
Sahabat Alam Malaysia terkejut membaca laporan media yang memetik Gamuda Bhd bahawa projek penambakan laut di selatan Pulau Pinang akan dimulakan pada 1 Julai 2023.
Ini adalah kerana rayuan nelayan-nelayan belum lagi didengar dan diputuskan secara muktamad.
Pada 25 Mei Persatuan Nelayan Negeri Pulau Pinang (Pen Mutiara), Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Pinang Selatan dan Zakaria Ismail bagi pihak unit nelayan Sungai Batu telah memfailkan notis-notis rayuan mereka kepada Lembaga Rayuan di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Lembaga Rayuan) 2003 dalam mencabar kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar yang berjudul “The proposed reclamation and dredging works for the Penang South Reclamation (PSR)” (Revision 3) bertarikh Mac 2023.
Ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar telah meluluskan secara bersyarat laporan penilaian impak tersebut dalam surat bertarikh 11 April dan kelulusan laporan ini telah diumumkan oleh ketua menteri Pulau Pinang pada 26 April.
Kerajaan negeri seharusnya menunggu keputusan rayuan ini dan menghormati proses undang-undang. Di samping itu antara syarat kelulusan laporan impak alam sekitar ini ialah suatu pelan pengurusan alam sekitar yang lengkap hendaklah dikemukakan dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang sebelum sebarang kerja pembangunan projek ini dimulakan. Kami tidak pasti sama ada laporan ini telah disiapkan dan menerima kelulusan. Pihak penggerak projek perlu mendedahkan kepada awam sama ada kesemua syarat kelulusan laporan penilaian impak alam sekitar ini telah dipenuhi.
Kami kesal bahawa penggerak projek masih berhasrat untuk meneruskan projek ini yang akan membawa impak negatif kepada ekosistem marin, sektor perikanan dan seterusnya rezeki nelayan dan semua yang bergantung kepada kawasan persisiran pantai ini.
Mageswari Sangaralingam ialah setiausaha kehormat Sahabat Alam Malaysia
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme