Pengalaman wanita terhadap gangguan seksual menandakan keperluan mendesak untuk penggubalan Akta Gangguan Seksual (Malay/English)

0
78 views
Photograph: Patrizia Kramer/Flickr

[ENGLISH VERSION BELOW} Kajian terbaru yang dijalankan oleh Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) dan Vase.ai, sebuah firma kajian, menunjukkan wujudnya keperluan yang mendesak bagi penggubalan undang-undang gangguan seksual. The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) mendesak kerajaan untuk meneruskan usaha membantangkan rang undang-undang ini pada persidangan Parlimen yang seterusnya bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat untuk wanita.

Vase.ai dan Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) telah mengumumkan keputusan tinjauan bersama, “Suara Wanita Malaysia terhadap Diskriminasi dan Gangguan di Tempat Kerja”. Tinjauan ini adalah berdasarkan pendapat 1,010 orang wanita Malaysia, dalam usaha untuk memahami kelaziman dalam pengalaman wanita mengenai diskriminasi dan gangguan di tempat kerja.

Selain bertujuan untuk menyokong keperluan perubahan polisi yang memberikan kesaksamaan gender di tempat kerja, hasil tinjauan ini juga menunjukkan keperluan bagi Akta Gangguan Seksual yang akan memberi perlindungan kepada mangsa gangguan seksual dalam apa jua konteks.

Pengalaman wanita dalam menghadapi gangguan seksual

Secara keseluruhan, 62% wanita yang ditinjau berkata mereka pernah mengalaminya dalam satu atau pelbagai bentuk gangguan seksual di tempat kerja, menunjukkan majoriti wanita di Malaysia pernah mengalami gangguan seksual di tempat kerja: 39% pernah berhadapan dengan jenaka atau inuendo seksual yang menyinggung, 24% pernah disentuh atau dipegang, 22% pernah menerima gerak tubuh atau pandangan seksual, 18% pernah dihendap, dan 16% pernah mengalami gangguan seksual secara verbal.

Persepsi wanita terhadap gangguan seksual

Walaupun para wanita ini telah diberitahu mengenai jenis perlakuan spesifik yang menjelaskan mengenai gangguan seksual dan 62% wanita mengakui bahawa mereka pernah berhadapan dengan perlakuan-perlakuan ini sekali atau lebih, apabila ditanya sama ada mereka pernah berhadapan dengan gangguan seksual sebelum ini, hanya 21% wanita mengakui pernah mengalami gangguan seksual.

Tambahan lagi, apabila diberi contoh perlakuan yang dikira sebagai gangguan seksual, wanita kebiasaannya mengkategorikan perlakuan tersebut sebagai “tidak profesional,\” dan bukannya gangguan seksual. Secara spesifiknya:

  • 52% wanita tidak beranggapan perlakuan menyarankan rakan sekerja untuk menggoda pelanggan/bakal pelanggan sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 42% wanita tidak beranggapan perlakuan menghendap sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 50% wanita tidak beranggapan menggoda pelanggan yang telah menolak sebarang cadangan secara berulang-kali sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 12% wanita tidak beranggapan bahawa melakukan gerak tubuh, isyarat atau pandangan yang berbaur seksual sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 11% wanita tidak beranggapan perlakuan menghantar atau menerima emel, buletin atau gambar yang berbaur seksual kepada seseorang sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 9% wanita tidak beranggapan perlakuan menggoda secara seksual ke atas pihak yang tidak memberi kerelaan sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 16% wanita tidak beranggapan perlakuan mengeluarkan kenyataan berbaur seksual kepada sesiapa sahaja yang tidak merelakannya sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 33% wanita tidak beranggapan sesorang yang membuat jenaka atau inuendo berbaur seksual sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional
  • 15% wanita tidak beranggapan sentuhan yang tidak diundang atau secara paksa sebagai satu bentuk gangguan seksual tetapi hanya menganggap ianya sebagai perlakuan tidak profesional.
READ MORE:  Rang undang-undang gangguan seksual: JAG mendesak kerajaan untuk memastikan nasib mangsa terjamin (Malay/English)

Statistik ini menunjukkan percanggahan antara pengalaman wanita yang pernah mengalami gangguan seksual dan persepsi mereka mengenai apa itu gangguan seksual lantas menunjukkan wujudnya keperluan untuk Akta Gangguan Seksual untuk mentakrifkan apa itu gangguan seksual dan menyediakan mekanisme penyelesaian, serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu ini dan memberikan mesej yang jelas kepada masyarakat bahawa gangguan seksual adalah satu kesalahan.

Akta Gangguan Seksual bukan sahaja akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan mangsa gangguan seksual mengenai apa yang mereka alami, malah dalam kalangan pelaku kesalahan yang mungkin sudah mempunyai tabiat kebiasaan melakukan gangguan.

“Malaysia Temperature Check,” sebuah tinjauan dengan kerjasama Vase.ai, WAO, Undi18 dan Architects of Diversity telah mendapati 89% rakyat Malaysia bersetuju bahawa kita memerlukan lebih banyak polisi bagi memastikan wanita tidak dijadikan subjek kepada gangguan seksual dalam apa jua konteks.

JAG menggesa kerajaan untuk bertindak berdasarkan hasil tinjauan yang telah menggarisbawahkan pengalaman ramai wanita Malaysia dengan membahaskan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual ketika sesi Parlimen yang akan datang.

Tinjauan “Suara Wanita Malaysia terhadap Diskriminasi dan Gangguan di Tempat Kerja” telah dijalankan oleh panel atas talian Vase.ai menggunakan kaedah pengsampelan kuota aktif di mana hanya individu yang dihubungi sahaja dibenarkan untuk menyertai. Responden berusia antara 24 dan 55 tahun merupakan kuota sampel berdasarkan statistik sensus bangsa dan kawasan berdasarkan gender. Tambahan lagi, responden-responden ini juga merupakan responden yang aktif di dalam tenaga kerja dalam masa lima tahun sebelumnya bagi melayakkan mereka untuk menyertai tinjauan ini.

Hasil tinjauan lengkap boleh didapati di sini.

Diakui oleh ahli organisasi JAG:

1. All Women’s Action Society (Awam)
2. Association of Women Lawyers (AWL)
3. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
4. Justice for Sisters
5. Kryss Network
6. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
7. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
8. Perak Women for Women (PWW)
9. Sabah Women’s Action Resource Group (SAWO)
10. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
11. Sisters in Islam (SIS)
12. Tenaganita
13. Women’s Aid Organisation (WAO)
14. Women’s Centre for Change (WCC), Penang

English version

Women’s experiences and perceptions of sexual harassment demonstrate urgent need for Sexual Harassment Act

New research conducted by Women’s Aid Organisation (WAO) and research company Vase.ai demonstrates an urgent need for the enactment of sexual harassment legislation. The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) urges the government to follow through on its commitment to table the bill in the next Parliament session, and to help make Malaysia a safer place for women.

READ MORE:  Sidang parlimen tidak mustahil malah mustahak untuk mengangkat demokrasi berparlimen (Malay/English)

Vase.ai and Women’s Aid Organisation (WAO) recently launched the results of a survey collaboration, “Voices of Malaysian Women on Discrimination and Harassment in the Workplace.” The survey, based on the opinions of 1,010 Malaysian women, sought to understand the prevalence of and women’s experiences with workplace harassment and discrimination. In addition to supporting the need for policy change to bring about a more gender equal workplace, the survey results demonstrate the need for a Sexual Harassment Act that provides redress for sexual harassment in any context.

Women’s experience of sexual harassment

Overall, 62% of women surveyed said they have experienced one or more forms of sexual harassment in the workplace, suggesting that the majority of Malaysian women have experienced sexual harassment in the workplace.

Of these, 39% have experienced offensive sexual jokes or innuendos, 24% have experienced unwelcome touching or grabbing, 22% have experienced sexual gestures, body movements, or looks, 18% have experienced stalking behaviour, and 16% have experienced verbal sexual abuse.

Women’s perceptions of sexual harassment

Despite the fact that, when presented with specific types of behaviours constituting sexual harassment, 62% of women indicated they have experienced one or more of those behaviours, when asked the question of whether they had encountered sexual harassment before, only 21% of women answered affirmatively.

Additionally, when given examples of certain behaviours constituting sexual harassment, women often categorised the behaviour as “unprofessional” but did not identify it as sexual harassment. Specifically,

  • 52% of women do not consider the act of suggesting a coworker to make advances towards a client or potential client, to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 42% of women do not consider the act of stalking, to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 50% of women do not consider repeatedly making advances towards a person who has already declined them to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 12% of women do not consider making sexual gestures, body movements or looks to someone, to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 11% of women do not consider the act of sending or composing sexual emails, bulletins or photos to someone to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 9% of women do not consider the act of making sexual advances towards unwilling recipients to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 16% of women do not consider the act of directing sexual statements towards unwilling recipients to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 33% of women do not consider a person making sexual jokes or innuendos to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
  • 15% of women do not consider unwelcome touching or grabbing to be a form of sexual harassment but classify it as unprofessional behaviour
READ MORE:  Extend sitting of Parliament: Enact a ‘Covid-19 law’

These statistics suggest a discrepancy between women’s experiences of sexual harassment and their perception of what constitutes sexual harassment and go directly to the need for a Sexual Harassment Act, not only to define sexual harassment and provide redress mechanisms for it, but to enhance public awareness of the issue and send a clear message to society that it is wrong.

A Sexual Harassment Act will not only raise awareness among survivors of sexual harassment about what they are experiencing, but also among perpetrators, who may have normalised harassing behaviour.

The “Malaysia Temperature Check,” an earlier survey collaboration by Vase.ai, WAO, Undi18, and Architects of Diversity found that 89% of Malayasians agree that more policies are needed to ensure that women are not subjected to sexual harassment in any context.

JAG urges the government to act swiftly on the survey results, which underscore the experiences of many Malaysian women, by tabling the sexual harassment bill during this Parliament session

The “Voices of Malaysian Women on Discrimination and Harassment in the Workplace” survey was administered to Vase.ai’s online panel using an active quota sampling-method, where only people contacted were allowed to participate. Respondents aged between 24 and 55 were quota sampled according to census statistics on race and region by gender. Additionally, these respondents had to also have been active in the workforce within the last five years to participate in the survey.

The complete survey results are available here.

Endorsed by the following JAG member organisations:

1. All Women’s Action Society (Awam)
2. Association of Women Lawyers (AWL)
3. Foreign Spouses Support Group (FSSG)
4. Justice for Sisters
5. Kryss Network
6. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
7. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
8. Perak Women for Women (PWW)
9. Sabah Women’s Action Resource Group (Sawo)
10. Sarawak Women for Women Society (SWWS)
11. Sisters in Islam (SIS)
12. Tenaganita
13. Women’s Aid Organisation (WAO)
14. Women’s Centre for Change (WCC), Penang

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments