[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyeru kerajaan untuk mempertimbangkan pelaksanaan program solar balkoni yang dikawal selia di Malaysia bagi membolehkan lebih banyak isi rumah khususnya penghuni dan penyewa pangsapuri melibatkan diri dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui serta mengurangkan bil elektrik mereka.
Walaupun penggunaan sistem solar atas bumbung telah berkembang di Malaysia, ramai pengguna tidak dapat meraih manfaatnya kerana mereka tinggal di bangunan bertingkat tinggi, menyewa kediaman, atau tidak mempunyai akses kepada ruang bumbung yang sesuai.
Tambahan pula, sistem solar atas bumbung dianggap tidak mampu milik bagi kebanyakan isi rumah yang tidak menggunakan tenaga elektrik dalam kuantiti yang mencukupi untuk mewajarkan pelaburan itu.
Sistem solar balkoni yang terdiri daripada panel solar kecil yang disambungkan kepada penyongsang kecil (mikroinverter) dan dipalamkan terus ke soket elektrik rumah, menawarkan alternatif yang praktikal dan mampu milik.
Pengalaman di negara Jerman membuktikan potensi pendekatan ini. Dikenali sebagai Balkonkraftwerke atau sistem solar plug-in, pemasangan solar berskala kecil ini semakin popular dalam kalangan isi rumah biasa.
Jerman mencatatkan kira-kira satu juta sistem solar balkoni menjelang pertengahan 2025, dengan jumlah itu meningkat dua kali ganda dalam tempoh kira-kira setahun apabila semakin ramai pengguna mengguna pakai teknologi ini. Bundesnetzagentur (Federal Network Agency) Jerman merekodkan kira-kira 435,000 pemasangan solar balkoni ‘plug-in’ baharu pada 2024 sahaja, yang menyumbang sekitar 0.4 gigawatt kapasiti solar tambahan.
Pertumbuhan pesat solar balkoni di Jerman menunjukkan bahawa penggunaan tenaga boleh diperbaharui tidak semestinya terhad kepada pemilik rumah yang mempunyai ruang bumbung yang luas.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Penghuni pangsapuri, penyewa dan pengguna biasa juga boleh turut serta dalam peralihan tenaga apabila halangan seperti kos permulaan yang tinggi, proses kelulusan yang rumit dan ketiadaan akses ke bumbung dapat dikurangkan.
Malaysia amat sesuai untuk program seumpama ini memandangkan negara ini menikmati cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Sistem solar balkoni yang dikawal selia dengan baik boleh membantu isi rumah menjana elektrik pada waktu siang, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada bekalan elektrik grid dan menurunkan kos bil elektrik bulanan.
Tujuan utama pemasangan sistem solar di balkoni ini adalah untuk penjanaan tenaga sendiri oleh pengguna dan bukannya untuk pengeluaran elektrik secara komersial. Elektrik yang dijana haruslah digunakan terlebih dahulu di dalam isi rumah bagi mengimbangi penggunaan tenaga.
Sebarang lebihan elektrik yang disalurkan ke grid perlu diuruskan melalui aturan kawal selia yang sesuai bagi melindungi pengguna serta kestabilan sistem bekalan elektrik.
CAP mengakui kebimbangan bahawa penggunaan meluas sistem solar berskala kecil mungkin memberi kesan kepada rangkaian pengagihan elektrik.
Walau bagaimanapun, pengalaman Jerman menunjukkan bahawa sistem solar berskala kecil boleh diintegrasikan dengan jayanya apabila disokong oleh piawaian teknikal, prosedur pendaftaran dan pengurusan grid yang sewajarnya.
Kesan daripada sistem individu adalah kecil, dan kebanyakan elektrik yang dijana digunakan berhampiran dengan lokasi penjanaannya.
Pada masa yang sama, CAP menegaskan bahawa keselamatan pengguna mesti kekal sebagai keutamaan tertinggi. Hanya panel solar, penyongsang (inverter) dan sistem pemasangan yang diperakui sahaja yang harus dibenarkan.
Sistem itu mestilah merangkumi ciri-ciri keselamatan penting seperti perlindungan ‘anti-islanding’ yang memutuskan sambungan penjanaan solar secara automatik semasa gangguan bekalan elektrik bagi melindungi pekerja elektrik dan orang awam.
Malaysia juga harus memanfaatkan penggunaan meter pintar yang sedang dilaksanakan bagi membuat persediaan menghadapi masa depan di mana aliran elektrik berlaku dalam kedua-dua arah. Pemeteran pintar dan dua hala boleh membantu memastikan pemantauan yang tepat terhadap penggunaan elektrik serta sebarang lebihan elektrik yang disalurkan semula ke grid.
Oleh itu, CAP menggesa kerajaan, Suruhanjaya Tenaga, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda) Malaysia serta syarikat pembekal elektrik untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan mengenai pengenalan sistem solar balkoni.
Kajian itu perlu merangkumi aspek-aspek berikut:
- piawaian keselamatan dan pensijilan produk
- keperluan pemasangan bagi bangunan bertingkat tinggi
- langkah-langkah perlindungan pengguna
- pertimbangan bagi pemilik hartanah dan pengurusan strata
- keperluan integrasi dengan grid
- aturan yang adil bagi sebarang lebihan elektrik yang disalurkan ke grid
Kejayaan penggunaan sistem solar balkoni di Jerman membuktikan bahawa peralihan tenaga boleh menjadi lebih inklusif dengan membolehkan pengguna biasa menjana tenaga boleh diperbaharui.
Malaysia wajar meneroka peluang ini supaya penduduk pangsapuri, penyewa, dan isi rumah yang tidak mempunyai akses ke bumbung tidak ketinggalan dalam usaha menuju masa depan tenaga yang lebih bersih dan mampu milik.
Bangunan bertingkat tinggi yang mempunyai bumbung rata boleh mendapat manfaat daripada sistem sebegini dengan mengurangkan kos elektrik bagi kawasan kegunaan bersama.
Panel solar juga memberikan teduhan yang melindungi bumbung daripada kesan cuaca, mengurangkan pemindahan haba ke tingkat atas, serta membantu memanjangkan jangka hayat bumbung.
Manfaat-manfaat ini dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan meringankan beban kewangan penduduk. – CAP
English version
CAP calls for consumer empowerment in clean energy transition
The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on the government to consider introducing a regulated balcony solar programme in Malaysia to enable more households, particularly apartment residents and tenants, to participate in renewable energy generation and reduce their electricity bills.
While rooftop solar has expanded in Malaysia, many consumers are unable to benefit because they live in high-rise buildings, rent their homes, or do not have access to suitable roof space.
Moreover, rooftop solar systems are considered unaffordable to many households that do not use much electricity to justify the investment.
Balcony solar systems, which consist of small solar panels connected to a microinverter and plugged into a household electrical socket, provide an affordable and practical alternative.
Germany’s experience demonstrates the potential of this approach. Known as Balkonkraftwerke or plug-in solar systems, these small solar installations have become increasingly popular among ordinary households.
Germany recorded about one million balcony solar panel systems by mid-2025, with the number doubling within about one year as more consumers adopted the technology. The country’s Bundesnetzagentur (Federal Network Agency) registered about 435,000 new plug-in balcony solar installations in 2024 alone, contributing around 0.4 gigawatts of additional solar capacity.
The rapid growth of balcony solar in Germany shows that renewable energy adoption does not have to be limited to homeowners with large rooftops. Apartment dwellers, tenants and ordinary consumers can also become participants in the energy transition when barriers such as high upfront costs, complicated approvals and lack of roof access are reduced.
Malaysia is particularly well suited for such a programme because of its abundant sunlight throughout the year. A properly regulated balcony solar system could help households generate electricity during daylight hours, reducing their dependence on grid-supplied electricity and lowering monthly electricity expenses.
The primary purpose of balcony solar should be consumer self-generation rather than commercial electricity production. Electricity generated should first be used within the household to offset consumption.
Any excess electricity that flows into the grid should be managed through appropriate regulatory arrangements that protect both consumers and the stability of the electricity system.
CAP recognises concerns that widespread adoption of small solar systems could affect the electricity distribution network.
However, Germany’s experience shows that small-scale solar can be integrated successfully when supported by proper technical standards, registration procedures and grid management. The impact of individual systems is small, and the electricity generated is largely consumed close to where it is produced.
At the same time, CAP emphasises that consumer safety must remain the highest priority. Only certified solar panels, inverters and installation systems should be permitted.
Systems must include essential safety features such as anti-islanding protection which automatically disconnects solar generation during power failures to protect electricity workers and the public.
Malaysia should also use the ongoing deployment of smart meters to prepare for a future where electricity flows in both directions. Smart and bidirectional metering can help ensure accurate monitoring of electricity consumption and any surplus electricity supplied back to the grid.
CAP therefore urges the government, the Energy Commission, the Ministry of Energy Transition and Water Transformation, the Sustainable Energy Development Authority (Seda) and electricity provider companies to conduct a feasibility study on introducing balcony solar systems.
The study should address:
- safety standards and product certification
- installation requirements for high-rise buildings
- consumer protection measures
- landlord and strata management considerations
- grid integration requirements
- fair arrangements for any surplus electricity exported to the grid
The success of balcony solar in Germany demonstrates that energy transition can be made more inclusive by putting renewable energy generation within the reach of ordinary consumers.
Malaysia should explore this opportunity so that apartment residents, tenants and households without rooftop access are not left behind in the move towards a cleaner and more affordable energy future.
High-rise buildings with flat roofs can benefit from such systems by reducing electricity costs for common areas. Solar panels also provide shade that protects roofs from weather exposure, reduces heat transfer to top floors, and helps extend roof lifespan.
These benefits can lower maintenance costs and reduce the financial burden on residents. – CAP
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang (CAP).
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

