Pilihan raya kecil Cameron Highlands: Pemerhatian positif dan negatif

0
31
Source: freemalaysiatoday.com

Pihak Tindak Malaysia, salah satu badan bukan kerajaan yang memberi tumpuan kepada pembaharuan sistem pilihan raya, baru-baru ini mengambil bahagian dalam proses pemerhatian pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Ini merupakan pertama kali dalam sejarah Tindak Malaysia, sejak penubuhannya pada tahun 2008, pihak kami telah diundang oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memantau dan memerhati proses pilihan raya dari penamaan calon sehingga proses pengiraan undi.

Berikut adalah maklumat maklumat ringkas mengenai proses pemerhatian dari pihak Tindak Malaysia.

Pasukan

Pihak Tindak Malaysia hantar empat orang pemerhati yang mempunyai pengalaman dalam bidang ejen mengundi dan ejen mengira (Paca) ke DUN Jelai (tiga orang) dan DUN Tanah Rata (satu orang).

Kawasan pengundian dipantau: Felda Sungai Koyan Satu (Jelai), Felda Sungai Koyan Dua dan Tiga (Jelai), Kuala Medang (Jelai), Berinchang (Tanah Rata), Kea Farm (Tanah Rata), Tanah Rata (Tanah Rata).

Kita berkerjasama dengan pihak Bersih dan Engage untuk mendapat liputan terluas untuk proses pemerhatian.

Ciri pemerhatian 1: Daftar pemilih

Pemerhatian ​positif​

Buat pertama kali dalam sejarah, SPR menyatakan kesemua senarai pengundi OKU dalam daftar pemilih. Kesemua pengundi OKU telah dimasukkan dalam Saluran 1.

Pemerhatian ​negatif​

Daftar pemilih masih ada mempunyai pengundi diragui seperti di Orchid Deluxe Park (Bandar Ringlet), Flat JPN (Berinchang) dan kawasan Felda Sungai Koyan. Dengan kerjasama dengan pihak Bersih melalui kerja lapangan, kita mengesahkan terdapat 10 pengundi diragui telah didaftarkan di alamat 3, Jalan ODP3, Orchid Deluxe Park. Masalah daftar pemilih mungkin berlaku sebelum tahun 2017 dan kesemua pengundi diragui telah diwartakan.

READ MORE:  Cameron Highlands by-election debate

Ciri pemerhatian 2: Hari pegundian

Pemerhatian positif

Papan Tanda menunjukkan tempat mengundi telah ditingkatkan dan mudah dilihat.

Kerani pengundian pertama di beberapa kawasan pengundian adalah tegas dan memusnahkan borang rujukan undian (yang telah diberikan oleh parti politik) yang pengundi membawa masuk di tempat mengundi.

Kesemua proses pengundian dan pengiraan undi telah mematuhi peraturan pilihan raya.

Penambahan saluran telah memberi kesan positif apabila barisan pengundi yang panjang telah dikurangkan. Terdapat satu kecualian untuk Saluran 1 (pengundi yang tua dan pengundi OKU.

Tempat kedudukan Saluran 1 adalah dekat dengan pintu masuk untuk kawasan pengundian. Ini telah memudahkan pengundi orang tua untuk mengundi.

Pemerhatian negatif

Parti politik masih mengadakan pondok panas di Berinchang dan beberapa kawasan pengundian walaupun dilarang oleh SPR

Salah satu parti politik mengambil kensempatan dalam kelemahan definisi kawasan larangan (iaitu 50 meter dari sempadan kawasan pengundian) dan meletakkan pondok panas amat dekat dengan kawasan pengundian

Saluran 1 di Berinchang dan beberapa kawasan pengundian di Jelai hanya satu pintu masuk dan keluar. Ini telah mengurangkan keselesaan untunk pengundi.

Satu kenderaan yang mempunyai logo BN telah masuk dalam kawasan pengundian.

Barisan pengundian untuk Saluran 1 masih panjang.

Di Berinchang dan Tanah Rata, hanya terdapat satu pintu untuk masuk dan keluar bagi Saluran 6 dan 7. Ini telah menyempitkan kawasan untuk pengundi masuk dan keluar kawasan tempat mengundi.

Terdapat satu kes di mana salah satu staff SPR enggan menguatkuasakan undang-undang pilihan raya apabila terdapat satu kes parti politik membuat kempen pada hari terakhir.

Pengundi-pengundi membawa borang rujukan untuk pengundian (iaitu pangkahan untuk parti politik) ke dalam tempat mengundi.

Danesh Prakash Chacko ialah penasihat Pemetaan Tindak Malaysia.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of