Pilihan raya 2022: Agenda reformasi dan pembangunan pengajian tinggi (Malay/English)

[ENGLISH VERSION BELOW] Menjelang pilihan raya 2022, Gerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) berdiri teguh di belakang Pakatan Harapan sebagai gabungan pilihan untuk memimpin Malaysia keluar daripada pelbagai krisis yang dihadapinya, terutama krisis yang dihadapi oleh pendidikan tinggi Malaysia.

Mengapa menyokong PH? Secara ringkasnya, kerana ia adalah satu-satunya gabungan dalam sejarah kewujudan Gerak (yang telah wujud hampir 30 tahun) yang menghubungi kami serta pertubuhan masyarakat sivil (CSO) yang pro-pembaharuan yang lain sepanjang tempoh perkhidmatannya yang singkat mulai 2018 hingga 2020.

Terdapat percubaan ikhlas untuk bekerjasama untuk membaiki banyak kerosakan yang telah ditimbulkan oleh rejim Barisan Nasional yang selama beberapa dekad bertindak angkuh dan pada masa yang sama tidak cekap, dalam mengendalikan sektor pengajian tinggi kita.

Selepas Gerakan Sheraton 2020, sebuah tragedi pengkhianatan terhadap mandat rakyat, sangat sedikit kemajuan yang dicapai oleh rejim yang merampas kuasa, dan pendidikan tinggi di Malaysia kekal dalam krisis.

Oleh itu, bagi kami, dua faktor yang bertentangan – kesediaan PH untuk menangani krisis pendidikan tinggi kami dengan tulus dan bekerjasama dengan organisasi yang prihatin seperti Gerak untuk menghasilkan penyelesaian bersifat demokratik, dan untuk menangani ketidakcekapan dan sikap acuh tak acuh oleh menteri sementara dan anak buahnya – menyebabkan kita mengambil pendirian ini.

Bersama-sama dengan pendirian ini, Gerak turut menawarkan ringkasan isu-isu utama yang melibatkan pendidikan tinggi yang perlu ditangani segera oleh kerajaan baharu.

1. Sistem ini dibahagikan berasaskan set dasar dan undang-undang yang berbeza yang mengawal selia pelbagai bahagian sistem yang berbeza

Terdapat sekurang-kurangnya enam akta parlimen yang terkait dengan penubuhan dan pengurusan institusi pengajian tinggi. Ada tidak kurang daripada enam jenis institusi penganugerahan ijazah yang berbeza menerusi enam jenis universiti. Pembahagian ini termasuk bahagian awam/swasta hasil daripada dasar ad hoc yang dirangka oleh ahli politik berasaskan pertimbangan politik dan bukannya pendidikan. Ketika ini tiada satu pihak berkuasa untuk menyatukan sistem dan menyelaraskan peranannya dalam pembangunan pendidikan tinggi.

Pengharmonian sistem akan memerlukan penubuhan suruhanjaya pendidikan tinggi atau entiti serupa untuk mengawal selia jenis institusi yang berbeza, tertakluk kepada piawaian yang sama, dan membawanya ke dalam satu badan pembiaya. Majlis Pengajian Tinggi Negara yang ditubuhkan melalui akta parlimen pada tahun 1996 adalah untuk menyelaraskan dasar-dasar pendidikan tinggi, yang akan dilaksanakan oleh menteri. Majlis tersebut tidak lagi berfungsi mulai 2013, tanpa sebarang alasan diberikan.

Meluaskan skop dan perlembagaan majlis serta memberikannya kuasa penguatkuasaan mungkin merupakan alternatif kepada penubuhan suruhanjaya tersebut. Walau apa pun penyelesaiannya, perlu ada perlindungan daripada ketidakpatuhan kerajaan terhadap undang-undang yang diluluskan.

2. Campur tangan kerajaan dalam tadbir urus dan pengurusan institusi pengajian tinggi

Terdapat campur tangan yang melampau oleh kerajaan dalam proses pendidikan institusi pengajian tinggi. Dalam kes institusi swasta, gangguan itu ditulis dalam Akta 555 yang mengawal selia universiti dan kolej swasta. Universiti awam dan institusi pengajian tinggi, seperti syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digunakan oleh pemerintah untuk memberi ganjaran kepada penyokong setia politik.

Kuasa kerajaan untuk melantik naib-canselor universiti dan timbalan naib-canselor serta pengarah dalam lembaga universiti telah memberi kesan kepada tadbir urus universiti dan akauntabiliti oleh pegawai kanan universiti dan lembaga pengarah. Daripada menumpukan tugas mereka kepada komuniti universiti, ahli akademik, pelajar dan orang ramai, pegawai ini bertindak untuk memenuhi tuntutan kerajaan dan mendapatkan naungannya.

READ MORE:  Pilihan raya 2022: Reformasi institusi - Janji manifesto PH, BN, PN, GTA (Malay/English)

Pelantikan naib-canselor, timbalan naib-cancelor dan pengarah mesti dibuat oleh agensi bebas seperti suruhanjaya yang dicadangkan atau Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan yang perlu dibentuk semula.

3. Perundangan utama universiti mengenepikan universiti daripada sifat utamanya. Institusi yang ditubuhkan adalah universiti atas nama sahaja

Perlu disedari terdapat ciri-ciri universiti yang tanpanya mereka kehilangan peranan istimewa mereka. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 membisu tentang perkara-perkara seperti autonomi universiti, kebebasan akademik dan hak pelajar untuk mengambil bahagian dalam tadbir urus universiti, yang kesemuanya merupakan sifat penting bagi universiti, ahli akademik dan pelajar untuk memainkan peranan masing-masing di dalam dalam universiti.

Sifat-sifat penting ini mesti digubal semula dan dipreundangkan. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau mana-mana perundangan baharu yang diluluskan mesti mengukuhkan hak asasi ini.

4. Pelajar

Di sebalik retorik pendidikan berpusatkan pelajar, perundangan semasa mengenai pendidikan tinggi memberikan sedikit sebanyak untuk menjaga kepentingan pelajar. Kebanyakan peruntukan yang ditujukan kepada pelajar berkaitan dengan disiplin dan perkara yang dilarang mereka lakukan. Terdapat peruntukan di bawah Akta 555 yang membenarkan KPT mengambil tindakan terhadap institusi tersebut apabila kepentingan pelajar terancam, tetapi peruntukan itu kurang jelas untuk digunakan secara praktikal. Tiada peruntukan yang serupa dalam undang-undang lain.

Tanpa sebarang perlindungan perundangan, pelajar perlu bergantung pada hubungan kontrak mereka dengan institusi. Walaupun Akta Perlindungan Pengguna 1999 telah dipinda 10 tahun lalu untuk memperluaskan perlindungan kepada pelajar, kes baru-baru ini di mana pelajar terkandas dengan kursus yang tidak diiktiraf menunjukkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi, MQA [Malaysian Qualifications Agency) atau tribunal pengguna tidak mampu menyelesaikan masalah pelajar dengan sewajarnya. .

5. Sifat inklusif

Masalah dasar yang menjejaskan bukan sahaja sistem pendidikan tinggi tetapi banyak aspek-aspek hak sivil lain adalah amalan diskriminasi yang berakar umbi dalam pelantikan ke jawatan awam. Diskriminasi berleluasa di universiti awam dan institusi pengajian tinggi kita.

Penyelesaiannya adalah mudah tetapi pelaksanaannya memerlukan iltizam daripada kerajaan untuk mengubah amalan diskriminasi ini, bukan sahaja dalam kemasukan pelajar tetapi kepada perlantikan naib-canselor dan pengarah. Mengabaikan kelemahan dalam sistem ini akan menjadikan universiti kita hanya sebagai entiti yang mencirikan gambaran di atas. Ibarat tempat ibadat yang telah hangus kitab keluhurannya.

  • Zaharom Nain, pengerusi, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  • Wan Manan Wan Muda, pengerusi pengasas
  • Azmyl Yunor, setiausaha agong
  • Andrew Aeria, ahli jawatankuasa
  • Muhammad Adli Musa, ahli jawatankuasa
  • Ngo Sheua Shi, ahli jawatankuasa
  • Yuwana Podin, ahli jawatankuasa
  • UK Menon, ahli seumur hidup
  • Chris Chong, ahli

English version

Vote PH for better higher education

On the eve of the 2022 general election, the Malaysian academic movement Gerak stands firmly behind Pakatan Harapan as the coalition of choice to lead Malaysia out of the multiple crises it finds itself in, including the crisis confronting Malaysian higher education.

But why PH? Quite simply, because it is the only coalition in the history of Geraka’s existence – and we have been around for more than a few years – that reached out to us and other reform-minded civil society organisations during its brief tenure from 2018 to 2020.

READ MORE:  We must fix this 'electile dysfunction'!

There were genuine attempts to work together to repair much of the damage that had been inflicted by a Barisan Nasional regime that for many decades was arrogant at the same time as it was incompetent, certainly in handling our higher education sector.

After the Sheraton move of 2020, after the betrayals against the people’s mandate, very little progress has been made by the regime that wrested power, and higher education in Malaysia remains in a crisis.

Hence, for us, the two opposing factors – PH’s willingness to genuinely address our higher education crisis and collaborate with concerned organisations like Gerak to come up with democratic solutions, and the sheer incompetence and indifference, on the other hand, of the caretaker minister and her minions – enjoins us to take this stand.

Together with this stand, Gerak also offers a summary of the main issues affecting higher education that the new government must address urgently.

1. The system is highly divided with different sets of policies and laws regulating the different divisions of the system

There are at least six acts of parliament dealing with the establishment and management of higher education institutions. There are no less than six different types of degree-awarding institutions with about six types of universities. The divisions, including the public/private division are the result of ad hoc policies devised by politicians out of political rather than educational considerations. There is currently no single authority to unite the system and coordinate its role in the development of higher education.

Harmonisation of the system will require the establishment of a higher education commission or similar entity to regulate the different types of institutions, subject to the same standards, and bring them within a single funding regime. The National Council on Higher Education, established by an act of parliament in 1996, was to coordinate the policies on higher education, which the minister was to implement. The council ceased to function from 2013, without any reasons being given.

Widening the scope and constitution of the council and giving it powers of enforcement may be an alternative to the establishment of a commission. Whatever the solution, there has to be safeguards against non-compliance by the government of the laws it passes.

2. Government interference in the governance and management of higher education institutions

There is excessive interference by government in the educational processes of higher education institutions. In the case of private institutions, the interference is written into Act 555 which regulates private universities and colleges. Public universities and higher education institutions, like government-linked companies (GLCs) are used by the ruling dynasties to reward political loyalists.

The government’s power to appoint university vice-chancellors and deputy vice-chancellors and directors on the board of universities has affected university governance and the accountability by senior officials of the university and the board of directors.

READ MORE:  Tolak pilihan raya awal sebagai alat mencampuri proses kehakiman

Instead of focusing on their duties towards the university community of academics and students and the public, these officials act to appease the government and seek its patronage. The appointment of vice-chancellors, deputy vice-chancellors and directors must be made by an independent agency such the proposed commission or a reconstituted National Council on Higher Education.

3. The main legislation on universities strips universities of their essential attributes. The institutions established are universities in name only

There are attributes associated with universities without which they lose their special character. The Universities and University Colleges Act 1971 is silent on matters such as university autonomy, academic freedom and students’ right to participate in the governance of universities, all of which are important attributes for the university, the academics and the students to play their respective roles in the university.

These essential attributes must be legislated. The Universities and University Colleges Act 1971 or any new legislation that is passed must entrench these essential rights.

4. Students

Despite the rhetoric of student-centred education, current legislation on higher education provides little to safeguard the interests of students. Most of the provisions directed at students deal with discipline and what they are prohibited from doing. There is a provision under Act 555 which allows the Ministry of Higher Education to take action against the institution when students’ interests are under threat, but the provision lacks clarity to be of any practical use. There are no similar provisions in the other legislation.

Without any legislative safeguards, students have to rely on their contractual relationship with the institution. Although the Consumer Protection Act 1999 was amended 10 years ago to extend protection to students, recent cases where students were stranded with courses that were not accredited shows that neither the Ministry of Higher Education, the Malaysian Qualifications Agency or the consumers tribunal were able to adequately resolve the students’ problems.

5. Inclusiveness

A root problem that affects not just the higher education system but many other aspects of civil rights are entrenched discriminatory practices to appointments to public office. Discrimination is rampant in our public universities and higher education institutions.

The solution is simple, but its implementation requires a commitment from government to change these discriminatory practices, not only in the admission of students but to the appointments of vice-chancellors and directors. Ignoring this weakness in the system will leave our universities simply as entities bearing that description – like places of worship that have burnt their basic documents.

  • Zaharom Nain, chair, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  • Wan Manan Wan Muda, foundation chair
  • Andrew Aeria, executive committee
  • UK Menon, life member
  • Azmyl Yunor, general secretary
  • Chris Chong, member
  • Muhammad Adli Musa, executive committee
  • Ngo Sheua Shi, executive committee
  • Yuwana Podin, executive committee


AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments