[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya berhati-hati berhubung keghairahannya terhadap penemuan unsur nadir bumi (REE) baru-baru ini yang kononnya bernilai RM87bn di negeri itu.
Kami menasihati kerajaan untuk menilai secara menyeluruh potensi kesan terhadap alam sekitar, sosial dan ekonomi sebelum membuat sebarang keputusan tentang eksploitasi sumber ini.
Kami menentang perlombongan nadir bumi, tidak kira apa kaedah perlombongan yang digunakan, kerana kesannya yang merosakkan alam sekitar dan kesihatan manusia.
Kita mempunyai sejarah hitam mengenai perlombongan di mana ia telah meninggalkan legasi sisa tanpa banyak pengajaran yang telah dipelajari terutamanya berkaitan kes Asian Rare Earth Bukit Merah, Ipoh, Perak. Kita tidak seharusnya membiarkan sejarah berulang.
Menurut Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (Irena), penghasilan satu tan REE menghasilkan 2,000 tan sisa toksik, termasuk 75 meter padu air sisa dan satu tan sisa radioaktif.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, kami tidak menyokong perlombongan REE walaupun untuk tujuan negara kita, terutamanya apabila kebanyakan sumber ini terletak di kawasan sensitif alam sekitar termasuk di dalam hutan simpan kekal dan ekosistem kepelbagaian biologi atau berhampiran dengan penempatan orang Asli dan masyarakat tempatan.
Ini lebih-lebih lagi di Pulau Pinang, sebuah pulau kecil bersama kawasan kecil di tanah besar di mana terdapat kemungkinan besar bahawa kebanyakan deposit ini mungkin berada di dalam tempat sensitif alam sekitar dan berdekatan dengan masyarakat tempatan.
Berkenaan perlombongan yang melibatkan larut resap in situ, ini masih memerlukan pembersihan satu pertiga daripada tumbuh-tumbuhan dan menimbulkan risiko yang lebih serius kepada pencemaran air bawah tanah.
Penggunaan ammonium sulfat sebagai larutan larut resap boleh menyebabkan pencemaran sulfat, yang berterusan lama selepas perlombongan dihentikan, melalui pencemaran nutrien yang lebih teruk di hilir sungai dan takungan, bersama-sama dengan peningkatan pengeluaran mikrob hidrogen sulfida, bahan yang sangat toksik kepada banyak organisma dan tumbuhan akuatik.
Kerajaan masih belum menyediakan rancangan apatah lagi rancangan yang memadai untuk menangani semua sisa radioaktif jangka panjang yang akan dijana sebaik sahaja perlombongan dilakukan. Di mana ia akan dilupuskan, siapa yang akan menguruskan sisa dan siapakah yang akan membiayainya?
Syarikat perlombongan akan datang, melombong dan pergi. Rakyat dan pembayar cukai negara inilah yang akan menanggung semua akibat yang berpunca daripada industri kotor ini.
Tidak mempunyai pandangan yang jauh mengenai perkara ini, kerajaan tidak seharusnya hanya melihat untuk mengaut keuntungan daripada pelaburan jenis ini.
Sebaliknya, ia mestilah menjalankan penilaian menyeluruh terhadap risiko jangka panjang, mengutamakan perlindungan alam sekitar dan komuniti kita berbanding keuntungan ekonomi jangka pendek.
Dengan meletakkan keuntungan mengatasi langkah berjaga-jaga, kita berisiko untuk mengekalkan kesilapan yang sama yang telah merosakkan sejarah alam sekitar kita dan menjejaskan kesihatan awam.
Kerajaan Pulau Pinang mestilah mengakui sepenuhnya kos yang tidak dapat diubah yang berkaitan dengan perlombongan nadir bumi dan mengalihkan tumpuan mereka daripada keuntungan kewangan segera kepada pembangunan mampan.
Untuk menjaga masa depan Pulau Pinang, kita mestilah mencegah sebarang kemudaratan alam sekitar yang tidak dapat dipulihkan terhadap alam sekitar kita yang begitu rapuh.
Kita mestilah bertindak secara bertanggungjawab hari ini untuk mengekalkan warisan semula jadi kita, memastikan generasi akan datang mewarisi Pulau Pinang yang sihat dan berkembang maju.
Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri tidak sepatutnya dibutakan oleh janji berbilion dan trilion ringgit berhubung dengan industri nadir bumi, yang perlu dilihat sebagai industri kotor dan toksik.
Malaysia mestilah membetulkan keutamaannya dan meletakkan alam sekitar sebagai pusat dan tidak terus menerus merosakkan sumber asli kita atas nama menjana kekayaan ekonomi.
Jelas sekali, kita masih belum belajar daripada pengajaran masa lalu mengenai perkara yang diperlukan untuk benar-benar mampan, tetapi sebaliknya meninggalkan warisan toksik untuk generasi akan datang. – CAP/SAM
English version
Exercise caution over discovery of rare earth elements in Penang
The Consumers Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) urge the Penang state government to exercise caution regarding its enthusiasm over the recent discovery of rare earth elements purportedly valued at RM87bn within the state.
We advise the government to thoroughly assess the potential environmental, social and economic impacts before making any decisions about the exploitation of these resources.
We have been opposing rare earth mining, no matter the mining method used, for its devastating impacts on the environment and human health. We have a dark history of mining, where it has left a legacy of waste behind with little lessons learnt, especially in relation to the Bukit Merah Asian Rare Earth case near Ipoh, Perak. We should not allow history to repeat itself.
According to the International Renewable Energy Agency (Irena), producing one tonne of rare earth elements results in 2,000 tonnes of toxic waste, including 75 cubic meters of wastewater and a tonne of radioactive waste.
Hence, we do not support rare earth mining even for our national purpose, especially when much of these resources are located in environmentally sensitive areas, including in permanent forest reserves and biodiverse ecosystems or near settlements of Indigenous peoples and local communities.
This is even more so in Penang, a small island and mainland state where there is a high likelihood that most of these deposits may be within environmentally sensitive places and close to local communities.
As regards mining involving in-situ leaching, this still requires a clearing of one-third of the vegetation and poses a more serious risk to groundwater pollution.
The use of ammonium sulphate as a leaching solution can cause sulphate pollution, which persists long after mining ceases, through exacerbated nutrient pollution of downstream rivers and reservoirs, along with increasing microbial production of hydrogen sulphide, an extremely toxic substance to many aquatic organisms and plants.
The government has not even prepared a plan, let alone an adequate one, to deal with all the long-term radioactive waste that would be generated once the mining is done. Where would it be disposed, who will manage the waste and on whose funds?
Mining companies will come and go. It’s the people and taxpayers of this country who will have to suffer all the consequences that stem from this dirty industry.
Having no foresight on any of these, the government should not just be looking at raking in profits from this type of investments. Instead, it must undertake a comprehensive evaluation of the long-term risks, prioritising the protection of our environment and communities over short-term economic gains.
By placing profits above precaution, we risk perpetuating the same mistakes that have marred our environmental history and undermined public health.
The Penang government must fully recognise the irreversible costs associated with rare earth mining and shift its focus from immediate financial gains to sustainable development.
To safeguard Penang’s future, we must prevent any irreversible environmental harm to our fragile environment. We must act responsibly today to preserve our natural heritage, ensuring that future generations inherit a healthy and thriving Penang.
Both the federal and state governments should not be blinded by promises of billions and trillions of ringgit in relation to the rare earth industry, which has to be viewed as a dirty and toxic industry.
Malaysia must get its priorities right and put the environment at the centre, and not continue to damage our natural resources, in the name of generating economic wealth.
Clearly, we have not learnt from lessons of the past on what it takes to be truly sustainable; instead, we are leaving a toxic legacy for generations to come. – CAP/SAM
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers Association of Penang while Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











