Pilihan raya 2022: Seruan untuk semua rakyat turun mengundi

MALAY MAIL ONLINE

Kami, ahli-ahli kumpulan G25, menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia turun beramai-ramai mengundi pada 19 November ini demi menunaikan tugas masing-masing sebagai rakyat yang cinta dan taat kepada negara bertuah ini.

Pilihan raya umum 2022 sangat penting bagi menentukan masa depan negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di mana wakil rakyat yang kita pilih adalah calon-calon yang layak bertugas sama ada sebagai ahli parlimen atau ahli dewan negeri bagi menentukan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya mampu menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk kebahagiaan semua lapisan masyarakat bangsa Malaysia.

Setiap undi harapnya akan menentukan kerajaan yang rakyat pilih mencerminkan kehendak kita bahawa ianya bersih, jujur dan cekap dengan memberi keutamaan kepada keperluan rakyat terutama sekali mereka yang miskin dan memerlukan bantuan tidak kira bangsa dan agama.

Kerajaan yang bersih di peringkat persekutuan dan negeri sangat penting bagi menggalakkan sektor swasta dan seterusnya meningkatkan prestasi ekonomi serta menambahkan lagi peluang kerja berkualiti kepada anak muda semua.

Para pelabur sama ada tempatan atau asing amat minat kepada pentadbiran yang bersih dan terbuka kerana ini akan meyakinkan mereka bahawa Malaysia adalah negara yang progresif, adil dan senang untuk membuat perniagaan dan pelaburan kerana pentadbirannya lurus dan tidak kotor dengan rasuah. Seluruh dunia akan melihat sama ada demokrasi Malaysia masih segar dan kuat. Oleh itu, marilah kita semua turun pada 19 November ini untuk mengundi beramai-ramai demi membina negara yang lebih maju. – G25



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Vernon Lee
Vernon Lee
18 Nov 2022 9.48pm

Well said.
I have repeatedly urged the present G25 to urgently groom a new generation of Malays of their ilk to take over the reins of the current senior members for a better Malaysia.