Permit tidak diperlukan untuk perhimpunan aman, Polis Kota Kinabalu harus membetulkan fakta (Malay/English)

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Permit tidak diperlukan untuk menganjurkan perhimpunan aman.

Perkara ini telah diperkukuh oleh ketua polis negara pada 4 Mac tahun ini, malah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman melalui keperluan penganjur untuk memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan.

Oleh itu, hentikan amalan lama ini yang mengelirukan orang ramai untuk mempercayai bahawa permit diperlukan untuk protes menjadi ‘sah’, dan sebaliknya melindungi hak mereka untuk berhimpun secara aman, iaitu hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(b) Perlembagaan Persekutuan.

Mana-mana orang awam boleh menganjurkan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tanpa perlu menghadapi ugutan dan tindak balas daripada mana-mana pihak, kerana ia adalah saluran yang sah untuk bersuara mengenai isu-isu berkepentingan.

Sehubungan dengan itu, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggesa polis Kota Kinabalu untuk memudahkan demonstrasi aman #KamiMahuAir [14 Jun], dan memastikan keselamatan penganjur dan peserta yang hadir.

Justeru, pembaharuan sistemik perlu dilakukan untuk memastikan hak untuk berhimpun secara aman dihormati secara konsisten oleh kerajaan.

Keterbukaan kerajaan untuk memperkemas pemberitahuan perhimpunan aman harus dibuktikan dengan usaha dengan menjalankan pengumpulan input daripada pihak berkepentingan, termasuk masyarakat sivil. – Suaram

Sevan Doraisamy ialah pengarah eksekutif Suaram.

English version

No permit needed for peaceful assemblies, Kota Kinabalu Police should get their facts straight

No permits are needed to organise peaceful assemblies.

This fact was reinforced by the inspector general of police on 4 March this year. It is also enshrined in the Peaceful Assembly Act through the requirement for organisers to notify the police five days before the assembly.

Thus, stop this longstanding practice of misleading the public into believing that permits are needed for protests to be ‘legal’. Protect the people’s right to assemble peacefully instead – a fundamental right that is guaranteed under Article 10(b) of the Federal Constitution.

READ MORE:  Kerajaan perlu tegakkan kebebasan berhimpun dan hak asasi di Sabah

Any person can and should be able to organise and participate in peaceful assemblies without facing intimidation and reprisals from any party, as assemblies are a legitimate vehicle to speak up on issues of interest.

In this regard, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) urges the Kota Kinabalu Police to facilitate the 14 June #KamiMahuAir (WeWantWater) peaceful demonstration, whilst ensuring the safety of organisers and participants present.

On a wider note, systemic reforms need to be undertaken to ensure that the right to assembly peacefully is consistently respected by the state.

The government’s expressed openness to streamlining notifications of peaceful assemblies should be concretised by efforts to conduct stakeholder engagements, including with civil society, to gather input. – Suaram

Sevan Doraisamy is executive director of Suaram.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments