Penubuhan unit siasatan jenayah kematian dalam lokap di bawah polis

What is the status of coroners' inquests? - FILE PHOTO: MALAY MAIL ONLINE

Eliminating Deaths and Abuse in Custody Together (Edict) merujuk laporan berita mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin mengenai penubuhan unit siasatan yang baru bagi menyiasat kes-kes kematian dalam tahanan polis.

Bagi Edict, ini adalah satu titik permulaan ke arah reformasi sistem dalam kes-kes melibatkan kematian dalam tahanan oleh polis. Tindakan menubuhkan satu unit khas di bawah Bukit Aman ini adalah selaras dengan apa yang diperjuangkan oleh pendokong hak asasi manusia seperti Edict agar kes-kes kematian dalam tahanan dalam sesebuah lokap di balai atau ibu pejabat polis daerah tidak disiasat oleh balai yang sama dimana kejadian kematian itu berlaku.

Edict ingin mengalu-alukan penubuhan unit siasatan yang baru ini bagi menyiasat kes kes kematian dalam tahanan polis. Penubuhan unit siasatan ini adalah selaras dengan saranan Mahkamah Tinggi di dalam kes Ganga Gouri yang mana YA Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim telah memutuskan seperti berikut:

Akhirnya, saya ingin membuat pemerhatian bahawa seorang pegawai penyiasat bagi kes-kes kematian semasa dalam tahanan pihak polis, adalah wajar pegawai penyiasat daripada balai polis atau IPD yang lain menjalankan siasatan. Lebih-lebih lagi sekiranya dalam kes kematian tersebut terdapat tohmahan bahawa pegawai atau anggota balai polis yang sama dikatakan terlibat dengan kematian simati tersebut. Ini adalah supaya siasatan tersebut dilihat lebih transperen, berintegriti serta meyakinkan semua pihak terutama ahli keluarga kepada simati. [eLaw Citation: [2012] MLRHU 1662]

Oleh itu, adalah tidak wajar bagi pihak polis daripada balai yang sama atau pun daripada ibu pejabat polis daerah yang sama menyiasat mana-mana kes kematian yang berlaku. Penyiasatan sebegini akan dilihat seperti tidak adil, tidak munasabah dan semestinya tidak akan diyakini oleh masyarakat umum.

Untuk itu, Edict mengalu-alukan penubuhan unit penyiasatan yang baru buat masa ini. Dengan wujudnya unit khas ini, Edict mengharapkan agar siasatan dapat dijalankan dengan penuh telus dan terbuka agar keputusan siasatan tersebut diyakini oleh orang awam.

Siasatan juga hendaklah dibuat dibawah Kanun Keseksaan dan pendakwaan harus dilakukan sekiranya wujud unsur jenayah, kecuaian atau pengabaian tugas dalam mana-mana kes.

Edict juga menyarankan kepada kerajaan agar segera mewujudkan satu akta koroner yang spesifik bagi menggantikan sistem mahkamah koroner sedia ada. Terdapat banyak pembaharuan kepada sistem mahkamah koroner yang perlu dilakukan dengan segera bagi memastikan pentadbiran sistem keadilan negara berjalan dengan baik dan meyakinkan.

Pada masa yang sama, Edict ingin menekankan bahawa Rang Undang-Undang IPCC [Independent Police Complaints Commission) yang bakal dibentangkan di Parlimen wajib ditarik balik dengan serta merta.

Bagi memastikan pembaharuan serta reformasi kepada polis tercapai, Edict menuntut agar Rang Undang-undang IPCMC [Independent Police Complaints and Misconduct Commission] seperti yang dicadangkan oleh suruhanjaya di-raja berkenaan polis yang ditubuhkan pada tahun 2005 dilaksanakan dengan serta merta.

Rang Undang-undang IPCC yang dicadangkan sekarang tidak akan membawa apa-apa perubahan atau pun reformasi yang bermakna dan meyakinkan terhadap polis. – Edict



AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments