Perolehan kapal littoral combat ship tentera laut di bawah Mindef – PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini, membentangkan Laporan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah Kementerian Pertahanan.

Isu ini penemuan Jabatan Audit Negara yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2019, Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan, turut dilaporkan dalam Laporan Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK).

PAC mengadakan sembilan prosiding berhubung isu ini, bermula 18 November 2020 dan yang terakhir pada 8 Mac 2022.

Antara saksi yang dipanggil dalam prosiding-prosiding berkenaan adalah:

  • Hishamuddin Hussein, Menteri Kanan Pertahanan
  • Zahid Hamidi, mantan menteri pertahanan
  • Muez Abd Aziz, ketua setiausaha Kementerian Pertahanan (Mindef)
  • Ambrin Buang, pengerusi jawatankuasa khas siasatan tadbir urus, perolehan dan kewangan kerajaan
  • Laksamana Mohd Reza Mohd Sany, Panglima Tentera Laut
  • Dr Abdul Aziz Jaafar, mantan panglima tentera laut
  • Ahmad Nazim Abd Rahman, ketua eksekutif, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)
  • Sharifuddin Md Zaini Al-Manaf, ketua pegawai eksekutif Boustead Heavy Industries Corporation Berhad
  • Low Kok Chiang, ketua pegawai operasi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS)

Hasil daripada prosiding berkenaan, PAC membuat sembilan rumusan seperti berikut:

  1. Kontrak projek LCS diberikan oleh kerajaan kepada syarikat BNS secara rundingan terus. Kerajaan telah membayar sejumlah RM6.1bn untuk projek LCS, namun tiada sebuah kapal LCS pun yang disiapkan. Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS harus disiap dan diserahkan
  2. Pandangan TLDM selaku end user tidak diendahkan oleh Mindef dan syarikat BNS dalam pelaksanaan projek Pada asalnya, reka bentuk kapal jenis Sigma pilihan TLDM telah dipersetujui oleh menteri pertahanan. Keputusan tersebut telah berubah kepada reka bentuk kapal jenis Gowind pada 11 Julai 2011 atas cadangan syarikat BNS yang dibawa kepada menteri pertahanan pada 8 Julai 2011. Memetik kenyataan Abdul Aziz, Panglima Tentera Laut pada ketika itu, keputusan tersebut adalah “something is gravely wrong”
  3. Due diligence yang dilakukan oleh kerajaan terhadap syarikat BNS gagal mengesan masalah kewangan syarikat Hal ini dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.4bn kepada syarikat BNS, bertentangan dengan surat pekeliling perbendaharaan bil 5 tahun 2007 yang berkuatkuasa ketika itu
  4. Kedudukan kewangan syarikat BNS adalah lemah dan kritikal disebabkan salah guna kuasa dan kepincangan dalam pengurusan kewangan. Setakat tahun 2018, hutang syarikat BNS kepada OEM adalah sebanyak RM801 juta manakala pinjaman syarikat BNS dengan institusi kewangan adalah sebanyak RM956 juta
  5. Syarikat BNS telah melantik syarikat CAD dan CED untuk membeli peralatan daripada Ini menyebabkan kos pembelian bertambah berkali ganda. Syarikat CAD dan CED merupakan syarikat usahasama antara BNS (51%) dan RAD (49%) yang mana RAD mempunyai kawalan penuh ke atas CAD dan CED. Laporan pengauditan forensik mendapati peranan CAD dan CED dalam projek LCS amat meragukan
  6. Terma-terma kontrak adalah lemah dan tidak memihak kepada Pembayaran projek LCS berdasarkan kemajuan aktiviti atau pembekalan item dan  bukan berdasarkan kemajuan sebenar. Ini adalah luar biasa dan ini menyebabkan  bayaran kemajuan LCS1 melebihi kemajuan kerja sebenar sebanyak 21.1% (bayaran sebanyak 63.8% berbanding kemajuan kerja sebenar sebanyak 42.7%)
  7. Sehingga kini, detailed design masih belum lagi dimuktamadkan oleh kerajaan dan syarikat BNS. Hal ini menyebabkan arahan perubahan kerja [variation order atau VO] dikeluarkan secara berterusan dan membuka ruang untuk manipulasi berlaku
  8. Pembayaran diterima daripada kerajaan oleh syarikat BNS tidak digunakan untuk projek LCS sepenuhnya. Ini menyebabkan syarikat BNS menghadapi suatu cost overrun sebanyak RM1.4bn. Daripada amaun tersebut, sejumlah RM400 juta telah digunakan untuk menyelesaikan hutang lapuk projek lama NGPV
  9. Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah 7bn dan dianggarkan 15% telah pun usang (obsolete)

Sebagai langkah penambahbaikan, PAC Parlimen mengesyorkan tujuh perkara kepada Kerajaan untuk dilaksanakan seperti berikut:

  1. Laporan JKSTUPKK berhubung perolehan enam buah Second Generation Patrol Vessel (SGPV), berkeupayaan Littoral Combatant Ship (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Kementerian Pertahanan Malaysia dinyahklasifikasikan sepenuhnya
  2. Insiden perubahan pemilihan reka bentuk kapal LCS daripada Sigma kepada Gowind harus dijadikan pengajaran bagi perolehan pada masa Perolehan peralatan dan kelengkapan pertahanan negara harus mengutamakan keperluan end user iaitu TLDM dalam kes ini, dan secara amnya bagi segala projek  dan perolehan di masa hadapan selari dengan Kertas Putih Pertahanan 2020-2030
  3. Kementerian perlu membentangkan perancangan perolehan ketenteraan substantif kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Pertahanan dan Keselamatan dari masa ke masa dengan melibatkan semua pihak berkepentingan demi kesiapsiagaan pertahanan negara
  4. Pentadbiran kontrak kerajaan haruslah diperkemaskan untuk meminimumkan arahan perubahan kerja (VO) bagi mengelakkan peningkatan kos projek
  5. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu mengambil tindakan ke atas segala penemuan laporan PAC, laporan JKSTUPKK dan laporan pengauditan forensik dengan kadar Pendakwaan harus disegarakan
  6. Mindef perlu melihat semula kesemua opsyen dan menetapkan hala tuju terbaik bagi projek LCS dan memastikan wang awam dibelanjakan secara bertanggungjawab
  7. Mindef perlu membentangkan laporan kemajuan projek LCS setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek LCS disempurnakan
READ MORE:  Don't retable Sosma amendment bill

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak khususnya Kementerian Pertahanan, BNS dan semua jabatan serta agensi kerajaan kepada PAC dalam menyiapkan laporan ini.

Orang ramai yang berminat untuk membaca dan meneliti laporan PAC Parlimen berhubung perolehan kapal LCS tentera laut di bawah Mindef boleh memuat turun (download) laporan berkenaan di laman web PAC.

Wong Kah Woh ialah pengerusi PAC Parlimen Malaysia



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments