Pilihan raya 2022: SPR dan penjawat awam tonggak kerajaan berintegriti

BENEDICT LOPEZ

Pilihan raya umum kali ini merupakan pilihan raya yang agak luar biasa dengan beberapa kejutan dan kelainan yang telah berlaku.

Sebagai contoh, ada dewan undangan negeri yang sudah dibubarkan awal; ada yang belum dibubarkan dan ada yang masih menunggu keputusan sultan.

Kesemua warganegara berumur 18 ke atas secara automatik layak mengundi. Pilihan raya umum kali ini juga akan berlaku dalam monsun timur laut, yang dijangka membawa hujan lebat dan mungkin menyebabkan banjir.

Namun begitu, pilihan raya tetap perlu dilaksanakan sebaik mungkin dan tanggungjawab pentadbiran negara perlu terus digalas dengan penuh dedikasi oleh semua pihak berwajib.

Sehubungan itu, peranan penjawat awam adalah sangat penting dalam memastikan pentadbiran negara berjalan dengan baik di bawah kerajaan ‘caretaker’ sehinggalah kerajaan baru dibentuk.

Penjawat awam merupakan benteng pertahanan negara sekarang. Mereka adalah frontliners pertama yang akan memberi acuan kepada bentuk Malaysia pasca-pilihan raya umum nanti.

Maka, dengan penuh takzim, Pertubuhan Ikram Malaysia mendoakan dan menyarankan:

  • Pegawai penjawat awam menjalankan tugas dengan amanah tanpa dimanipulasi oleh mana-mana parti politik untuk kepentingan sempit mereka
  • Merujuk kepada kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya, pegawai penjawat awam memastikan larangan penggunaan aset kerajaan dan awam serta larangan berkempen pada waktu pejabat semasa pilihan raya, dapat dilaksana dan dikuatkuasakan secara menyeluruh di semua peringkat pentadbiran kerajaan. Sekiranya rakyat perlu dibantu, bantulah merentasi kefahaman dan sokongan politik mereka
  • SPR sebagai badan yang mengurus secara terus pentadbiran dan perjalanan pilihan raya, bersikap bebas daripada pengaruh dan tekanan mana-mana individu atau parti politik dalam memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil. SPR perlu memastikan tiada salah guna kuasa dan tiada unsur rasuah dalam perjalanan pilihan raya kali ini oleh mana-mana pihak
READ MORE:  When hardworking politicians are put out to pasture

Kita impikan pembentukan Malaysia pasca pilihan raya umum bermula dengan proses yang baik. Buah yang sedap ranum semestinya sihat juga di dalam, tiada ulat dan tiada yang busuk yang akan merosakkan negara pada masa hadapan.

Ikram bersama seluruh rakyat Malaysia meletakkan pengharapan yang tinggi kepada penjawat awam di semua peringkat di seluruh negara dalam memastikan proses pilihan raya umum berjalan secara bersih dan adil.

Semoga Malaysia kembali dihormati dan disegani di persada dunia.

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments