Home Civil Society Voices Perjanjian Malaysia-AS gadaikan kedaulatan negara/Malaysia-US pact surrenders Malaysia’s sovereignty

Perjanjian Malaysia-AS gadaikan kedaulatan negara/Malaysia-US pact surrenders Malaysia’s sovereignty

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Mohideen Abdul Kader and Meenakshi Raman

[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia baru sahaja menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat yang akan menjejaskan autonomi perundangan kita, menundukkan dasar luar kita mengikut kepentingan Washington, menyekat keupayaan kita untuk meningkatkan hasil ekonomi, dan mengikat kita kepada perbelanjaan mencecah $220bn dalam tempoh sedekad akan datang.

Ternyata ini bukan perjanjian perdagangan timbal balik. Ini adalah suatu penyerahan yang disembunyikan di sebalik urusan perdagangan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dengan ini tegas menggesa kerajaan Malaysia untuk segera menolak perjanjian ini dan menjalankan pengkajian semula yang telus dan lengkap, diikuti dengan perbahasan terbuka di Parlimen.

Mengizinkan Washington menentukan dasar luar kita

Malaysia telah bersetuju untuk menjajarkan dasar ekonomi kita selaras dengan AS – termasuk dalam hal-hal yang tiada kaitan dengan perdagangan dua hala.

Perjanjian ini menghendaki Malaysia:

  • Meniru sekatan perdagangan AS terhadap mana-mana negara ketiga sekiranya Washington mendakwa ia menjejaskan ‘keselamatan dan ekonomi nasional’ Amerika
  • Melaksanakan kawalan eksport AS ke atas teknologi dan barangan – berdasarkan kepentingan keselamatan AS, bukan kepentingan nasional
  • Menapis pelaburan asing ke dalam Malaysia berdasarkan penilaian risiko terhadap keselamatan nasional AS;
  • Harus berunding dengan Amerika Syarikat terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian perdagangan digital dengan negara lain.

Peruntukan-peruntukan seperti ini adalah sangat di luar kebiasaan. Secara asasnya, perjanjian ini memberi AS kuasa veto yang mengatasi kebebasan dasar luar negara Malaysia. Kita dipaksa untuk menerima kepentingan AS sebagai kepentingan kita sendiri.

Malaysia, sebagai negara berdaulat, harus mempertahankan kebebasan untuk membuat keputusan strategiknya sendiri. Perjanjian ini merampas kebebasan tersebut daripada kita.

Menyerahkan piawaian kita kepada AS

Melalui perjanjian ini, Malaysia harus menerima peraturan dan kelulusan AS seolah-olah ianya sebahagian daripada peraturan kita sendiri — iaitu tanpa sebarang penilaian bebas.

Perjanjian ini menghendaki Malaysia untuk:

  • Menerima kelulusan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) terhadap ubat-ubatan dan peranti perubatan memadai buat pasaran kita
  • Mengiktiraf piawaian makanan dan pertanian AS sebagai memenuhi keperluan keselamatan kita
  • Menerima produk daging, tenusu dan ayam dari AS tanpa pemeriksaan bebas
  • Mengguna pakai tahap toleransi AS terhadap sisa racun perosak, di mana Malaysia sendiri belum menetapkan piawaiannya bagi sesetengah produk

Ini adalah sesuatu yang berbahaya. Piawaian kawal selia AS tidak semestinya lebih ketat daripada piawaian kita. Malahan, dalam sesetengah kes ianya lebih longgar.

Dengan menyerahkan hak untuk menetapkan piawaian keselamatan kita sendiri secara bebas, kita mempertaruhkan kesihatan awam Malaysia hanya untuk memenuhi kehendak pengeksport Amerika. Ini adalah hak kedaulatan kita, dan kita tidak boleh sesekali pun menyerahkannya kepada orang lain.

Akhirnya, kitalah yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan fizikal kita sendiri.

Merencatkan keupayaan kita untuk menjana hasil

Perjanjian ini menyekat Malaysia daripada memungut cukai dan tarif ke atas barangan serta perkhidmatan AS melalui cara yang tidak pernah kita persetujui sebelum ini. Malaysia dilarang daripada:

  • Mengenakan cukai perkhidmatan digital ke atas syarikat-syarikat gergasi teknologi AS, walaupun mereka meraih keuntungan besar di negara kita
  • Mewajibkan syarikat media sosial dan teknologi digital awan (cloud) AS untuk melabur dalam kandungan digital tempatan serta inovasi (syarat sumbangan hasil sebanyak 6% telah dimansuhkan)
  • Melaksanakan larangan kekal terhadap duti kastam bagi produk digital dan penghantaran elektronik
  • Menggunakan cukai pelarasan sempadan untuk menyamakan persaingan antara pengeluar tempatan dan asing

Bagi sebuah ekonomi yang masih membangun dan sedang berusaha membina keupayaan tempatan dalam bidang teknologi dan perkhidmatan digital, larangan-larangan ini adalah satu tamparan yang hebat. Syarikat-syarikat AS dibenarkan beroperasi di Malaysia dengan pengecualian cukai yang meluas.

READ MORE:  From Asean unity to American unilateralism: A tale of key anniversaries

Akibatnya, kita kehilangan alat penting untuk membiayai pembangunan dan membina ekonomi digital kita sendiri.

Bencana kewangan yang bakal melanda

Pun demikian, kosnya jauh melebihi kehilangan hasil. Malaysia berjanji untuk membeli barangan AS bernilai $150bn dalam tempoh lima tahun – termasuk semikonduktor, peralatan pusat data, pesawat, arang batu dan gas – serta penambahan pelaburan sejumlah $70bn di AS dalam tempoh 10 tahun.

Jumlah $220bn ini boleh dibelanjakan bagi memenuhi keperluan Malaysia sendiri: iaitu peralihan tenaga, infrastruktur, penjagaan kesihatan dan industri tempatan.

Bahkan pembelian arang batu dari AS turut menjejaskan komitmen iklim kita di bawah Perjanjian Paris, di mana Malaysia adalah negara pihak sementara AS tidak.

Yang lebih membimbangkan adalah perbelanjaan ini akan menyebabkan defisit akaun semasa Malaysia semakin besar. Pakar ekonomi kita telah pun memberi amaran bahawa Malaysia bakal berdepan defisit tahunan sekitar $23bn, yang akan terkumpul kepada $115bn dalam tempoh lima tahun.

Kita pernah melihat situasi seperti ini berlaku. Pada tahun 1990-an, Malaysia mengalami masalah defisit yang sama – berjumlah $33.5bn dari 1990 hingga 1997 – yang turut menyumbang kepada Krisis Kewangan Asia 1997.

Krisis itu meranapkan ekonomi kita dan mengakibatkan penderitaan yang amat besar. Kita tidak boleh mengulangi kesilapan itu.

Malah Korea Selatan, dengan ekonomi empat kali ganda lebih besar daripada Malaysia, serta rizab asing yang jauh lebih kukuh dan lebihan akaun semasa yang jauh mengatasi $7bn Malaysia, turut bimbang bahawa tuntutan AS bernilai ratusan bilion dolar boleh menggugat kestabilan mata wang dan ekonomi mereka.

Ancaman hukuman

Perjanjian ini turut menyertakan satu ancaman: sekiranya Malaysia menyertai sebarang pengaturan ekonomi yang “mengancam kepentingan AS”, perjanjian itu boleh ditamatkan, dan Malaysia akan berdepan tarif yang lebih tinggi mencecah 24% (dilabel sebagai kadar “Hari Pembebasan”).

Ini bukan rundingan, tetapi ugutan. Malaysia diberi arahan: patuh atau bersiap sedia menghadapi hukuman ekonomi.

Apa yang kita peroleh sebagai balasan?

Kerajaan belum memberikan penjelasan tentang apa yang Malaysia peroleh daripada perjanjian ini. Akses pasaran AS yang dijanjikan dalam perjanjian ini adalah kecil berbanding dengan kos yang terpaksa Malaysia tanggung.

Sementara itu, eksport AS juga akan membanjiri pasaran kita dengan kadar tarif yang berkurangan, sekali gus menjejaskan pengeluar tempatan.

Syarikat-syarikat AS akan menikmati pengecualian cukai bagi perkhidmatan digital.

Pelabur AS juga dikenakan peraturan yang lebih longgar.

Pengawal selia AS pula mempunyai kuasa kelulusan terhadap piawaian Malaysia.

Kepentingan AS akan menentukan dasar luar Malaysia.

Dan sebagai balasan, Malaysia akan membelanjakan $220bn serta mempertaruhkan kestabilan ekonominya sendiri.

Ini bukanlah perjanjian timbal balik. Ianya tidak adil.

Apa yang harus berlaku sekarang

Kami menggesa agar perkara-perkara ini dibuat:

  • ⁠Kerajaan persekutuan tidak mengambil sebarang langkah untuk meratifikasi perjanjian ini selagi penilaian menyeluruh terhadap implikasi peruntukan-peruntukannya belum dijalankan, dengan perundingan penuh bersama semua kementerian, agensi kerajaan, serta sektor ekonomi dan sosial.
  • ⁠⁠Parlimen melaksanakan penilaian parlimen yang komprehensif terhadap perjanjian ini, termasuk sesi pendengaran awam di mana pertubuhan masyarakat sivil, perniagaan tempatan, pekerja dan ahli ekonomi dapat memberikan pandangan, dan hasilnya dibentangkan kepada jemaah menteri
  • ⁠⁠Kerajaan tidak menyerahkan hak untuk menetapkan piawaian sendiri, melaksanakan dasar luar sendiri dan mengurus ekonomi kita sendiri kepada mana-mana pihak lain

Amerika Syarikat ialah rakan dagangan kita. Namun, perjanjian perdagangan mesti bersifat timbal balik, adil dan menghormati kedaulatan Malaysia.

READ MORE:  Crucial hours in Venezuela and across the continent

Perjanjian ini langsung tidak memenuhi prinsip-prinsip ini.

Kami sebulat suara menuntut agar kerajaan mempertahankan kemerdekaan, kemakmuran dan masa depan negara kita. – CAP/SAM

English version

Malaysia-US pact surrenders Malaysia’s sovereignty

Malaysia has just signed a trade agreement with the United States that strips away our regulatory autonomy, subordinates our foreign policy to Washington’s interests, constrains our ability to raise revenue, and commits us to spending a staggering $220 billion over the next decade.

This is not a reciprocal trade agreement. It is a capitulation dressed up as commerce. The Consumers’ Association of Penang (CAP) and Sahabat Alam Malaysia (SAM) strongly call on the Malaysian government to immediately reject this agreement and conduct a full and transparent review followed by open discussion in Parliament.

Allowing Washington to dictate our foreign policy

Malaysia has agreed to align its economic policies with those of the US – even on matters that have nothing to do with bilateral trade. The agreement requires Malaysia to:

  • Mirror US trade restrictions on any third country if Washington claims it affects US “national and economic security”
  • Adopt US export controls on technologies and goods — based on US security interests, not ours
  • Screen foreign investments into Malaysia for US national security risks
  • Consult with the US before signing digital trade deals with other countries

These provisions are extraordinary. They essentially give the US veto power over Malaysia’s independent foreign policy. We are being asked to treat US interests as our own.

Malaysia must retain the freedom to make its own strategic choices. This agreement strips us of that freedom.

Surrendering our standards to the US

Under this agreement, Malaysia must accept US regulations and approvals as if they were our own – without independent assessment. The deal requires Malaysia to:

  • Accept US Food and Drug Administration approval of drugs and medical devices as sufficient for our market
  • Recognise US food and agricultural standards as meeting our safety requirements
  • Accept US meat, dairy and poultry products without independent inspection
  • Adopt US tolerance levels for pesticide residues, even when Malaysia has not yet set its own standards on certain products

This is dangerous. US regulatory standards are not always more stringent than ours. In some cases, they are weaker. By ceding our right to set independent safety standards, we are gambling with Malaysian public health to satisfy American exporters.

This is our sovereign right, and we should not surrender it. We are ultimately responsible for our own physical wellbeing.

Crippling our ability to raise revenue

The agreement blocks Malaysia from collecting taxes and tariffs on US goods and services in ways it never agreed to before. Malaysia is forbidden from:

  • Imposing digital service taxes on US tech giants, even when they generate massive profits in our country
  • Requiring US social media and cloud companies to invest in local digital content and innovation (a 6% revenue contribution requirement has been scrapped)
  • Permanently ban customs duties on digital products and electronic transmissions
  • Using border adjustment taxes to level the playing field between foreign and domestic producers

For a developing economy trying to build local capacity in technology and digital services, this is a body blow. US companies will operate in Malaysia with sweeping tax exemptions. We are losing crucial tools to fund development and build our own digital economy.

READ MORE:  Malaysia's rare earth dilemma: Partner or proxy in the tech race?

Financial catastrophe in the making

But the costs go far beyond lost revenue. Malaysia commits to purchase $150bn worth of US goods over five years – semiconductors, data centre equipment, aircraft, coal and gas – plus $70bn in investments in the US over 10 years.

This is $220bn that could have been spent on Malaysian priorities: energy transition, infrastructure, healthcare and local industries. In addition, buying US coal undermines our climate commitments under the Paris Agreement where Malaysia is a party and the US is not.

More seriously, this spending will plunge Malaysia into massive current account deficits. Our economists warn that Malaysia will face annual deficits of about $23bn, accumulating to $115bn over five years.

We have seen this movie before. In the 1990s, Malaysia ran similar deficits – totalling $33.5bn from 1990 to 1997 – which contributed to the Asian Financial Crisis of 1997. That crisis devastated our economy and caused immense suffering. We cannot repeat that mistake.

Even South Korea – with an economy quadruple the size of Malaysia’s, far deeper foreign reserves and a whopping current account surplus that dwarfs Malaysia’s $7bn – is afraid that US demands of hundreds of billions from South Korea could destabilise their currency and economy.

Threat of punishment

The agreement includes a threat: if Malaysia enters into any economic arrangement that “jeopardises essential interests of the United States”, the agreement can be terminated, and Malaysia will face devastating tariffs of up to 24% (branded as ‘Liberation Day’ rates).

This is extortion, not negotiation. Malaysia is being told: comply or face economic punishment.

What do we get in return?

The government has not clearly explained what Malaysia receives from this agreement. The US market access promised in this deal is modest compared to what Malaysia is giving up.

Meanwhile, US exports will flood our market at reduced tariffs, damaging local producers.

US companies will enjoy tax exemptions on digital services.

US investors will face fewer regulations.

US regulators will have approval power over Malaysian standards.

US interests will determine Malaysian foreign policy.

And Malaysia will spend $220 billion and risk its economic stability in return.

This is not reciprocal. This is not fair.

What must happen now

We call for the following:

  • ⁠The federal government to not take any steps to ratify the agreement while a full review is conducted on the implications of the provisions, in full consultation with all ministries, government agencies, economic and social sectors
  • ⁠Parliament to conduct a comprehensive parliamentary review of the agreement, with public hearings where civil society organisations, domestic businesses, workers and economists can testify and the findings be presented to the cabinet
  • ⁠The government to not surrender our right to set our own standards, pursue our own foreign policy, and manage our own economy.

The US is a trading partner. But trade agreements must be reciprocal, fair and respectful of Malaysian sovereignty. This agreement is none of those things.

We demand that the government secure our independence, our prosperity and our future.

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang president. Meenakshi Raman is the president of Sahabat Alam Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x