Perang Iran vs AS-Israel: Mampukah Malaysia bertahan?

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Ammar Roslizar

Perang Asia Barat dimulakan oleh AS-Israel melalui Operation Epic Fury pada 28 Februari.

Konflik ini sebenarnya merupakan isu perebutan kuasa tenaga (who will control the energy?), yang boleh membawa kepada “krisis tenaga” (minyak dan gas) secara global jika terus berlarutan.

Disebabkan ini adalah krisis tenaga, ia tidak tamat apabila serangan berhenti atau gencatan senjata dicapai semata-mata. Ia tamat hanya setelah bekalan dipulihkan dan harga distabilkan.

Apabila rantaian bekalan di Selat Hormuz terputus, bekalan tenaga dalam negara mesti diurus. Pengumuman perdana menteri baru-baru ini, iaitu menurunkan had Budi 95 daripada 300 liter kepada 200 liter, adalah untuk tujuan ini dan bukan sekadar pemotongan subsidi.

Pada kiraan kasar, langkah ini mampu memelihara sekitar 165 juta liter minyak sebulan, selain menjimatkan sekitar RM300 juta subsidi yang akan memberikan ruang fiskal tambahan bagi kerajaan.

Bagi 10% pengguna yang terjejas secara langsung, kebimbangan mereka adalah wajar. Namun hakikatnya, harga minyak mentah global telah melonjak hampir 53% sejak konflik bermula. Kerajaan, buat masa ini, masih menyerap sebahagian besar tekanan inflasi ini bagi pihak rakyat.

Pilihan sebenar bukan antara 200 atau 300 liter. Pilihan sebenar adalah antara menguruskan bekalan sekarang atau menghadapi tekanan yang lebih besar kemudian.

Harga minyak untuk penghantaran akhir 2026 diniagakan jauh lebih rendah daripada harga semasa. Pasaran global menjangkakan konflik ini bersifat sementara. Malaysia perlu bertahan dalam tempoh ini.

Mengenai polisi ‘bekerja dari rumah’ yang bakal diumumkan perinciannya, ia memang mekanisme sokongan untuk urus permintaan kepada bekalan tenaga.  Namun, bagi sektor swasta, polisi ini wajar kekal sebagai galakan fleksibel sahaja. Ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara tidak terjejas.

READ MORE:  A ceasefire in Lebanon – but can it hold?

Ikram berpandangan langkah seterusnya perlu menumpukan kepada kestabilan harga barang keperluan asas dan kos logistik pula. Walaupun penyelesaian yang bakal dilaksanakan kurang popular, langkah ini boleh mengelakkan kos bisnes dan kos sara hidup meningkat terlalu mendadak.

Ikram akan terus memantau perkembangan ini dan menyumbang analisis serta perspektif kepada perbincangan awam. – Ikram

Ammar Roslizar adalah ahli jawatankuasa pusat, agenda nasional (kemakmuran ekonomi), Pertubuhan Ikram Malaysia.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted