Rakyat benci rasuah: Najib tidak layak terima pengampunan atau tahanan rumah

Prisoner Najib Razak

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Hari ini (29 Januari 2025) adalah ulang tahun pertama Najib Razak diberi pengampunan.

Setahun yang lalu, hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib atas tuduhan rasuah dalam kes SRC International dikurangkan kepada enam tahun (sebanyak 50%), dan hukuman denda RM210 juta dikurangkan ke RM50 juta (sebanyak 76%).

Hari ini, kami, badan masyarakat sivil dan warga Malaysia, secara tegasnya menyatakan bahawa:

Kami benci rasuah.

Najib tidak layak untuk menerima belas ihsan – pengampunan atau tahanan rumah – kerana:

  • dia telah didapati bersalah atas jenayah rasuah (tujuh pertuduhan) dan didakwa atas penyalahgunaan kuasa (empat pertuduhan), kesalahan pecah amanah (enam pertuduhan) dan pengubahan wang haram (24 pertuduhan) melibatkan sejumlah RM9.0bn termasuk:
  • dia tidak pernah mengaku bersalah dalam mana-mana kes di atas. Sebaliknya dia berulang kali mendakwa dia menjadi mangsa penganiayaan politik; dan
  • dia menuntut pengampunan dan kelonggaran bagi hukuman yang sudah dijatuhkan oleh mahkamah untuk kes SRC International sementara tiga kes lainnya masih belum selesai.

Sebarang keputusan untuk Najib diberi pengampunan atau tahanan rumah sebelum semua kes-kes terhadapnya selesai di mahkamah adalah satu tindakan yang mempromosi dan menormalisasi rasuah.

Ia juga akan mewujudkan masyarakat dua darjat di mana orang yang mencuri lebih banyak akan diberi hukuman lebih rendah.

Keputusan sebegini boleh dianggap menghina kedaulatan undang-undang. Ia juga memberi isyarat kepada pelabur dan masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia masih menjadi tempat perlindungan untuk gejala kleptokrasi ala 1MDB.

READ MORE:  Najib's 1MDB apology: Should we accept or reject it?

Hanya Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang di Malaysia. Sebarang undang-undang untuk tahanan rumah mesti dibuat secara telus di Parlimen, bukan melalui sebarang dokumen atau kaedah lain.

Undang-undang untuk tahanan rumah mesti secara jelas mengecualikan, antara lain,

  • pesalah-pesalah dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa, kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram
  • pesalah-pesalah yang tidak mengaku bersalah tetapi mendakwa dirinya menjadi mangsa penganiayaan politik atau kesilapan kehakiman dan/ atau
  • pesalah-pesalah yang masih ada kes-kes berkaitan yang belum selesai.

Peguam Negara Dusuki Mokhtar mesti mengarahkan pihak pendakwaan untuk memfailkan semula pertuduhan-pertuduhan baharu terhadap Najib Razak dalam kes Ipic yang melibatkan RM6.6bn.

Menteri Kewangan Anwar Ibrahim mesti membantu pihak pendakwaan mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen yang diperlukan.

Najib diberi keputusan perlepasan tanpa pembebasan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 November 2024 kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan dokumen-dokumen di bawah Seksyen 51A Kanun Prosedur Jenayah.

Menurut pihak pendakwaan, dokumen-dokumen ini adalah rahsia rasmi di bawah Kementerian Kewangan.

Jika Najib dilepaskan daripada sebarang akauntabiliti kerana kegagalan di pihak pendakwaan, Perdana Menteri Anwar yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan berkaitan pelantikan dan tempoh perkhidmatan peguam negara, serta ada kuasa untuk membatalkan klasifikasi mana- mana dokumen rahsia rasmi di bawah Kementerian Kewangan, harus menanggung sepenuhnya tanggung jawab politik.

Initiated by:

  • Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  • Coalition for Clean and Fair Election (Bersih)
  • Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas Malaysia)
  • Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  • Fahmi Reza

Note: As of 29 January 2025, 2pm, a total of 50 organisations – art, literature and culture (3); community-based groups (5); democracy, human rights and good governance (19), environment and/or indigenous peoples (5); political party (1); professional and business groups (5) and student/youth organisations (12) – had endorsed the statement “Malaysians hate corruption: Najib does not deserve mercy including home detention”..

READ MORE:  Tolak seruan untuk pembebasan atau tahanan rumah Najib!

Art, literature and culture (3)

  • Kolektif Stensil
  • Persatuan Penulis Berbilang Bahasa (PEN Malasia)
  • The Instant Cafe Theatre Company Community organisations (5)

Community-based groups (5)

  • Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  • Pangrok Sulap
  • Pertubuhan Mawaddah Malaysia
  • Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association Youth Section (SKLHA Youth)
  • Suara Marhaen

Democracy,  human  rights  and good governance (19)

  • #RasuahBusters
  • Aliran
  • Centre for Independent Journalism (CIJ)
  • Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
  • Engage
  • Islamic Renaissance Front (IRF)
  • Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall Civil Rights Committee (KLSCAH-CRC)
  • Liga Mahasiswa Universiti Malaya
  • Malaysian Corruption Watch
  • OHMSI Sdn Bhd
  • Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam)
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  • Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
  • Purplelily Social Association
  • Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  • Sisters in Islam (SIS)
  • Teoh Beng   Hock   Association    for Democratic Advancement
  • Tindak Malaysia

Environment and/or indigenous peoples (5)

  • Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  • KLSel Eko Enzim Station
  • Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  • Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan
  • Save Rivers

Political party (1)

  • Parti Pejuang Tanahair

Professional and business groups (5)

  • Industrial and Organizational Psychology Club
  • Iryas incorporation
  • Johor Indian Business Association (Jiba)
  • Muslim Professionals Forum
  • Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)

Student/youth organisations (12)

  • Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi)
  • Demokrat Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Grassroots Empowerment IIUM
  • Jentayu (formerly Malaysia Muda)
  • Kelab Sosialis UKM (KSUKM)
  • Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM)
  • Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM)
  • Pro-Siswa Kolej Komuniti Malaysia (Pro-siswa KK)
  • Pusat Pembangunan Rakyat Mandiri (Mandiri)
  • Suara Mahasiswa UMS
  • Suara Siswa UiTM
  • University of Malaya Association of New Youth (UMANY)

Note: As of 29 January 2025 2pm, a total of 826 individuals – legal practitioners and scholars (25), other Academics (37), journalists (10), other professionals (146), activists (36), business people (55), politicians (5) and legal practitioners and scholars (25), concerned citizens (521) – have endorsed the statement.

READ MORE:  How would 'house arrest' for Najib even work?

This excludes some 1,000 endorsers whose information is incomplete.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments