaku, seramai 65 ahli Parlimen pembangkang akan dinafikan peluangnya untuk terlibat dalam proses pantauan terhadap eksekutif dan pembentukan dasar dalam masa lapan ke sembilan bulan setahun apabila Dewan tidak bersidang

Keadaan yang tidak masuk akal ini boleh berlaku berdasarkan latar belakang ini:

  • 73 orang (termasuk pengerusi Majlis Pemulihan Negara dan tiga orang duta khas bertaraf menteri) daripada 114 ahli Parlimen kerajaan adalah anggota pentadbiran yang tidak layak menganggotai jawatankuasa pilihan khas
  • 147 orang ahli Parlimen persendirian (bukan menteri atau timbalan menteri) yang layak menganggotai jawatankuasa pilihan khas
  • Jika keseimbangan keanggotaan jawatankuasa pilihan khas disalahtaksifkan sebagai jumlah ahli Parlimen pembangkang dalam jawatankuasa pilihan khas tidak boleh melebihi jumlah ahli Parlimen penyokong kerajaan (backbencher), oleh itu jumlah keseluruhannya ialah 41 x 2 iaitu 82 orang Ahli Parlimen.

Kami menyeru agar jawatankuasa pemandu memorandum persefahaman yang terdiri daripada lima orang masing-masing mewakili kerajaan Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan untuk mengumumkan:

  • bilangan dan senarai ahli yang akan dilantik
  • ketetapan bahawa semua ahli Parlimen persendirian yang berminat untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas akan berpeluang mengambil bahagian
  • kesediaan untuk menambahkan bilangan anggota setiap jawatankuasa pilihan khas daripada bilangan minimumnya iaitu tujuh orang
  • ketetapan bahawa pemilihan ahli-ahli Parlimen persendirian untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas dibuat dengan serius mengambilkira minat dan keupayaan mereka dan bukan dibuat secara sambil lewa oleh pemimpin dan ketua whip parti
READ MORE:  Reformasi jawatankuasa pilihan parlimen

Kenyataan ini adalah inisiatif Komuniti Perintis untuk Parlimen Profesional, sebuah jaringan individu yang aktif dalam kumpulan masyarakat madani, badan pemikir dan akademia yang memperjuangkan sebuah Parlimen yang profesional bagi mewujudkan persaingan dasar yang sihat antara pelbagai parti.

Ditandatangani oleh:

  1. Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)
  2. Persatuan Pengundi Muda (Undi18)
  3. Institute for Political Reform and Democracy (Reform)
  4. Bait Al-Amanah
  5. Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas)
  6. Engage
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments