Pertahanankanlah kebebasan media – Geramm (Malay/English)

GERALT/PIXABAY

Gerakan Media Merdeka (Geramm) telah menerima beberapa laporan berkaitan isu pelantikan ketua pengarang kumpulan New Straits Times.

Antara lain, terdapat kebimbangan berkaitan campur tangan politik di dalam operasi bilik berita, perkara penting yang memerlukan perhatian lanjut oleh semua pihak.

Penting diingatkan peranan utama media dalam sesebuah demokrasi antara lain adalah untuk bertindak sebagai ejen semak dan imbang, peran yang seringkali digeruni oleh penguasa.

Susulan beberapa perkembangan terkini, difahamkan terdapat #kawangeramm dari NST yang sedang cuba mengatur sesi dialog bersama pihak pengurusan syarikat, susulan satu petisyen ditandatangani oleh pihak-pihak yang berkongsi kebimbangan.

Geramm menyeru agar ruang sewajarnya diberikan oleh pihak pengurusan NST untuk menyatakan sebarang pandangan dalam isu yang bukan sahaja berpotensi memberikan kesan langsung terhadap pekerja media dan syarikat, tetapi lanskap kebebasan media Malaysia secara keseluruhan.

Kami bersolidariti bersama semua pekerja media yang teguh berjuang untuk kebebasan media. Dalam mengejar berita, jangan lupa cerita kita.

Kami juga menyeru semua pihak untuk bersama mendukung sebarang usaha ke arah mempertahankan kebebasan operasi media. – Geramm

English version

Gerakan Media Merdeka (Geramm) has received several reports that concern the removal and appointment of the English daily New Straits Times group editor.

The reports raise concerns over political interference in the news desk, a serious matter that needs to be looked into much further by all parties, particularly as the country gears up for an impending general election.

In a healthy democracy, the role of the media is to serve as an agent of checks and balances – a force often feared by those in power.

We were also informed that NST staff are currently trying to have a dialogue with the company’s stakeholders on the matter following a petition that has been signed by those concerned about the publication.

READ MORE:  Awan gelap mengiringi kebebasan media di Malaysia

As such, Geramm calls for adequate space to be given by the management for all views raised on this matter, which affects not only the newsroom and its staff but also Malaysia’s overall press freedom landscape.

We stand in solidarity with every single media worker who continually fights for press freedom.

We also call upon all parties to support the effort of press workers in maintaining the independence of the newsroom. – Geramm



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments