Mandiri difahamkan bahawa pihak polis yang hadir ketika perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 pada 21 Jun telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memudahkan perjalanan acara, meskipun notis perhimpunan telah dihantar dan disahkan penerimaanya lebih awal.
Ini bukan kecuaian kecil, ini adalah pengabaian tanggungjawab yang boleh membahayakan nyawa. Sekiranya berlaku sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa, pihak polis harus memikul tanggungjawab sepenuhnya.
Turut dimaklumkan juga bahawa pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah bertindak menghalau dan mengarahkan untuk menurunkan kain rentang, meskipun lokasi perhimpunan dijalankan di kawasan ruang awam.
Ini menunjukkan kejahilan atau keengganan DBKK untuk memahami perkembangan undang-undang, khususnya moratorium ke atas Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Februari.
Moratorium tersebut menangguh keperluan mendapat keizinan pemunya tempat untuk mengadakan perhimpunan – satu langkah progresif demi menjamin hak rakyat untuk berhimpun secara aman.
Tapi pihak agensi penguatkuasaan sendiri masih enggan akur.
Mandiri juga dimaklumkan bahawa kenderaan milik seorang mahasiswa telah disimbah cecair dipercayai sejenis bahan kimia berhampiran tapak perhimpunan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Mandiri menuntut agar:
- Siasatan segera terhadap tindakan provokasi serta sabotaj terhadap peserta
- Pihak berkuasa memastikan keselamatan dan hak demokratik peserta dalam sebarang himpunan rakyat di masa hadapan
Mandiri bersolidariti penuh bersama semua peserta #GempurRasuahSabah2.0 yang telah berani bersuara menentang rasuah, menuntut akauntabiliti dan memperjuangkan masa depan yang lebih adil.
Semakin ditekan, semakin melawan!
Panjang umur perjuangan, nafas panjang perlawanan!
Sabah maju jaya.
Wong KuKui ialah penyelaras projek di Mandiri.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme