Projek Komuniti Selamat Bersepadu dilancarkan di Selangor untuk memerangi keganasan rumah tangga

0
66 views

Pada 21 November 2019, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh telah mengatakan bahawa negeri Selangor mencatat kes keganasan rumah tangga yang tertinggi dilaporkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sebanyak 27% daripada keseluruhan kes diterima JKM dari Januari hingga Jun 2019 adalah dari negeri Selangor.


Tambahan pula, kajian terkini oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Institut Wanita Berdaya menunjukkan bahawa terdapat kekurangan tempat perlindungan di Kuala Lumpur dan negeri Selangor yang sesuai dengan keperluan mangsa keganasan rumah tangga.
 
Sehubungan dengan itu, WAO bersama kerajaan negeri Selangor telah melancarkan projek perintis Komuniti Selamat Bersepadu untuk memerangi keganasan rumah tangga. Projek ini telah bermula sejak Oktober 2019 di empat daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Hulu Selangor dan Petaling Jaya dan akan diteruskan di lima lagi daerah di Selangor.
 
Berucap ketika perasmian projek tersebut pada 3 Disember, Melissa Akhir, ketua pembangunan kapasiti WAO, berkata, “WAO menjalankan program-program seranta dan bengkel mengenai keganasan rumah tangga kepada orang awam, responder pertama, serta ketua-ketua komuniti — termasuklah mereka yang terdiri daripada golongan B40 dan pedalaman. 

“Kami mensasarkan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan penting dalam komuniti untuk melaksanakan ‘Projek Komuniti Selamat Bersepadu’, yang bertujuan untuk mengelakkan dan memerangi keganasan rumah tangga. Dengan sokongan kerajaan negeri Selangor, kami berharap untuk memperkasa hubungan antara komuniti serta menambahbaik sistem respon dan rujukan bagi keganasan rumah tangga. 

“Tambahan lagi, kami juga berharap untuk membantu mewujudkan rangkaian pusat perlindungan krisis bagi wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan rumah tangga. Ini akan meningkatkan akses kepada keadilan dan melindungi hak wanita dan kanak-kanak. WAO komited dalam usaha kerjasama dengan kerajaan negeri Selangor dalam melaksanakan Projek Komuniti Selamat, demi kepentingan rakyat Selangor.”
 
Projek berkonsep holistik ini bertujuan memperkasa segenap lapisan masyarakat untuk mencegah dan bertindak balas terhadap keganasan rumah tangga, di mana mereka dilatih untuk merujuk mangsa untuk bantuan dan panduan selanjutnya.
 
Kerajaan negeri Selangor membiayai tenaga pakar daripada WAO dalam melatih pasukan pemimpin komuniti di setiap daerah untuk merancang tindakan komuniti selamat bersepadu, termasuk mewujudkan tempat selamat untuk mangsa keganasan rumah tangga.
 
“Impian kami adalah supaya Komuniti Selamat Bersepadu menjadi realiti di Selangor. Bayangkan jika setiap wanita dan kanak-kanak yang mengalami keganasan dapat bergantung kepada masyarakat sekeliling untuk membantu mereka ketika saat krisis. Dan bayangkan jika masyarakat sekeliling, oleh sebab dibekalkan dengan pengetahuan, dapat menyokong mangsa. Pihak berkuasa yang menerima aduan pula, tahu kewajipan mereka dan cara untuk bertindakbalas. 

READ MORE:  SIS urges ministry to protect women and children

“Komuniti ini juga diperkasa dengan sistem rujukan yang cekap. Mesej ringkasnya: Jangan hanya jadi pemerhati, jadilah komuniti 3K (Kenal, Kendali, Kaitkan) yang dapat membantu dan menyokong mangsa keganasan,” tambah Melissa.
 
Dengan ini, Komuniti Selamat dilancarkan pada 3 Disember 2019, sempena kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender, demi memberdayakan masyarakat untuk menolak keganasan terhadap wanita.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments