
Mandiri menyambut baik keputusan Jabatan Peguam Negara untuk memberhentikan prosiding ke atas presiden Suara Mahasiswa UMS Fadhil Kasim yang selaras dengan Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.
Namun suka untuk kami ingatkan, bahawa keputusan dari awal untuk mendakwa Fadhil adalah keputusan yang salah, sungguhpun perdana menteri telah menyebutkan bahawa pendakwaan tidak akan dibuat.
Kami percaya, tanpa desakan berterusan dari rakyat, hal ini pasti tidak akan berlaku.
Kami juga ingin sekali lagi menggesa agar perbincangan bersama dengan pemegang taruh, khususnya organisasi-organisasi masyarakat sivil, dalam rancangan kerajaan untuk meminda Akta Perhimpunan Aman dilakukan dengan segera.
Satu jawatankuasa bersama boleh dibentuk, dan ia pernah dilakukan sebelum ini, seperti jawatankuasa teknikal undang-undang keselamatan yang dibentuk pada tahun 2018, yang melibatkan pihak polis, Majlis Peguam, Kementerian Dalam Negeri dan organisasi-organisasi masyarakat sivil.
Sekiranya tidak, kami percaya organisasi-organisasi masyarakat sivil, termasuk Mandiri sendiri, sentiasa bersedia sekiranya dipanggil, bagi membincangkan cadangan pindaan ini, agar pindaan yang dibuat nanti benar-benar mencerminkan iltizam menambahbaik undang-undang tersebut dan menghormati hak kebebasan rakyat.
Tahniah Fadhil atas kemenangan ini. Nafas panjang perlawanan!
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Hidup rakyat! Hidup Mahasiswa! – Mandiri
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme