Persetujuan kedua ibu bapa adalah perlu dalam menentukan agama anak – Suhakam (Malay/English)

childrens rights
Image: elanguages.org

[ENGLISH VERSION BELOW] Pesuruhjaya kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Noor Aziah Mohd Awal, memuji keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan permohonan habeas corpus seorang ibu yang telah dipisahkan daripada tiga orang anaknya oleh bapa mereka sejak 2019.

Mahkamah turut memerintahkan agar ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dilepaskan kepada penjagaan mutlak, perlindungan dan kawalan oleh ibu mereka.

Kanak-kanak tersebut sebelum ini didakwa telah diislamkan secara sepihak oleh pihak berkuasa agama Perlis, atas permintaan bapa mereka pada Julai 2020, dan ibu mereka tidak mengetahui tentang pertukaran agama tersebut kerana beliau sedang dalam proses pemulihan di sebuah rumah perlindungan keganasan rumah tangga. Beliau gagal mendapatkan penjagaan anak-anaknya walaupun telah mendapat perintah hak jagaan penuh mahkamah pada Disember 2019.

Pesuruhjaya kanak-kanak ingin menekankan bahawa pemisahan seorang kanak-kanak daripada ibu bapanya adalah menyalahi Perkara 9 Konvensyen Mengenai Kanak-kanak, dan hak ini hendaklah dihormati serta dipertimbangkan dalam penilaian berkaitan kepentingan terbaik kanak-kanak.

Berhubung isu pertukaran agama secara sepihak, Pesuruhjaya kanak-kanak ingin menekankan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada tahun 2018 bahawa apabila ia melibatkan kanak-kanak, penukaran kepada agama lain hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua ibu bapa seperti yang termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

Perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 12(4) telah ditafsirkan untuk turut menyertakan “kedua ibu bapa”, dan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 merujuk kepada Seksyen 5 telah mengiktiraf dengan lebih lanjut bahawa “ibu kepada kanak-kanak hendaklah mempunyai kuasa yang sama dalam memohon kepada Mahkamah berhubung apa-apa perkara yang memberi kesan kepada kanak-kanak sepertimana kuasa yang dimiliki bapa”.

READ MORE:  Mahiaddin, stop bulls****ing! Are you for or against unilateral conversions?

Oleh itu, persetujuan kedua ibu bapa adalah perlu dalam menentukan agama anak. Adalah ditegaskan bahawa pertukaran agama secara sepihak adalah bertentangan dengan Perkara 12(4) Perlembagaan Perseketuan.

Kanak-kanak tersebut telah dinafikan hak untuk hidup bersama ibu mereka selama tiga tahun. Oleh yang demikian, pesuruhjaya kanak-kanak memohon agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi keputusan mahkamah, dan membenarkan kanak-kanak tersebut disatukan semula dengan ibu mereka.

Profesor Noor Aziah Mohd Awal ialah pesuruhjaya kanak-kanak di Suhakam

English version

The children’s commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam), Professor Noor Aziah Mohd Awal, commends the Kuala Lumpur High Court decision in allowing the habeas corpus application by a mother who has been separated from her three children by the father since 2019.

The court further ordered that the three children who are now under the care of the Social Welfare Department be released forthwith to the sole custody, care, and control of the mother.

Earlier, it was alleged that the children were unilaterally converted to Islam by the Perlis religious authorities, at the request of their father in July 2020, and that the mother was unaware of the conversion as she was recovering in a domestic abuse shelter. The mother was unable to gain control of her children, although the court in December 2019 and March 2021 had given the mother full custody.

The children’s commissioner wishes to highlight that the separation of a child from his or her parents violates Article 9 of the Convention on the Rights of the Child, and this right must be respected and taken into consideration in the assessment of the child’s best interests.

READ MORE:  Be careful what you wish for, Umno

In relation to the unilateral conversion, the children’s commissioner reiterates the Federal Court’s decision in the case of Indira Gandhi in 2018 that as far as children are concerned, conversion to another religion must be done with the consent of both parents, as provided by Article 12(4) of the Federal Constitution.

The word parent in Article 12(4) of the Federal Consitution has been interpreted to include both parents, and the Guardianship of Infants Act 1961, by virtue of Section 5, recognises that both parents have equal rights in respect of the child. Section 5(2) of the act further provides that “the mother of an infant shall have the like powers of applying to the Court in respect of any matter affecting the infant as are possessed by the father”.

Thus, the consent of both parents is necessary in determining the religion of the child. It must be emphasised that unilateral conversion contravenes Article 12(4) of the Federal Consitution.

The children have been denied the right to live with their mother for the past three years and therefore, the children’s commissioner appeals to all parties concerned to abide by the court’s decision and allow the children to be reunited with their mother.

Professor Noor Aziah Mohd Awal is the children’s commissioner of Suhakam



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments