Pemimpin harus mengambil maklum tentang status kesihatan masing-masing

0
84 views
Photograph by Tumisu/Pixabay

Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengambil maklum kerisauan kawan Geramm yang turut sama bertugas di barisan hadapan dalam situasi peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Selain dari terus mengamalkan kawalan kendiri, Geramm memohon kerjasama dari semua pihak, terutama pemimpin negara yang menjemput media bagi membuat liputan sesebuah acara, agar mengambil maklum tentang status kesihatan masing-masing.

Sekiranya terdapat keraguan, penjelasan segera perlu diberikan agar langkah pencegahan dapat diambil oleh mana-mana pengamal media bertugas yang berisiko sebagai kontak rapat individu tersebut.

Tidak dapat dinafikan kesibukan pemimpin-pemimpin negara akhir-akhir ini secara tidak langsung telah meningkatkan risiko jangkitan, terutama jika terdapat rekod perjalanan ke daerah yang mencatatkan jumlah kes positif tinggi.

Seseorang pemimpin politik yang pulang dari Sabah dan sedang menjalani kuarantin disarankan mengemaskini status kesihatan, sama ada negatif atau positif daripada jangkitan Covid-19.

Pemakluman status kesihatan mereka di media sosial membantu wartawan dan orang awam yang pernah berinteraksi dengan mereka.

Geramm turut mengambil maklum seorang pengamal media yang pulang dari membuat liputan pilihanraya negeri Sabah telah disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Diharap semua kawan Geramm yang sedang menjalani proses kuarantin setelah pulang dari Sabah akan terus bersabar sehingga tamat tempoh 14 hari, serta kekal selamat.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments