
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menahan pengarah eksekutif Suaram Sevan Doraisamy atas alasan memasuki kawasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tanpa pas.
Hakikatnya, Suaram telah menunggu selama dua jam setengah di luar kawasan KDN untuk menghadiri temu janji yang telah dijanjikan kepada mereka bagi membincangkan isu Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 Sosma).
Namun, mereka diabaikan oleh pihak berkuasa, dan kini berdepan intimidasi dalam bentuk tangkapan yang tidak berasas.
Penahanan ini bukan kes yang terpencil malah melambangkan satu perkembangan yang membimbangkan.
Pada 6 Februari, seramai lapan aktivis turut ditahan di luar ibu pejabat Polis Wangsa Maju ketika berhimpun secara aman bagi menyatakan solidariti terhadap Hani yang sedang disoal siasat. Tangkapan tersebut juga dilakukan tanpa notis awal dan tanpa mengikut prosedur yang sepatutnya.
Ini menambah kepada senarai panjang tindakan pihak berkuasa yang menyekat kebebasan bersuara dan hak berhimpun secara aman.
Dalam tempoh sebulan ini sahaja, sekurang-kurangnya 25 aktivis mahasiswa, masyarakat terpinggir dan pejuang hak asasi manusia telah dan sedang diintimidasi oleh pihak polis.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Peningkatan kes intimidasi terhadap aktivis menunjukkan bahawa ruang demokrasi semakin menyempit, dan kerajaan “Madani” yang kononnya menjunjung hak asasi semakin mengulangi kezaliman rejim lampau.
Bersih menegaskan bahawa kebebasan bersuara dan hak untuk menuntut reformasi adalah asas dalam sistem demokrasi. Penahanan dan gangguan berterusan terhadap aktivis adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa yang tidak boleh diterima. – Bersih
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme