Pencemaran sungai di Perlis: CAP gesa tindakan tegas

Keadaan Sungai Kubang Tiga di Perlis yang tercemar - KOSMO

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perlis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang terlibat menjadi punca berlakunya pencemaran Sungai Kubang Tiga, Padang Besar baru-baru ini.

CAP berharap JAS mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan berdasarkan peraturan-peraturan yang termaktub dibawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.

CAP kesal walau pun kejadian itu sudah lama berlaku tetapi tindakan yang diambil agak lambat menyebabkan kesannya ke atas alam sekitar dan kehidupan penduduk di sini menjadi bertambah serius.

Siasatan JAS Perlis mendapati masalah pencemaran Sungai Kubang Tiga di sini berpunca dari pelepasan air larut resap (leachate) dari Tapak Pelupusan Sinatari Rimba Emas menyebabkan air sungai tersebut tercemar, bertukar warna menjadi hitam dan berbau.

Sebelum ini air sungai itu boleh digunakan untuk mandi dan orang ramai menjalankan aktiviti penangkapan ikan tetapi sekarang tidak lagi boleh berbuat demikian. Malah petani yang menggunakan air sungai ini untuk tanaman mereka juga mengalami kerugian kerana hasil pendapatan berkurangan sejak pencemaran ini berlaku.

Jabatan Pertanian perlu membuat penilaian berhubung hasil tanaman petani di sini yang terjejas dan memberi pampasan kepada mereka bagi meringankan beban akibat kerugian yang dialami selama ini.

CAP meminta JAS, Majlis Perbandaran Kangar dan Jabatan Pengairan dan Saliran mendedahkan tindakan undang-undang yang diambil ke atas pihak yang menyebabkan masalah ini berlaku dan tahap kualiti air sungai itu sekarang.

Pemantauan yang kerap dan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan syarikat yang terlibat menguruskan tapak pelupusan tersebut telah mengambil tindakan dengan sempurna agar alam sekitar dikawasan ini selamat dan kehidupan penduduk tempatan tidak lagi terancam.

READ MORE:  Tangani pencemaran di Pulau Jerejak dengan segera

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP)

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments