
[ENGLISH VERSION BELOW] Hari Hak Pengguna Sedunia ialah kempen yang diiktiraf oleh PBB yang disambut setiap tahun pada 15 Mac sejak 1983.
Tema tahun ini, ‘peralihan yang adil kepada gaya hidup mampan’, menyeru ke arah keadilan dan kemampanan memandangkan kita kini sedang menghadapi cabaran alam sekitar dan sosial.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan, perniagaan dan pengguna untuk mengambil tindakan yang diperlukan untuk masa depan yang lebih adil dan mampan.
Peralihan yang adil bermakna memastikan tiada siapa yang ketinggalan, terutamanya komuniti rentan yang paling terjejas oleh kerosakan alam sekitar dan kesusahan ekonomi.
Bidang tumpuan utama termasuk:
Sistem makanan dan penggunaan mampan
Pengguna berhak untuk mendapat makanan yang selamat dan berkhasiat yang tidak membahayakan kesihatan atau alam sekitar.
Walau bagaimanapun, sistem makanan global semasa menyumbang kepada penebangan hutan, kehilangan biodiversiti dan sisa makanan yang berlebihan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melaporkan bahawa 7,000 tan sisa makanan dijana setiap hari di Malaysia, dengan 4,080 tan masih boleh dimakan.
Kita perlu beralih ke arah sistem makanan mampan yang mempromosikan hasil tempatan dan organik sambil mengurangkan jejak karbon yang dikaitkan dengan pengimportan makanan.
Pertanian mampan bukan sahaja memulihara sumber tetapi juga meningkatkan taraf hidup petani berskala kecil.
Pengguna boleh memainkan peranan dengan membuat pilihan makanan dengan hemat dan meminimumkan pembaziran makanan.
Penggunaan tenaga dan ke arah tenaga boleh diperbaharui
Akses kepada tenaga yang berpatutan dan bersih adalah hak pengguna, namun lebih 90% sumber tenaga negara datang terus daripada sumber bahan api fosil, dengan 35.7% daripada minyak, 19.4% daripada gas dan 36.8% daripada arang batu.
Pergantungan ini menyumbang kepada perubahan iklim dan peningkatan kos tenaga. Pengguna sering terjebak dengan bil elektrik yang tinggi disebabkan oleh peralatan yang tidak cekap, infrastruktur yang lemah dan akses terhad kepada alternatif tenaga boleh diperbaharui.
Beralih kepada tenaga boleh diperbaharui seperti solar adalah penting. Walau bagaimanapun, untuk peralihan yang inklusif, kerajaan mestilah memastikan tenaga boleh diperbaharui adalah berpatutan dan boleh diakses untuk semua, terutamanya isi rumah berpendapatan rendah.
Kecekapan dan penjimatan tenaga juga memainkan peranan penting. Pengguna boleh mengurangkan penggunaan tenaga dengan memilih peralatan cekap tenaga dan mengamalkan tabiat yang mampan.
Sempena Hari Hak-hak Pengguna Sedunia, CAP, dengan kerjasama Penang Suya Meiyarivagam, telah menganjurkan program penjimatan dan kecekapan tenaga di Island Glades pada 9 Mac.
Dalam program ini, kami berkongsi panduan penjimatan tenaga yang praktikal dan berkesan yang boleh dilaksanakan dengan mudah di rumah. Para peserta juga belajar bagaimana untuk mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan bil elektrik dan menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan.
Mengurangkan penggunaan dan pembaziran plastik
Pengguna mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang bebas pencemaran.
Bagaimanapun, Malaysia menggunakan berbilion barangan plastik setiap tahun, yang kebanyakannya berakhir di lautan dan tapak pelupusan sampah.
Kita mesti menghapuskan penggunaan plastik sekali guna, mempromosikan alternatif boleh guna semula dan menambah baik sistem kitar semula.
Pengguna boleh menolak plastik yang tidak diperlukan, menyokong inisiatif sifar sisa dan mengambil bahagian dalam program pengasingan dan kitar semula sisa.
Kerajaan Malaysia perlu menguatkuasakan peraturan yang lebih ketat terhadap pengeluaran plastik dan sisa.
Pemuliharaan dan akses air
Air adalah hak asasi, namun perubahan iklim, pencemaran dan pengurusan air yang lemah menjadikan air bersih semakin berkurangan.
Menurut Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia (EQR 2023), daripada 672 sungai yang dipantau, 28% diklasifikasikan sebagai sedikit tercemar atau tercemar.
Peralihan yang adil perlu mestilah memastikan semua orang mempunyai akses kepada air yang bersih, selamat dan berpatutan. Ini melibatkan melindungi sumber air semula jadi kita, melabur dalam sistem pengurusan air yang cekap dan mengurangkan pembaziran air dalam isi rumah dan industri.
Pergerakan dan pengangkutan mampan
Pengguna mempunyai hak untuk pilihan pergerakan yang berpatutan, selamat dan mampan.
Sektor pengangkutan di Malaysia merupakan sumber pelepasan karbon kedua terbesar, menyumbang 22% daripada jumlah pelepasan CO2 berkaitan tenaga.
Namun, ramai rakyat Malaysia masih kekurangan akses kepada pengangkutan awam yang boleh diharapkan dan berpatutan, memaksa mereka bergantung kepada kenderaan persendirian yang mahal.
Kerajaan mestilah mengutamakan infrastruktur pengangkutan awam, memperluaskan kemudahan pejalan kaki dan berbasikal serta mengawal selia penetapan harga yang adil untuk memastikan pergerakan yang mampan bukanlah satu kemewahan tetapi pilihan yang berpatutan bagi semua pengguna.
Gesaan untuk bertindak
CAP menggesa penggubal dasar untuk melaksanakan peraturan yang lebih kukuh, perniagaan untuk menerima pakai amalan mampan dan pengguna supaya berhati-hati dan membuat pilihan mesra alam. Gaya hidup mampan bukanlah satu keistimewaan – ia adalah hak asasi yang mesti dilindungi untuk generasi sekarang dan akan datang.
Sempena Hari Hak-hak Pengguna Sedunia ini, marilah bekerjasama demi dunia yang lebih adil, saksama dan mampan di mana pengguna bukan sahaja dilindungi tetapi diperkasakan. – CAP
English version
A just transition to sustainable lifestyles
World Consumer Rights Day is a UN-accredited campaign celebrated annually on 15 March since 1983.
This year’s theme, ‘a just transition to sustainable lifestyles’, calls for fairness and sustainability as we tackle environmental and social challenges.
The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on governments, businesses and consumers to take necessary action for a fairer and more sustainable future.
A just transition means ensuring no one is left behind, especially vulnerable communities most affected by environmental damage and economic hardships.
Key areas of focus include:
Food systems and sustainable consumption
Consumers have the right to safe and nutritious food that does not harm their health or the environment.
However, the current global food system contributes to deforestation, biodiversity loss and excessive food waste.
The Solid Waste Management and Public Cleansing Corporation (SWCorp), reported that 17,000 tonnes of food waste is generated daily in Malaysia, with 4,080 tonnes still edible.
We need to shift toward sustainable food systems that promote local and organic produce while reducing the carbon footprint associated with food imports.
Sustainable agriculture not only conserves resources but also improves the livelihoods of small-scale farmers. Consumers can play a role by making conscious food choices and minimising food waste.
Energy usage and renewable solutions
Access to affordable and clean energy is a consumer right. Yet over 90% of Malaysia’s energy comes directly from fossil fuel sources, with 35.7% from oil, 19.4% from gas and 36.8% from coal.
This reliance contributes to climate change and rising energy costs. Consumers are often locked into high electricity bills due to inefficient appliances, poor infrastructure and limited access to renewable energy alternatives.
Shifting to renewable energy, such as solar, is crucial. However, for an inclusive transition, governments must ensure renewable energy is affordable and accessible to all, particularly low-income households.
Energy efficiency and conservation also play a crucial role. Consumers can reduce energy consumption by choosing energy-efficient appliances and adopting sustainable habits.
In conjunction with World Consumer Rights Day, CAP, in collaboration with Penang Suya Meiyarivagam, organised an energy saving and efficiency programme in Island Glades on 9 March.
At this event, we shared practical and effective energy-saving tips that can be easily implemented at home. Participants also learnt how to reduce their energy consumption, lower electricity bills and contribute to a more sustainable future.
Reducing plastic use and waste
Consumers have the right to live in a pollution-free environment.
However, Malaysia consumes billions of plastic items annually, most of which end up in oceans and landfills.
We must cut single-use plastics, promote reusable alternatives and improve recycling systems. Consumers can refuse unnecessary plastics, support zero-waste initiatives and participate in waste segregation and recycling programmes.
The Malaysian government should enforce stricter regulations on plastic production and waste.
Water conservation and access
Water is a fundamental right.
Yet climate change, pollution and poor water management are making clean water scarce. According to Malaysia’s Environmental Quality Report (EQR 2023), of 672 monitored rivers, 28% were classified as slightly polluted or polluted.
A just transition must ensure that everyone has access to clean, safe and affordable water. This involves protecting our natural water sources, investing in efficient water management systems and reducing water wastage in households and industries.
Sustainable mobility and transport
Consumers have the right to affordable, safe and sustainable mobility options. The transport sector in Malaysia is the second-largest source of carbon emissions, contributing 22% of total energy-related CO2 emissions.
Yet, many in Malaysia still lack access to reliable and affordable public transport, forcing them to rely on costly private vehicles.
Governments must prioritise public transport infrastructure, expand pedestrian and cycling facilities and regulate fair pricing to ensure sustainable mobility is not a luxury but an affordable option for all consumers.
Call to action
CAP urges policymakers to implement stronger regulations, businesses to adopt sustainable practices, and consumers to be mindful and make eco-friendly choices.
A sustainable lifestyle is not a privilege – it is a fundamental right that must be safeguarded for present and future generations.
This World Consumer Rights Day, let us commit to working together for a just, fair and sustainable world where consumers are not only protected but empowered.
Mohideen Abdul Kader is president of the Consumers’ Association of Penang.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme