Jawatankuasa Tindakan Protect Karpal Singh Drive (ProtectKarpal) menggesa kerajaan negeri Pulau Pinang supaya segera menunaikan komitmen terbuka Ketua Menteri Chow Kon Yeow untuk tidak memberikan sebarang tempoh lanjutan kepada PLB Engineering Berhad, selepas pangkalan data EKAS Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bahawa projek pemulihan tapak pelupusan sampah Jelutong dan penambakan tanah telah gagal memperoleh kelulusan penilaian kesan kepada alam sekeliling buat kali kelima berturut-turut.
Menurut senarai EKAS Jabatan Alam Sekitar yang disemak pada 30 April, penyerahan penilaian kesan kepada alam sekeliling kelima oleh PLB Engineering Berhad, yang diterima pada 18 Mac 2026, ditandakan sebagai “tidak diluluskan”.
Penyerahan kelima ini dibuat 20 hari selepas tarikh akhir yang diberi kepada pemaju (yang dinyatakan oleh ketua menteri sendiri), iaitu 26 Februari, dan penolakan kelima tersebut kini disahkan 63 hari selepas tarikh akhir itu tamat.
Ini bukan lagi sekadar kelewatan teknikal. Ia menunjukkan satu corak pengawalseliaan yang jelas: lima penyerahan, dalam tempoh melebihi 684 hari, dan lima penolakan.
Bagi keluarga-keluarga di Bandar Sri Pinang, Jelutong dan Karpal Singh Drive, isu ini bukan pertikaian perancangan yang abstrak. Ia berkaitan dengan persekitaran tempat mereka tinggal, taman awam yang telah dijanjikan kepada mereka, pemulihan tapak pelupusan sampah yang mereka sokong, dan tambakan laut yang tidak pernah mereka persetujui.
“Penduduk telah menunggu dengan sabar kerana mereka mempercayai proses ini dan berpegang pada kata-kata ketua menteri,” kata Dr K Ganesh, pengerusi ProtectKarpal.
“Namun, janji awam mesti mempunyai makna. Apabila tarikh akhir EIA telah berlalu, dan apabila projek ini kini telah ditolak lima kali oleh Jabatan Alam Sekitar, kerajaan negeri mesti berhenti berselindung di sebalik proses. Tambakan laut mesti dihentikan. Taman awam mesti dimulakan.”
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Lima penyerahan EIA, lima penolakan
ProtectKarpal merekodkan sejarah penyerahan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) berikut berdasarkan sistem EKAS JAS:
| Tarikh diterima oleh JAS | Pemaju | Perunding EIA | Status |
| 3 May 2024 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn Bhd | Tidak diluluskan |
| 11 July 2025 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn Bhd | Tidak diluluskan |
| 17 October 2025 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn Bhd | Tidak diluluskan |
| 26 February 2026 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn Bhd | Tidak diluluskan |
| 18 March 2026 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn Bhd | Tidak diluluskan |
Sumber: Sistem EKAS Jabatan Alam Sekitar, diakses pada 30 April 2026.
ProtectKarpal menegaskan bahawa komuniti tidak membantah pemulihan selamat tapak pelupusan Jelutong. Pemulihan tersebut agak mendesak dan telah lama tertangguh. Jawatankuasa ini juga menerima, pada prinsipnya, pembangunan atas tanah yang bertanggungjawab di kawasan yang telah dipulihkan.
Apa yang ditolak oleh komuniti ialah komponen tambakan laut pesisir pantai, yang tidak mempunyai mandat demokrasi, tidak mempunyai kelulusan alam sekitar, dan tidak lagi mempunyai legitimasi moral selepas lima percubaan EIA yang gagal.
Janji yang dibuat kepada komuniti
Pada 24 Jun 2025, Chow telah memberikan komitmen awam bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan memberikan lanjutan tempoh kepada PLB Engineering Berhad sekiranya kelulusan penilaian kesan kepada alam sekeliling tidak diperoleh sebelum 26 Februari 2026. Komitmen tersebut dilaporkan dalam Buletin Mutiara, penerbitan milik kerajaan negeri sendiri.
Tarikh akhir itu kini telah tamat. Penilaian kesan kepada alam sekeliling keempat ditolak selepas tarikh akhir tersebut. Penilaian kelima kemudiannya diserahkan pada 18 Mac 2026, tanpa pengumuman awam, tanpa pemberitahuan kepada komuniti, dan tanpa penjelasan tentang bagaimana penyerahan tersebut selaras dengan komitmen ketua menteri.
ProtectKarpal mengemukakan satu soalan mudah: jika ikrar ketua menteri benar-benar membawa maksud seperti yang dinyatakan, bagaimana penyerahan penilaian kelima boleh dibenarkan selepas tarikh akhir itu sudah tamat?
Tambakan laut tidak pernah menjadi janji
Rekod menunjukkan bahawa elemen projek yang paling kontroversial – tambakan laut pesisir pantai – telah berkembang tanpa persetujuan awam yang bermakna.
Pada tahun 2016, respons tender semakan PLB Engineering Berhad tidak mencadangkan tambakan laut pesisir pantai.
Selepas perjanjian pembangunan bersama ditandatangani pada tahun 2020, Chow menyatakan secara terbuka bahawa tanah tambahan “sehingga 10 ekar” akan ditambak.
Menjelang pameran awam penilaian kesan kepada alam sekeliling pada tahun 2025, komponen tambakan laut itu telah meningkat kepada 70 ekar.
Perluasan ini berlaku tanpa penjelasan awam yang mencukupi, tanpa persetujuan komuniti yang bermakna, dan tanpa perbahasan dewan undangan negeri yang setimpal dengan skala perubahan tersebut.
Maklum balas awam juga jelas: 98.6% daripada maklum balas konsultasi awam membantah komponen tambakan laut.
Tuntutan ProtectKarpal
ProtectKarpal menyeru kerajaan negeri Pulau Pinang, ketua menteri, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), dan semua pihak berkuasa berkaitan supaya segera:
- Menunaikan ikrar 24 Jun 2025 dengan mengesahkan secara terbuka bahawa tiada lanjutan tempoh akan diberikan kepada pemaju PLB Engineering Berhad
- Menamatkan mandat pemaju di bawah perjanjian pembangunan bersama bertarikh 21 Februari 2020, memandangkan lima penolakan penilaian kesan kepada alam sekeliling dan kegagalan memenuhi tarikh akhir yang telah dinyatakan
- Menyiarkan secara terbuka semua surat penolakan JAS yang dikeluarkan kepada kerajaan negeri atau PDC, termasuk alasan penuh bagi kesemua lima penolakan penilaian kesan kepada alam sekeliling
- Menggugurkan secara kekal komponen tambakan laut pesisir pantai daripada mana-mana pelan masa depan bagi tapak pelupusan Jelutong
- Meneruskan pemulihan tapak pelupusan yang selamat dan pembangunan atas tanah yang bertanggungjawab, termasuk taman awam berkualiti yang telah lama dijanjikan kepada rakyat Jelutong
- Mewartakan Middle Bank sebagai santuari marin dan melantik pihak bebas untuk menjalankan penilaian impak kesihatan sebelum sebarang kerja pemulihan tapak dimulakan
ProtectKarpal juga menyeru rakyat Pulau Pinang, organisasi masyarakat sivil, kumpulan alam sekitar, persatuan penduduk dan pihak media supaya menuntut ketelusan, akauntabiliti dan model pembangunan yang melindungi manusia serta tempat.
Jawatankuasa ini meminta Ketua Menteri Chow memberikan maklum balas awam selewat-lewatnya pada 7 Mei 2026.
“Lima penolakan bukanlah satu kemunduran pentadbiran yang kecil,” kata Ganesh. “Ia merupakan amaran awam.
“Pulau Pinang masih boleh memilih jalan yang lebih baik: memulihkan tapak pelupusan sampah, melindungi pantai, menunaikan janji, dan memberikan kepada rakyat taman awam yang telah dijanjikan kepada mereka.” – ProtectKarpal
Fifth EIA Rejection: Penang CM Must Keep His Promise
The Protect Karpal Singh Drive Action Committee, operating under Persatuan Penduduk Bandar Sri Pinang Pulau Pinang, calls on the Penang State Government to immediately honour Chief Minister Chow Kon Yeow’s public commitment to grant no further extension to PLB Engineering Berhad, after the Department of Environment’s EKAS database showed that the Jelutong landfill rehabilitation and land reclamation project has failed to obtain Environmental Impact Assessment (EIA) approval for the fifth consecutive time.
According to the Department of Environment’s EKAS listing, checked on 30 April 2026, PLB Engineering Berhad’s fifth EIA submission, received on 18 March 2026, is marked “Tidak Diluluskan.” This fifth submission came 20 days after the Chief Minister’s stated deadline of 26 February 2026, and the rejection is now confirmed 63 days after that deadline expired.
This is no longer a technical delay. It is a clear regulatory pattern: five submissions, over 684 days, and five rejections.
For the families of Bandar Sri Pinang, Jelutong and Karpal Singh Drive, this is not an abstract planning dispute. It is about the place they live beside, the public park they were promised, the landfill rehabilitation they support, and the sea reclamation they never consented to.
“Residents have waited patiently because they trusted the process and the Chief Minister’s word,” said Dr K. Ganesh, Chairperson of ProtectKarpal. “But a public promise must mean something. When the EIA deadline has passed, and when the project has now been rejected five times by the Department of Environment, the State Government must stop hiding behind process. The reclamation must end. The park must begin.”
Five EIA Submissions, Five Rejections
ProtectKarpal records the following EIA submission history from the Department of Environment EKAS system:
| Date received by DoE | Proponent | EIA consultant | Status |
| 3 May 2024 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn. Bhd. | Tidak Diluluskan |
| 11 July 2025 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn. Bhd. | Tidak Diluluskan |
| 17 October 2025 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn. Bhd. | Tidak Diluluskan |
| 26 February 2026 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn. Bhd. | Tidak Diluluskan |
| 18 March 2026 | PLB Engineering Berhad | Yes Bizs Sdn. Bhd. | Tidak Diluluskan |
Source: Department of Environment EKAS system, accessed 30 April 2026.
ProtectKarpal stresses that the community is not opposed to the safe rehabilitation of the Jelutong landfill. That work is urgent and long overdue. The committee also accepts, in principle, responsible on-land development on rehabilitated ground.
What the community rejects is the coastal sea reclamation component, which has no democratic mandate, no environmental approval, and no moral legitimacy after five failed EIA attempts.
A Promise Made to the Community
On 24 June 2025, Chief Minister Chow Kon Yeow publicly committed that the Penang State Government would grant no further extension to PLB Engineering Berhad if EIA approval was not obtained before 26 February 2026. That commitment was reported in Buletin Mutiara, the State Government’s own publication.
The deadline has now expired. The fourth EIA was rejected after that date. A fifth EIA was then submitted on 18 March 2026, without public announcement, without community notification, and without explanation of how such a submission was consistent with the Chief Minister’s commitment.
ProtectKarpal asks one simple question: If the Chief Minister’s pledge meant what it said, how was a fifth EIA submission allowed after the deadline had already expired?
The Reclamation Was Never the People’s Promise
The record shows that the project’s most controversial element — coastal reclamation — has expanded without meaningful public consent.
In 2016, PLB Engineering Berhad’s revised tender response did not propose coastal reclamation. After signing the Joint Development Agreement in 2020, CM Chow stated publicly that “up to 10 acres” of additional land would be reclaimed. By the 2025 EIA public display, the reclamation component had grown to 70 acres.
This expansion took place without adequate public explanation, without meaningful community consent, and without State Assembly debate proportionate to the scale of the change.
The public response has been equally clear: 98.6% of public consultation feedback opposed the reclamation component.
ProtectKarpal’s Demands
ProtectKarpal calls on the Penang State Government, the Chief Minister, the Penang Development Corporation, and all relevant authorities to immediately:
- Honour the 24 June 2025 pledge by confirming publicly that no further extension will be granted to PLB Engineering Berhad.
- Terminate the developer’s mandate under the 21 February 2020 Joint Development Agreement, given five EIA rejections and the failure to meet the stated deadline.
- Release all Department of Environment rejection letters issued to the State Government and/or PDC, including the full grounds for all five EIA rejections.
- Permanently remove the coastal reclamation component from any future plan for the Jelutong landfill site.
- Proceed with safe landfill rehabilitation and responsible on-land development, including the quality public park long promised to the people of Jelutong.
- Gazette Middle Bank as a Marine Sanctuary and commission an independent Health Impact Assessment before any site works proceed.
ProtectKarpal also calls on Penangites, civil society organisations, environmental groups, residents’ associations and members of the press to insist on transparency, accountability and a development model that protects both people and place.
The committee requests that Chief Minister Chow Kon Yeow respond publicly by 7 May 2026.
“Five rejections are not a small administrative setback,” said Dr. Ganesh. “They are a public warning. Penang can still choose the better path: rehabilitate the landfill, protect the coast, honour the promise, and give the people the park they were told would come.”
-Jawatankuasa Tindakan Protect Karpal Singh Drive (ProtectKarpal)
Issued on 30 April 2026
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


