Perlindungan kukuh perlu bagi pemerangkapan karbon sebelum sebarang pelaksanaan (Malay/English)

Creative illustration of false promise of CCUS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Keputusan Dewan Rakyat baru-baru ini yang terburu-buru meluluskan Rang Undang-Undang Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) pada Khamis, 6 Mac yang lepas, meskipun terdapat banyak isu kritikal dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen khususnya daripada pihak pembangkang yang tidak mendapat maklum balas yang sewajarnya amatlah dikesali.

Ada ahli parlimen yang telah menyuarakan kebimbangan yang dibangkitkan oleh NGO mengenai kelemahan rang Undang-undang tersebut, khususnya berkaitan isu liabiliti dan usaha untuk menangani kesan alam sekitar dan sosial jangka panjang yang timbul daripada projek CCUS.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam ucapan penggulungan pada Khamis, 6 Mac menolak dakwaan bahawa rang undang-undang itu diluluskan dengan tergesa-gesa, mengatakan bahawa perundingan terlebih dahulu telah diadakan dan semua kebimbangan telah ditangani.

Malangnya, rundingan tersebut tidak menampilkan perincian rang undang-undang tersebut, tetapi hanya meliputi tema-tema umum yang agak samar dan wajar diberi pendedahan lebih terperinci. Oleh itu, kami berasa amat khuatir apabila kami melihat rang undang-undang penuh tersebut untuk kali pertama yang juga hanya dikongsikan beberapa hari lepas.

Ketergesaan pihak menteri dalam meluluskan rang undang-undang ini jelas terlihat melalui pengumuman bahawa “kerajaan menyasarkan untuk mewartakan rang undang-undang itu menjelang 31 Mac, untuk mendapatkan peluang pelaburan jangka panjang”, sambil menambah bahawa “tender bagi penyimpanan karbon sedang berjalan pada masa ini. Jika Malaysia tidak dapat menguatkuasakan (rang undang-undang) ini selewat-lewatnya 31 Mac, kami akan terlepas – kami tidak boleh memasuki bidaan”.

Kenyataan menteri itu berkaitan dengan hasrat kerajaan yang mahu memposisikan Malaysia sebagai hab pelupusan karbon serantau, di mana syarikat asing boleh melupuskan karbon mereka di perairan dan daratan negara, atas alasan keuntungan ekonomi.

Bagi tujuan ini, Petronas bersama dengan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), telah menandatangani perjanjian dengan beberapa syarikat Jepun dan Korea Selatan serta kerajaan. Peraturan ini telah berjalan tanpa ketelusan, walaupun terdapat implikasi jangka panjang penyimpanan karbon selama beratus-ratus tahun, disebabkan jangka hayat karbon dioksida (CO2) yang panjang.

Usaha penyimpanan karbon dari negara lain sememangnya bukanlah usaha telus untuk mengurangkan pelepasan karbon domestik kita sendiri, sebaliknya berisiko meningkatkan pelepasan karbon nasional, sekiranya berlaku sebarang kebocoran dari tapak penyimpanan. Ini juga berpotensi menjadi beban berat bagi negara dalam usaha mengekalkan integriti tapak penyimpanan karbon agar tidak mendatangkan impak negatif kepada generasi akan datang.

Undang-undang CCUS yang dicadangkan itu bukan sahaja untuk menangani sisa CO2 asing, tetapi juga untuk menangani pelepasan CO2 domestik, khususnya dari sektor bahan api fosil.
CO2 dalam kepekatan tinggi, adalah gas toksik dan asfiksia, yang boleh menyebabkan koma dan kematian. Kebocoran karbon berpotensi memasuki pembentukan geologi berdekat boleh menyebabkan tindak balas geokimia, termasuk rangsangan aktiviti seismik dan mobilisasi unsur-unsur pencemaran, seperti logam berat, yang boleh menjejaskan sumber air minuman dan air bawah tanah, kehidupan marin, sumber perikanan, sekali gus mendatangkan bahaya kepada masyarakat setempat.

Penelitian kami terhadap rang undang-undang ini menunjukkan bahawa ia tidak komprehensif untuk menangani risiko dan bahaya yang berpotensi berlaku, dan tidak mengandungi perlindungan yang secukupnya untuk alam sekitar dan kesihatan awam. Ini mestilah diperbetulkan dengan segera sebelum memulakan sebarang bidaan bagi projek CCUS.

Di bawah Rang Undang-undang CCUS, kemudahan pemerangkapan karbon mestilah didaftarkan, dan pengendali dikehendaki mendapatkan permit bagi tapak penyimpanan karbon luar pesisir dan daratan. Adalah diperkatakan bahawa pemantauan ketat dan protokol keselamatan akan dikuatkuasakan bagi mengelakkan kebocoran dan kerosakan alam sekitar.

Walau bagaimanapun, protokol keselamatan ini masih perlu dihuraikan dengan lebih lanjut.
Rang undang-undang ini juga merujuk kepada “amalan CCUS yang berhati-hati”, yang akan ditafsirkan sebagai “apa-apa amalan, kaedah, ukuran dan piawaian yang secara amnya diikuti oleh industri CCUS global”, termasuklah “(a) apa-apa keperluan seperti yang ditetapkan oleh Menteri selepas berunding dengan entiti teknikal kompeten (CTE) yang berkaitan; (b) sebarang garis panduan yang dikeluarkan oleh CTE yang berkaitan; atau (c) apa-apa standard yang dikeluarkan oleh mana-mana badan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.”
Takrifan mengenai apa itu “amalan CCUS yang berhati-hati… biasanya diikuti oleh industri CCUS global” sememangnya merupakan bahagian yang amatlah membimbangkan dalam rang undang-undang itu, yang menimbulkan banyak persoalan.

Pertama, apakah maksud “industri CCUS global”?

Kedua, siapa yang hendak memutuskan apa yang berhati-hati atau tidak?

READ MORE:  Carbon capture bill: Reckless law that prioritises profit over ecology

Timbalan Menteri Ekonomi Hanifah Hajar Taib memaklumkan kepada Parlimen pada 5 Mac bahawa kementerian telah melantik Institut CCS Global sebagai perunding untuk menjalankan kajian mengenai rangka kerja perundangan dan kawal selia CCUS Malaysia “selaras dengan perundangan dan amalan terbaik di peringkat antarabangsa”.

Menteri juga berkata bahawa “RUU CCUS ini telah digubal berdasarkan amalan terbaik CCUS di peringkat antarabangsa, dan telah mengambil kira keperluan bagi pengurusan risiko yang cekap”.

Seperti yang didedahkan dalam laman sesawangnya, “misi Institut Global CCS adalah untuk mempercepatkan penggunaan CCS [pemerangkapan dan penyimpanan karbon]”, dan keahliannya termasuk banyak syarikat bahan api fosil yang besar, yang perniagaannya adalah dalam meneruskan pengeluaran dan pengembangan bahan api fosil. Mereka mempunyai kepentingan dalam mempromosikan teknologi CCS dan bukanlah pendokong kesihatan awam dan perlindungan alam sekitar.

Untuk bergantung kepada industri CCUS global untuk memberi panduan mengenai apa itu amalan “berhati-hati”, bukanlah satu tindakan butuh bagi penyediaan perlindungan yang berkesan, kerana ianya sama seperti meminta musang menjaga reban ayam!

Selanjutnya, adalah diperjelaskan bahawa akta yang dicadangkan itu “hanya bertujuan untuk menangani jurang peraturan dan tidak akan mencadangkan undang-undang teknikal baharu yang termasuk dalam bidang kuasa undang-undang sedia ada yang lain”.

Ini menimbulkan banyak persoalan. Belum ada undang-undang untuk mengawal gas rumah hijau, termasuk CO2. Ini sepatutnya ditangani oleh Rang Undang-Undang Perubahan Iklim yang hingga kini belum selesai dan berada dalam bidang kuasa Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar. Meneruskan undang-undang CCUS tanpa menunggu Akta Perubahan Iklim adalah menunjukkan tiadanya dasar yang komprehensif dan kesepaduan perundangan.

Selanjutnya, berkenaan dengan pengurusan risiko alam sekitar dan sosial yang berpunca daripada projek CCUS, undang-undang yang sedia ada tidak jelas dan terdapat jurang peraturan kawal selia yang tidak ditangani dalam undang-undang CCUS yang dicadangkan.

Contohnya, berkenaan dengan keperluan bagi penilaian kesan kepada alam sekeliling, garis panduan pada masa ini tidak menjelaskan dengan rapi sama ada projek CCS memerlukan penilaian kesan.

Projek CCS sewajarnya berada di bawah Jadual Kedua penilaian kesan kepada alam sekitar, yang mewajibkan pameran dan ulasan awam. Garis panduan penilaian kesan mestilah dipinda ke arah cadangan ini.

Kami khuatir apa yang berlaku untuk projek Kasawari di Bintulu, Sarawak yang diusahakan Petronas akan berulang lagi. Projek Kasawari akan menjadi usaha CCS luar pesisir terbesar di dunia mengikut jumlah pemerangkapan CO2, dan penilaian kesan kepada alam sekitar telah diluluskan tanpa sebarang pameran atau ulasan awam. Perlu juga diingatkan bahawa undang-undang CCUS yang dicadangkan itu tidak meliputi Sarawak dan Sabah.

Kami juga percaya bahawa memandangkan kesan alam sekitar dan sosial projek CCUS yang boleh merentasi sempadan negeri dan negara, projek sebegini memerlukan kelulusan perancangan, termasuk daripada Majlis Perancangan Fizikal Negara (diketuai oleh perdana menteri) di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (APBD), yang pada masa ini masih tidak diperuntukkan di bawah APBD. Oleh itu, ini adalah satu lompongan besar yang perlu diselesaikan.

Jelas sekali, terdapat jurang yang serius dalam rang undang-undang semasa yang masih belum ditangani. Dengan kelulusan rang undang-undang ini di Dewan Rakyat, ianya akan dibentangkan di Dewan Negara untuk perbahasan dan pengundian. Adalah dijangkakan bahawa rang undang-undang ini akan diluluskan dalam bentuk semasa, walaupun terdapat kekurangan. Ini jelas, memandangkan desakan menteri ekonomi untuk mewartakan undang-undang itu menjelang akhir bulan ini, supaya projek-projek CCUS dapat berjalan dengan secepat mungkin.

Ketergesa-gesaan untuk membida dan meluluskan projek CCS tanpa perlindungan alam sekitar dan sosial yang sewajarnya adalah satu kebobrokan yang serius, di mana kepentingan komersial syarikat besar diutamakan lebih daripada kepentingan masyarakat am dan alam sekitar. Kerajaan mestilah mengimbangi semua kepentingan dan tidak menyerah kepada syarikat berkuasa dan lobi mereka.

Masih ada ruang dan masa untuk penambahbaikan, sekiranya terdapat keinginan politik untuk melakukan demikian. Seperti kata pepatah, bersusah-susah dulu lebih baik dari menyesal kemudian. – SAM

Meenakshi Raman ialah presiden Sahabat Alam Malaysia.

English version

Robust safeguards on carbon capture needed before any implementation

It is indeed deeply regrettable that the House of Representatives quickly passed the Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS) Bill on Thursday, 6 March, despite the raising of many critical issues by several MPs, especially from the opposition bench, which did not get meaningful responses. 

READ MORE:  Greenpeace urges Japan's energy support to deprioritise fossil fuel industries

The MPs echoed the concerns raised by NGOs on the bill’s shortcomings, particularly in regard to issues of liability and efforts to address the long-term environmental and social impacts arising from CCUS projects.

Economy Minister Rafizi Ramli, in his winding up speech, rubbished the claim that the bill was rushed, saying that prior consultations had been held and that all concerns had been addressed.

Regrettably, these consultations did not involve the bill in detail, but only covered general and vague elements, leaving more disclosure wanting. Hence, the public alarm when we saw the full bill for the first time.

The minister’s perceived haste was clear when he revealed that “the government aims to gazette the bill by March 31, to secure long-term investment opportunities”, adding that “the tender for carbon storage is currently ongoing. If Malaysia cannot enforce this (bill) by March 31, we will be out – we cannot enter the bid.”

The minister’s remarks relate to the country positioning itself as a regional carbon disposal hub, where foreign companies can dispose of their carbon in Malaysian waters and land, with the promise of large sums of revenue in return.

To this end, Petronas, together with Petroleum Sarawak Berhad (Petros), has been inking agreements with several Japanese and South Korean companies and the government.

These arrangements have gone on without transparency, despite the long-term implications of storing carbon for many hundreds of years, due to the long lifetime of carbon dioxide (CO2).

Such ventures of storing carbon from other countries are certainly not efforts to reduce our own domestic carbon emissions, but in fact risk raising emissions nationally, should any leakage happen. This also passes the burden on maintaining these carbon storage sites on to our future generations for centuries to come.

The proposed CCUS law is not just to deal with foreign CO2 waste, but also to deal with emissions from domestic actors, particularly from the fossil fuel sector.

CO2 in high concentrations is a toxic gas and an asphyxiant, which can cause coma and death. Leakage to adjacent geological formations from carbon storage may also cause geochemical reactions, including stimulation of seismic activity and the mobilisation of potentially polluting elements, such as heavy metals, which can contaminate drinking water and underground water, affect marine life and our fishery resources, and imperil surrounding local communities.

A scrutiny of the bill shows that it is not robust enough to deal with all the hazards and risks in hand, and does not contain sufficient safeguards for environmental protection and public health. This must be urgently rectified before embarking on any bids for CCUS projects.

Under the CCUS Bill, carbon capture facilities must be registered, and operators are required to obtain permits for both offshore and onshore carbon storage sites. It is claimed that strict monitoring and safety protocols will be enforced to prevent leaks and environmental damage.

However, these safety protocols remain to be elaborated.

The bill refers to “prudent CCUS practices”, which is to be construed as “any practice, method, measure and standard generally followed by the global CCUS industry”, including “(a) any requirement as prescribed by the Minister after consultation with the relevant competent technical entity (CTE); (b) any guideline issued by the relevant CTE; or (c) any standard issued by any recognised body at the national or international level.”

This definition of what are “prudent CCUS practices…generally followed by the global CCUS industry” is indeed the most concerning part of the bill, which raises many questions.

Firstly, what is the meaning of the “global CCUS industry”?

Secondly, who is to decide what is prudent or not?

The Deputy Economy Minister, Hanifah Hajar Taib, informed Parliament on 5 March that the ministry had appointed the Global CCS Institute as a consultant to carry out a study on Malaysia’s CCUS legal and regulatory framework “in line with legislation and best practice at the international level”.

READ MORE:  Unacceptable rush in approving Carbon Capture and Storage Bill

The minister added that “this CCUS Bill has been drafted based on the best practices of CCUS at the international level, and has taken into account the need for efficient risk management”.

As disclosed on its website, the Global CCS Institute’s “mission is to accelerate the deployment of CCS”, and its membership includes many big fossil fuel corporations, whose business is in continuing fossil fuel production and expansion. They have a vested interest in promoting CCS technology and are not independent or unbiased. They are not in the realm of public health and environmental protection.

Relying on the global CCUS industry for guidance on what are “prudent” practices does not give any cause for comfort for the provision of effective safeguards. It is akin to having the fox guard the chicken coop!

Further, it was explained that the proposed act “is only intended to address regulatory gaps and will not propose new technical laws falling within the jurisdiction of other existing laws”.

This gives rise to many questions. There is no law yet to regulate greenhouse gases, including for CO2. This is supposed to be addressed by the pending climate change law, which is still being drafted and is under the purview of the Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability.

Pushing ahead with the CCUS law without waiting for the climate change act appears to be jumping the gun and is without proper policy and legislative coherence.

Further, as regards to managing environmental and social risks stemming from CCUS projects, existing laws are unclear, and there are regulatory gaps which the proposed CCUS law does not address.

For instance, in respect of the need for environmental impact assessments, the current guidelines do not make clear that CCS projects require such assessments, which should come under the Second Schedule, which makes it mandatory for public display and public comment. The impact assessment guidelines must be amended to enable this requirement.

We fear that what happened in the case of the Kasawari project in Bintulu, Sarawak undertaken by Petronas will be repeated. The Kasawari project will be the largest offshore CCS venture in the world by volume of CO2 captured, and its environmental impact assessment was approved without any public display or public comment. Note that the proposed CCUS law does not extend to Sarawak and Sabah.

We also believe that given the environmental and social impacts of CCUS projects which can transcend state and national boundaries, such projects should be required to obtain planning approvals, including from the National Physical Planning Council (headed by the prime minister) under the Town and Country Planning Act 1976 (TCPA). This is currently not provided for under the TCPA. Hence, this is a major lacuna.

Clearly, there are serious gaps in the current bill that remain unaddressed. With the passage of the bill in the lower house, it will now make its way to the Senate for debate and vote, which can be expected to approve the bill in its current form, despite its deficiencies. This is so, given the push by the economy minister to have a law in place by the end of this month, so that the CCUS projects can take off as soon as possible.

Such a rush to bid and approve CCS projects without proper environmental and social safeguards in place would be a grave folly, where the commercial interests of big corporations will trump over the public interest and the environment.

The government must balance all interests and not cave in to the powerful corporations and their lobbies.

There is still time to correct course, if there is the political will to do so. It is better to be safe than sorry. – SAM

Meenakshi Raman is president of Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments