Projek perumahan pelajar UM mesti dipantau dengan sewajarnya / University students’ housing project must be properly monitored

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Satu laporan media baru-baru ini menyatakan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan memantau sendiri projek kediaman pelajar Universiti Malaya.

Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) menghargai keprihatinan perdana menteri untuk memastikan projek itu disiapkan tanpa sebarang kelewatan. Namun, beliau tidak seharusnya memantau perkembangan projek ini memandangkan beliau mempunyai banyak isu mendesak, baik di peringkat tempatan mahupun antarabangsa, yang perlu ditangani.

Kebimbangan Anwar mengenai lebihan kos, ketirisan, projek terbengkalai, arahan perubahan kerja, dan pengurusan projek yang lemah adalah berasas. Projek Universiti Malaya ini wajar dijadikan model pembangunan yang bersih, cekap, dan bebas rasuah.

Walau bagaimanapun, projek ini sepatutnya dipantau oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama pihak pengurusan Universiti Malaya, agensi pelaksana yang berkaitan, serta pihak berkepentingan lain.

Semua pihak mesti bertanggungjawab atas peranan masing-masing dan memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual. Memandangkan projek ini berada di bawah bidang kuasanya, kementerian yang berkenaan mestilah bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam aspek pemantauannya.

Jadual kerja yang jelas, disokong oleh carta Gantt, perlu diwujudkan, dengan menetapkan pencapaian penting dan tarikh siap bagi setiap fasa. Kemajuan kerja mesti dipantau secara berkala supaya sebarang kelewatan atau penyimpangan daripada jadual dapat dikenal pasti lebih awal dan tindakan pembetulan boleh diambil dengan segera.

Kontraktor yang gagal memenuhi tarikh akhir yang dipersetujui tanpa alasan yang sah mestilah dipertanggungjawabkan mengikut terma kontrak mereka. Jika berkenaan, ganti rugi tertentu (liquidated damages) perlu dikenakan bagi kelewatan yang berlaku tanpa alasan yang sah untuk pelanjutan masa. Sekiranya kontraktor tidak mampu melaksanakan kerja, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera untuk menggantikan mereka, jika perlu, bagi mengelakkan kelewatan yang lebih lanjut.

READ MORE:  What Tabung Haji's buyback numbers really told us

Selain itu, penyeliaan pembinaan yang ketat dan kawalan kualiti mestilah dikekalkan sepanjang tempoh projek. Langkah-langkah penjimatan kos tidak boleh menjejaskan kualiti bangunan, keselamatan struktur, mahupun keselesaan hidup para pelajar yang akan mendiami kediaman itu.

CAP menegaskan bahawa projek awam mestilah diuruskan dengan cekap, telus, dan penuh akauntabiliti.

Kementerian yang berkaitan serta pengurus projek perlu memastikan projek disiapkan mengikut jadual, dalam lingkungan belanjawan, dan memenuhi piawaian yang ditetapkan, tanpa memerlukan campur tangan peribadi daripada perdana menteri.

CAP turut menekankan bahawa, tidak kira sama ada sesuatu projek dibiayai oleh dana awam atau swasta, semua pihak wajib mematuhi terma kontrak sebagai prinsip asas pengurusan projek yang baik. – CAP

English version

University of Malaya’s student housing project must be properly monitored

A recent media report stated that Prime Minister Anwar Ibrahim would personally monitor the University of Malaya’s student residence project. The The Consumers’ Association of Penang (CAP) appreciates the prime minister’s concern about completing the project without any delay. But it is not for him to be monitoring the progress of the project as he has many pressing local and international issues to deal with.

Anwar’s concerns about cost overruns, leakages, abandoned projects, variation orders and weak project management are legitimate. The niversity’s project should serve as a model of clean, efficient and corruption-free development.

However, the project should be monitored by the Ministry of Higher Education, in collaboration with the university management, the relevant implementing agencies and other stakeholders.

All parties must be held accountable for their respective responsibilities and for ensuring the project’s timely completion. As the project falls under its purview, the relevant ministry must be answerable for any shortcomings in its oversight.

READ MORE:  From zero to 70-acre reclamation: PAC urged to probe RM1bn Karpal Singh Drive deal

A clear work schedule, supported by a Gantt chart, should be established, with specific milestones and completion dates for each phase. Progress must be monitored regularly so that delays and deviations from the schedule can be identified early and corrective action taken promptly.

Contractors who fail to meet agreed deadlines without valid justification must be held accountable under the terms of their contracts. Where applicable, liquidated damages should be imposed for delays without valid grounds for an extension of time. If contractors are unable to deliver, the authorities should take prompt action to replace them where necessary to prevent further delays.

Equally important, stringent construction supervision and quality control must be maintained throughout the project. Cost-cutting measures must not compromise building quality, structural safety or the living conditions of students who will occupy the residences.

CAP stresses that public projects must be managed efficiently, transparently and accountably. The relevant ministry and project managers must ensure that the project is completed on schedule, within budget and to the required standards, without requiring the prime minister’s personal intervention.

CAP also emphasises that, whether a project is publicly or privately funded, all parties must comply with the terms of the contract as a basic principle of good project management. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of thhe Consumers’ Association of Penang.

 

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted