Penurunan hukuman mati menunjukkan kemajuan, tetapi pemansuhan harus menyusul / Decline in death sentences shows progress, but abolition must follow 

AMNESTYUSA.ORG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Malaysia telah mengurangkan pelaksanaan hukuman mati secara signifikan pada tahun 2025, namun pihak berkuasa mesti segera mengambil komitmen untuk memansuhkan sepenuhnya hukuman ini serta menetapkan garis masa yang jelas untuk menamatkan hukuman ini selama-lamanya, ulas Amnesty International Malaysia pada 18 Mei sempena pelancaran laporan globalnya, Death Sentences and Executions 2025.

Jumlah tahunan hukuman mati baharu terus menurun pada tahun 2025 susulan pemansuhan hukuman mati mandatori pada tahun 2023 yang menjadi titik perubahan dalam sistem keadilan jenayah Malaysia.

Namun begitu, hukuman mati masih kekal dalam undang-undang Malaysia, seterusnya menyebabkan kemajuan yang diperoleh dengan susah payah ini berisiko terbantut.

“Malaysia telah menunjukkan bahawa perubahan itu tidak mustahil. Semakin kurang individu yang dijatuhkan hukuman mati, dan itu sememangnya penting,” kata jurucakap Amnesty International Malaysia, Divya Shesshsan Balakrishnan.

“Namun tanpa pemansuhan penuh, Malaysia masih tergolong dalam kelompok minoriti negara yang terus berpegang kepada hukuman yang tidak adil dan tidak boleh dipulihkan ini.”

Mahkamah memacu penurunan

Menurut angka rasmi yang diberikan kepada Amnesty International, pada tahun 2025, mahkamah di Malaysia menjatuhkan 15 hukuman mati baharu iaitu penurunan sebanyak satu pertiga berbanding 24 pada tahun 2024 dan jauh lebih rendah daripada 38 yang direkodkan pada tahun 2023.

Turut diperhatikan bahawa tiada hukuman mati baharu dijatuhkan di Sabah dan Sarawak pada tahun lalu.

Pada masa yang sama, Mahkamah Rayuan terus mengurangkan penggunaan hukuman mati. Mahkamah Rayuan telah menggantikan 42 hukuman mati, termasuk 24 melibatkan kesalahan dadah, serta membebaskan empat individu.

Namun begitu, tiga hukuman mati dikekalkan terhadap lelaki yang disabitkan bagi kesalahan membunuh, termasuk dua warga asing.

Angka yang dilaporkan kepada Parlimen menunjukkan bahawa setakat November 2025, seramai 97 individu masih menunggu hukuman mati di Malaysia, di mana ia adalah angka terendah dalam sejarah negara.

Walaupun terdapat kemajuan ini, hukuman mati masih dijatuhkan bagi kesalahan berkaitan dadah, dan ini merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

Pada tahun 2025, hampir separuh daripada semua hukuman mati yang dijatuhkan adalah berkaitan dadah (tujuh daripada 15).

“Angka-angka ini menunjukkan bahawa Malaysia sememangnya sedang menuju jauh daripada hukuman mati,” kata Divya Shesshsan Balakrishnan.

“Namun selagi mahkamah terus menjatuhkan hukuman mati, termasuk bagi kesalahan berkaitan dadah, undang-undang negara masih tidak selari dengan kemajuan ini dan juga piawaian antarabangsa.”

Perubahan arus dalam Asean

Pada peringkat global, pelaksanaan hukuman mati meningkat kepada 2,707 pada tahun 2025, angka tertinggi yang direkodkan oleh Amnesty International dalam tempoh lebih empat dekad sejak 1981.

Namun hanya 17 negara melaksanakan hukuman mati, sekali gus menunjukkan pengasingan yang semakin ketara terhadap negara-negara yang masih menggunakan hukuman ini.

Lebih dua pertiga negara di dunia kini telah memansuhkan hukuman mati sama ada dari segi undang-undang ataupun amalan.

Di Asia Tenggara, pelaksanaan hukuman mati kini tertumpu kepada hanya dua negara, Singapura dan Vietnam.

READ MORE:  Israel/occupied Palestinian territories: Newly adopted death penalty law must be repealed

Singapura meningkatkan pelaksanaan hukuman mati secara mendadak pada tahun 2025, hampir menggandakan jumlahnya daripada sembilan pada tahun 2024 kepada 17 pada tahun lalu, termasuk 15 bagi kesalahan berkaitan dadah. Lima rakyat Malaysia antara mereka yang dijatuhkan hukuman mati, termasuk penulis lagu dan puisi berwarganegara Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman.

Di negara lain di rantau ini, Vietnam telah mengurangkan skop hukuman mati –dengan memansuhkannya bagi lapan kesalahan, termasuk pengedaran dadah serta memperluaskan hala tuju untuk penggantian hukuman, mencerminkan perubahan serantau yang lebih luas dalam menjauhi hukuman mati.

“Peningkatan pelaksanaan hukuman mati di peringkat global dan penggunaan berterusan hukuman mati di rantau ini termasuk di Singapura menunjukkan keperluan segera untuk kerajaan Malaysia menolak hukuman ini dan memimpin usaha pemansuhan di Asean, termasuk demi rakyat Malaysia yang masih berdepan dengan hukuman gantung di negara jiran kita,” kata Divya Shesshsan Balakrishnan.

Hala tuju jelas

Pada tahun 2025, kerajaan Malaysia mengumumkan rancangan untuk menjalankan kajian menyeluruh mengenai dasar dan hala tuju hukuman mati di Malaysia, termasuk pemansuhan penuh hukuman mati.

Amnesty International Malaysia mengalu-alukan pengumuman tersebut namun berasa kesal kerana tiada perkembangan terkini mengenai status kajian itu di mana menunjukkan perkembangan terbantut.

Sejak tahun 2018, Malaysia telah mengambil langkah penting untuk mengurangkan penggunaan hukuman mati termasuk memperkenalkan moratorium terhadap pelaksanaan hukuman mati, memansuhkan hukuman mati mandatori dan menyemak semula beribu-ribu kes.

Hasilnya, jumlah individu yang berada dalam hukuman mati telah menurun daripada lebih 1,200 kepada kurang daripada 100.

Namun di sebalik pencapaian ini, hakikatnya tetap sama: masih ada individu yang dijatuhkan hukuman mati.

“Malaysia telah meletakkan asas bagi pemansuhan, namun momentum jelas semakin perlahan,” kata Divya Shesshsan Balakrishnan.

“Tanpa pelan hala tuju yang jelas dan terikat dengan tempoh masa, perkembangan ini berisiko untuk menghadapi penundaan. Apa yang diperlukan sekarang ialah tindakan konkrit untuk merangka jalan ke arah pemansuhan penuh.

“Tidak sepatutnya ada lagi sebarang keraguan. Sudah tiba masanya sekarang untuk menjadikan hukuman kejam ini sebagai sebahagian daripada sejarah sahaja.”

Amnesty International menentang hukuman mati secara mutlak dalam semua kes dan dalam apa jua keadaan serta menyeru kerajaan Malaysia untuk:

  • Komited terhadap pemansuhan penuh hukuman mati dalam undang-undang dan mengekalkan moratorium sedia ada terhadap pelaksanaan hukuman mati tanpa had masa
  • Menetapkan pelan hala tuju yang jelas dengan garis masa ke arah pemansuhan
  • Memansuhkan hukuman mati bagi semua kesalahan, termasuk kesalahan berkaitan dadah
  • Menggantikan semua kes-kes hukuman mati yang sedia ada

Laporan global Amnesty International menunjukkan bahawa walaupun pelaksanaan hukuman mati meningkat pada tahun 2025, jumlah negara yang melaksanakannya masih merupakan kelompok minoriti kecil dan trend global terus bergerak ke arah pemansuhan.

“Malaysia telah mengambil langkah-langkah bermakna ke arah itu. Kini tiba masanya untuk mengambil langkah terakhir dan membantu memimpin rantau ini ke arah masa depan tanpa hukuman mati,” kata Divya Shesshsan Balakrishnan. – Amnesty Malaysia

READ MORE:  Don't add drunk driving to Malaysia's death penalty list

English version

Decline in death sentences shows progress, but abolition must follow

Malaysia significantly reduced its use of the death penalty in 2025, but authorities must now commit to full abolition and set a clear timeline to end this punishment once and for all, Amnesty International Malaysia said on 18 May, marking the launch of its global report Death Sentences and Executions 2025.

The yearly number of new death sentences continued to fall in 2025 following the landmark abolition of the mandatory death penalty in 2023, which marked a turning point in Malaysia’s criminal justice system.

Yet the death penalty remains entrenched in Malaysia’s laws, leaving hard won progress at risk of reversal.

“Malaysia has shown that change is possible. Fewer people have been sentenced to death, and that matters,” said Amnesty International Malaysia spokesperson, Divya Shesshsan Balakrishnan.

“But without full abolition, Malaysia still stands with the minority of countries still holding on to an unjust and irreversible punishment.”

Courts drive decline

According to official figures provided to Amnesty International, in 2025, courts in Malaysia imposed 15 new death sentences, a one-third drop from 24 in 2024 and significantly lower than the 38 recorded in 2023.

It is also noteworthy that no new death sentences were imposed in Sabah and Sarawak last year.

At the same time, appellate courts continued to scale back the use of the death penalty. The Court of Appeal alone commuted 42 death sentences, including 24 involving drug offences, and acquitted four people.

However, three death sentences were upheld for men convicted of murder, including two foreign nationals.

Figures reported to Parliament indicated that, as of November 2025, 97 people remained on death row in Malaysia, a historic low for the nation.

Despite this progress, the death penalty continues to be imposed for drug-related offences, in gross violation of international human rights law and standards.

In 2025, almost half of all death sentences imposed were drug-related (seven out of 15).

“These figures show that Malaysia is already moving away from the death penalty,” said Divya Shesshsan Balakrishnan.

“But as long as courts continue to impose death sentences, including for drug-related offences, the law remains out of step with this progress and with international standards.”

Changing tides in Asean

Globally, executions surged to 2,707 in 2025, the highest figure recorded by Amnesty International in over four decades, since 1981.

Yet only 17 countries carried out executions, underscoring the growing isolation of those that still resort to implementing this punishment. More than two-thirds of countries worldwide are now abolitionists in law or practice.

In Southeast Asia, executions are now concentrated in just two countries: Singapore and Vietnam.

READ MORE:  Drop charges against Kokila Annamalai in Singapore

Singapore sharply increased executions in 2025, nearly doubling its total from nine in 2024 to 17 last year, including 15 for drug-related offences. Five Malaysians were among those executed, including Malaysian song and poetry writer, Pannir Selvam Pranthaman.

Elsewhere in the region, Vietnam reduced the scope of the death penalty, abolishing it for eight offences, including drug transportation, and expanded pathways for commutation, reflecting a broader regional shift away from the death penalty.

“The surge in executions globally and the continued use of the death penalty in our region, including in Singapore, underscores the urgent need for Malaysian authorities to reject this punishment and lead on abolition in Asean – including for the Malaysians who continue to face the gallows just next door to us,” said Divya Shesshsan Balakrishnan.

A clear path

In 2025, the Malaysian government announced plans to carry out a comprehensive study on the policy and direction of the death penalty in Malaysia, including the total abolition of the death penalty.

Amnesty International Malaysia welcomed the announcement but regrets that there has been no update on the status of the study, which suggests progress is stalling.

Since 2018, Malaysia has taken significant steps to reduce its use of the death penalty, including introducing a moratorium on executions, abolishing mandatory death sentencing and reviewing thousands of cases.

As a result, the number of people under the sentence of death has fallen from more than 1,200 to under 100.

But despite these gains, the fact remains: people are still being sentenced to death.

“Malaysia has laid the groundwork for abolition, but momentum is clearly faltering,” said Divya Shesshsan Balakrishnan.

“Without a clear and time-bound roadmap, these gains risk being reversed. What is needed now is concrete action to chart the way forward towards full abolition.

“There should be no hesitation. The time to consign this cruel punishment to the history books is now.”

Amnesty International opposes the death penalty unconditionally, in all cases and under any circumstances, and calls on the Malaysian government to:

  • Commit to the full abolition of the death penalty in law and maintain the existing moratorium on executions indefinitely
  • Establish a clear, time-bound roadmap towards abolition
  • Remove the death penalty for all offences, including drug-related crimes
  • Commute all existing death sentences

Amnesty International’s global report shows that while executions surged in 2025, the number of countries carrying them out remains a small minority, and the global trend continues to move towards abolition.

“Malaysia has already taken meaningful steps in that direction. Now is the time to take the final step and help lead the region towards a future without the death penalty,” said Divya Shesshsan Balakrishnan. – Amnesty Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted