Oleh Latheefa Koya
Pada 12 Disember, Timbalan PM Zahid Hamidi telah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada 40 pertuduhan rasuah dalam kes VLN selepas peguam negara menarik balik rayuannya.
Mahkamah tidak mempunyai pilihan kerana kerajaan melalui peguam negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan.
Tindakan ini merupakan tamparan hebat kepada usaha memerangi rasuah di Malaysia. Ia secara asasnya merosakkan reputasi kita di peringkat serantau dan global. Dunia sedang menyaksikan sandiwara ini.
Saya mengetahui secara langsung fakta mengenai kes ini. Badan penyiasat utama dalam kes ini ialah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan merupakan ketua pesuruhjaya pada masa Zahid didakwa di mahkamah atas kesalahan ini.
Saya biasanya tidak mengulas kes yang disiasat oleh saya; bagaimanapun kes ini amat berkait dengan soal kepentingan negara.
Saya memutuskan untuk mengesyorkan kepada peguam negara supaya Zahid didakwa berdasarkan kertas siasatan SPRM di samping perbincangan dengan pegawai saya. Setiap aspek telah dikaji. Siasatan dilakukan dengan teliti dan menyeluruh. Oleh itu, saya tidak teragak-agak dalam membuat syor demikian.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Saya terkejut dengan dakwaan wakil peguam negara di Mahkamah Rayuan bahawa terdapat “asas undang-undang atau fakta yang kukuh” untuk menarik balik rayuan itu. Ini sangat berbeza dengan pengetahuan saya tentang perkara itu, dan saya berada dalam kedudukan untuk mengetahuinya.
Berdasarkan keterangan dan mengambil kira penghakiman Mahkamah Tinggi, proses undang-undang sepatutnya dibenarkan untuk berjalan.
Tidak kira sama ada tertuduh adalah timbalan perdana menteri atau rakyat biasa, undang-undang terpakai sama rata, seperti mana termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Ini berlaku selepas pengguguran 47 pertuduhan pecah amanah dan rasuah terhadap Zahid dalam kes Akalbudi pada September tahun lalu. Apakah seorang kerani biasa kerajaan boleh menerima layanan sebegini daripada peguam negara?
Saya berharap perdana menteri dan pemimpin kerajaan lain tidak cuba memperbodohkan orang ramai dengan mendakwa mereka tidak mengetahui perkara ini. Zahid merupakan sekutu politik terdekat PM, dan semua kes rasuahnya telah digugurkan oleh peguam negara. Apa yang berlaku amat jelas. Penjelasan telah dituntut, tetapi sehingga kini tidak dijawab kerajaan. Inikah tadbir urus yang baik?
Kesimpulan yang tidak dapat dielakkan ialah di Malaysia, kedaulatan undang-undang telah lumpuh. Asas kepada prinsip kedaulatan undang-undang ialah semua rakyat dilayan sama, tanpa mengira status atau kedudukan politik mereka.
Sikap sembrono melanggar undang-oleh penguasa adalah ciri negara yang gagal seperti mana Syria di bawah regim Assad. Kita tidak mahu Malaysia menuju ke arah itu.
Latheefa Koya ialah bekas ketua pesuruhjaya SPRM.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme