Respon Edict terhadap ketua polis berkenaan tindakan merakam anggota polis

0
57 views
Image: Gerd Altmann/Pixabay

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk ke laporan akhbar bertarikh 12 November 2020, seperti yang disiarkan di Bernama, mengenai respon ketua polis negara terhadap tindakan seorang aktivis mahasiswa merakam video dan kenyataan media yang dikeluarkan oleh beberapa NGO sebelum ini yang mengecam tindakan polis.

Ingin kami tegaskan disini sekali lagi bahawa, tindakan merakam salahlaku anggota polis adalah satu perkara yang tidak melanggar undang-undang.

Polis perlu bijak membezakan antara menghina institusi polis dan mendedahkan salahlaku. Kedua-dua perkara berkenaan adalah berbeza.

Tindakan mahasiswa tersebut merakam tindakan anggota-anggota polis ketika hadir ke rumah rakannya adalah untuk memastikan tindakan anggota berkenaan mengikut segala prosedur undang-undang selain bagi memastikan keselamatan rakannya. Tidak wujud sebarang tohmahan atau penghinaan kepada anggota-anggota berkenaan.

Seperti yang kami nyatakan sebelum ini didalam kenyataan media kami, jika polis merasakan mereka tidak melakukan sebarang perlanggaran undang-undang, mengapa mereka perlu berasa bimbang atas tindakan tersebut?

Tambahan pula, pada 20 September 2019, ketua polis negara sendiri menyokong dan menggalakkan penggunaan kamera badan bagi merakam tindak-tanduk para anggota supaya tidak berlaku penyelewengan dalam menjalankan tugas. Penggunaan kamera bagi merakam pergerakan anggota juga adalah satu bentuk ciri keselamatan buat para anggota bagi mengelakkan sebarang fitnah dan tohmahan ke atas anggota ketika menjalankan tugas.

Penggunaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan hanya boleh digunapakai apabila seseorang itu melakukan penghinaan atau fitnah, bukannya untuk mendedahkan salahlaku polis.

Kami juga merasakan, tindakan mendedahkan salahlaku anggota polis dapat memastikan pihak polis lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang melanggar etika dan integriti polis itu sendiri.

READ MORE:  Four rights groups slam arrest, remand of Patrick Teoh

Sekiranya pihak polis mahu mengembalikan kepercayaan dan penghormatan masyarakat kepada polis, polis seharusnya bersikap terbuka dan mengambil berat tentang pendedahan yang dilakukan oleh masyarakat mengenai kelakuan anggotanya dan bukannya mengancam masyarakat yang cuba mendedahkan salahlaku tersebut.

Ketua polis negara yang sebelum ini juga pernah berjanji untuk melaksanakan IPCMC (independent police complaints and misconduct commission), secara tiba-tiba bersikap dingin dengan tindakan mendedahkan salahlaku anggotanya. Dimanakah janji ketua polis negara dahulu bahawa beliau bersedia dan terbuka untuk para anggotanya dikritik dan disiasat sekiranya melakukan kesalahan?

Kami berharap pihak polis dapat mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap polis. Kami juga ingin mengingatkan ketua polis bahawa pelaksanaan IPCMC yang telah dirancang sebelum ini adalah salah satu jalan untuk memastikan integriti polis berada di tahap yang tinggi di mata masyarakat.

Akhir sekali, kami ingin mengingatkan pihak kerajaan bahawa, tindakan mendakwa aktivis mahasiswa, yang juga bekas presiden Umany itu, yang mana hanya merakam tindakan polis tidak sama sekali menggugat mana-mana penjawat awam.

Jabatan Peguam Negara mestilah menggunakan budi bicara berlandaskan prinsip keadilan yang munasabah dalam mendakwa sesiapapun. Kami berharap hanya kes yang betul-betul wajar sahaja patut dibawa ke mahkamah supaya tidak membazirkan masa mahkamah dengan kes yang tidak munasabah.

13 November 2020

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments