[ENGLISH VERSION BELOW] Ketika rundingan PBB bagi Perjanjian Plastik global bermula di Busan, Korea Selatan, lebih 500 aktivis Friends of the Earth International (FOEI) dan Friends of the Earth South Korea (KFEM) menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan dengan tubuh mereka, membuat ejaan simbol manusia bagi perkataan “End Plastic”.
Tindakan itu dilakukan di pantai berhampiran tempat lebih 175 kerajaan bermesyuarat minggu ini untuk memuktamadkan perjanjian baharu untuk menamatkan pencemaran plastik.
“Kami bersatu dalam gesaan kami bagi perjanjian yang lebih kukuh untuk menangani krisis pencemaran plastik secara berterusan, menuntut tindakan yang mengurangkan pengeluaran plastik pada sumbernya,” ujar Hemantha Withanage, pengerusi FOEI.
“Kepentingan isu plastik ini tidak boleh diperkecilkan lagi. Setiap hari, bersamaan dengan 2,000 lori sampah yang penuh dengan plastik dibuang ke lautan, sungai dan tasik dunia, mencekik ekosistem dan komuniti.”
Sementara itu Hyein Yu dari KFEM berulas: “Sebagai tuan rumah rundingan INC-5, Korea Selatan mestilah menghantar mesej yang jelas kepada masyarakat antarabangsa: perjanjian plastik yang mengikat secara sah bukan lagi pilihan, tetapi perlu.
“Kerajaan Korea mempunyai kewajipan untuk melaksanakan kepimpinan yang bertanggungjawab untuk memastikan kejayaan perjanjian yang lebih kukuh meliputi kitaran hayat penuh plastik dan mengurangkan pengeluaran plastik.
“Demonstrasi hari ini adalah sebahagian daripada pergerakan global yang semakin berkembang, berikutan tindakan lain oleh kumpulan Friends of the Earth di seluruh dunia. Kami menghantar mesej yang jelas: dunia memerlukan perjanjian yang menghadapi skala penuh krisis plastik, menangani pencemaran pada setiap peringkat, daripada pengekstrakan bahan api fosil kepada pengeluaran, pembungkusan, pengedaran dan pelupusan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
“Kami menyoroti berjuta-juta tan sisa plastik negara kaya yang memunggahnya ke negara-negara Selatan Global, menjadikan mereka tempat pembuangan bagi masalah plastik dunia.”
Tambah Ana Maria Vasquez dari Friends of the Earth El Salvador (Cesta): “Agar Perjanjian Plastik Global berkesan dalam membalikkan arus pencemaran plastik, mekanisme dan penyelesaian untuk menanganinya perlu wujud dalam sempadan iklim dan planet.
“INC-5 seharusnya memastikan bahawa objektif perlindungan kesihatan Perjanjian ini disokong oleh kawalan global yang bermakna dan bercita-cita tinggi, menangani kitaran hayat penuh plastik, dan mengutamakan kesihatan orang yang terdedah, termasuk wanita, kanak-kanak dan belia serta Orang Asli.”
Mageswari Sangaralingam dari Friends of the Earth Malaysia (SAM) berkata: “Komuniti yang terjejas dan pergerakan sosial dan alam sekitar di seluruh dunia bersedia bagi rundingan yang bermula [pada 25 November], berazam untuk menentang pengaruh bahan api fosil dan kepentingan korporat yang boleh melemahkan keberkesanan Perjanjian, menonjolkan keperluan untuk perjanjian yang turut mempertanggungjawabkan syarikat.” – FOEI
English version
UN Plastics Treaty: Activists urge world leaders to end plastic pollution
As UN negotiations for a global Plastics Treaty start in Busan, South Korea, over 500 Friends of the Earth International (FOEI) and Friends of the Earth South Korea (KFEM) activists sent a bold message to governments with their bodies, making a human sign spelling out the words “End Plastic”.
The action took place on 24 November on a beach near where over 175 governments are meeting this week to finalise a new treaty to end plastic pollution.
“We are united in our call for a strong treaty that tackles the plastic pollution crisis head on, demanding action that cuts plastic production at its very source. The urgency of the plastic issue can no longer be understated,” FOEI chairperson Hemantha Withanage said.
“Every day, the equivalent of 2,000 garbage trucks full of plastic are dumped into the world’s oceans, rivers and lakes, choking ecosystems and communities.”
KFEM’s Hyein Yu said: “As the host of the INC-5 negotiations, South Korea must send a clear message to the international community: a legally binding plastics treaty is no longer optional, but necessary.
“The Korean government has a duty to exercise responsible leadership to ensure the successful conclusion of a strong treaty that covers the full life cycle of plastic and reduces plastic production.”
“[The 24 November] demonstration is part of a growing global movement, following other actions by Friends of the Earth groups worldwide.
“We’re sending a clear message: the world needs a treaty that confronts the full scale of the plastic crisis, addressing pollution at every stage, from the extraction of fossil fuels to production, packaging, distribution and disposal.
“We’re spotlighting the millions of tonnes of plastic waste rich nations are offloading onto Global South countries, turning them into a dumping ground for the world’s plastic problem.”
Added Ana Maria Vasquez from Friends of the Earth El Salvador (Cesta): “For the Global Plastics Treaty to be effective in reversing the tide of plastic pollution, mechanisms and solutions to address it need to exist within climate and planetary boundaries.
“The INC-5 should ensure that the health-protective objectives of the treaty are supported by meaningful and ambitious global controls, address the full life cycle of plastics, and prioritise the health of vulnerable people, including women, children and youth and Indigenous peoples.”
Mageswari Sangaralingam of Friends of the Earth Malaysia (SAM) observed: “Affected communities and social and environmental movements around the world are geared up for the negotiations starting [on 25 November], determined to counter the influence of fossil fuel and corporate interests that could dilute the treaty’s effectiveness, highlighting the need for a treaty that also holds corporations accountable.” – FOEI
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme