Perampasan pengetahuan tradisional rakyat Malaysia

0
38
Graphic: score.org

Kami, kumpulan dan individu-individu yang menandatangani surat petisyen ini, kecewa bagaimana pengetahuan tradisional rakyat Malaysia boleh dijadikan hakmilik eksklusif sesebuah syarikat swasta.

Jelasnya undang-undang Hak Cipta Intelek (Akta Paten 1983) yang sekarang dikuatkuasakan di Malaysia telah membuka ruang untuk syarikat-syarikat swasta mewujudkan monopoli terhadap produk-produk tradisional yang sebelum itu merupakan milikan umum dan bebas diguna oleh rakyat kita untuk sekian lama.
 
Paten nombor MY-134867-A yang diberikan terhadap komponen bioaktif dalam tongkat ali pada 31 Disember 2007, adalah satu contoh kekurangan dalam undang-undang hak cipta intelek negara kita.

Paten ini dianggap oleh Biotropics Malaysia Berhad, pemegang lesen paten sebagai hak monopoli atas semua produk yang mengandungi komponen bioaktif tongkat ali. Syarikat Biotropics telah mengeluarkan notis amaran di surat khabar tempatan pada 31 July 2019 bahawa mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang menjual mana-mana produk yang mengandungi bahan tongkat ali.

Perkara ini adalah sesuatu yang langsung tak boleh diterima. Kesan tongkat ali terhadap kesihatan lelaki sudah lama diketahui oleh rakyat tempatan dan banyak produk tradisional telahpun dikeluarkan dan dijual oleh peniaga-peniaga tempatan. Pihak-pihak yang memohon dan memperolehi patennya terhadap tongkat ali pada tahun 2007 bukanlah pencipta asal atau orang yang pertama menemui kualiti istimewa tongkat ali.

Tetapi malangnya, Akta Paten 1983 telah memberikan hak istimewa kepada syarikat ini untuk menikmati monopoli dalam penjualan mana-mana produk yang mengandungi tongkat ali. Pemegang paten juga boleh memaksa pengeluar lain produk tongkat ali membayar royalti kepada mereka.

Sehubungan itu, kami mahu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) meneliti perkara-perkara berikut:

1. Mengapakah Seksyen 14, Akta Paten 1983 tidak digunapakai sebagai alasan untuk menolak permohonan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia dan Massachussets Institute of Technology (MIT) untuk paten terhadap bahan-bahan  yang dikandungi dalam tongkat ali? Seksyen 14 dalam Akta Paten menyatakan bahawa sesuatu bahan yang telah diketahui oleh orang lain (“prior art”) tidak boleh dianggap sebagai ciptaan (“invention”) baru dan tidak patut diberi paten terhadapnya.

READ MORE:  New 'Tongkat Ali' extracts now exclusive right of private company?

2. Kami difahamkan bahawa Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia telah menyertai MIT dalam permohonan paten terhadap tongkat ali supaya dapat memastikan paten ini tidak dimiliki sepenuhnya oleh pihak asing. Tetapi, adakah pendekatan ini kaedah yang terbaik untuk mengendalikan perampasan pengetahuan tradisional negara oleh pihak asing? Kerana ianya menghalalkan pengeluaran paten atas pengetahuan tradisional rakyat kita. Bukannya lebih baik (dan selamat) untuk memperketatkan undang-undang berkaitan hak cipta intelek untuk menghalang perompakan pengetahuan tradisional sama sekali? 

3. Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Malaysia bercadang untuk menyenaraikan ubat-ubat tradisional yang pernah dan sedang diguna oleh rakyat Malaysia dalam laman web kementerian supaya Pejabat Paten kita dan juga negara lain boleh memakai bukti kewujudan “prior art” ini untuk menolak permohonan paten terhadap mana-mana produk yang tersenarai? Kerajaan India telah memulakan usaha ini pada tahun 1999 dan kini menyenaraikan lebih daripada 900,000 produk tradisional dalam laman web kerajaan (dalam lima bahasa iaitu Inggeris, Espanyol, Perancis, Jepun dan Jerman) untuk rujukan semua.  

4. Bolehkah KPDNHEP memulakan proses untuk membatalkan paten terhadap tongkat ali supaya mesej yang jelas dihantar kepada dunia bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan berdiam jika ada percubaan merampas pengetahuan tradisional negara? Jemaah Sains dan Kajian Industri India telah mencabar paten terhadap kunyit (turmeric) yang telahpun dikeluarkan oleh Pejabat Paten USA dan telah berjaya membatalkan paten tersebut pada tahun 1997. Bolehkah KPDNHEP mengambil langkah yang sama? 

Kami harap pihak menteri akan mengkaji empat perkara di atas dan selepas itu, menetapkan tarikh untuk berjumpa dengan kami bagi membincangkan isu ini. Kami rasa pemberian hak monopoli terhadap tongkat ali kepada suatu syarikat swasta merupakan perompakan pengetahuan tradisi rakyat kita dan harus dihentikan dengan segera.

READ MORE:  New 'Tongkat Ali' extracts now exclusive right of private company?

Terima kasih. 

Petisyen ini diendorse oleh

  1. Parti Sosialis Malaysia
  2. Organic Alliance Malaysia (OAM
  3. Persatuan Niagakawi Langkawi
  4. Persatuan Agroekologi Malaysia SRI-MAS
  5. Persatuan Usahawan Organik Kelantan (PUOK)
  6. Idris Association
  7. Padi Rescue
  8. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Berkesinambungan Malaysia (Susden)
  9. Komas
  10. Aliran
  11. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  12. Saya Anak Bangsa Msia (SABM)
  13. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Note: The above memo was to be handed in at a meeting with Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Saifuddin Nasution Ismail scheduled for 28 November 2019.

The company concerned, Biotropics, a Khazanah subsidiary, maintained in August 2019 that “while the patent does involve Tongkat Ali, the invention for which the Patent was granted was in relation to new scientific uses relating to Tongkat Ali and is not for Tongkat Ali itself”. See report in Malaysiakini.

(Visited 28 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of