Pembatalan peruntukan semua ahli parlimen yang menyokong Mahathir

0
51 views
Photograph: Wikimedia Commons

Kerajaan PN hendaklah segera membatalkan penafian peruntukan parlimen tersebut demi menghormati amalan demokrasi berparlimen, ujar WH Cheng.

Baru-baru ini beberapa ahli parlimen Pakatan Harapan dan Bersatu yang menyokong Dr Mahathir Mohamad telah dimaklumkan bahawa peruntukan parlimen untuk kawasan masing-masing telah dibatalkan oleh Unit Pelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.

Kami ingin mempersoal tindakan perdana menteri kerajaan Perikatan Nasional, kenapa beliau bertindak membatalkan peruntukan kepada semua ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan dan Bersatu yang menyokong tidak sehaluan dengannya?

Kenapa Muhyiddin bertindak demikian? Adakah beliau bermotifkan dendam semata-mata?

Kerajaan PN yang merangkumi Umno, Pas dan Bersatu perlu ingat bahawa, sewaktu pemerintahan PH, semua ahli-ahli parlimen pembangkang ketika itu, Umno dan Pas, turut diberikan peruntukan untuk kawasan parlimen yang mereka duduki.

Tetapi kenapa sekarang, apabila PN mengambil-alih tampuk pemerintahan, cara dan layanan tersebut telah berubah kepada yang asal, yakni seperti zaman pemerintahan Umno-BN dahulu.

Untuk pengetahuan, ahli-ahli parlimen, baik kerajaan mahupun pembangkang, adalah dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya umum. Justeru itu, semua ahli-ahli Parlimen adalah layak menerima peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan untuk pembangunan dan penyaluran bantuan di kawasan parlimen masing-masing.

Jadi, adalah menyalahi kehendak rakyat dan pengundi jika sekiranya kerajaan menafikan penyaluran peruntukan ke kawasan-kawasan parlimen di mana ahli-ahli Parlimen yang mereka pilih adalah dari kalangan parti pembangkang.

Tindakan menafikan peruntukan kepada kawasan parlimen tersebut juga membelakangi demokrasi dan semangat berparlimen di negara ini.

Sebagai peringatan kepada Muhyiddin dan barisan kabinet menterinya, kerajaan PN adalah merupakan sebuah kerajaan yang terbentuk hasil daripada satu rampasan kuasa, dan ianya merupakan kerajaan belakang pintu yang terbentuk bukan atas kehendak rakyat.

READ MORE:  Syabas! Pulau Pinang teladan dalam peruntukan dana Covid-19 yang tidak diskriminatif (Malay/English)

Oleh yang demikian, kerajaan PN hendaklah segera membatalkan penafian peruntukan parlimen tersebut demi menghormati amalan demokrasi berparlimen di dalam negara ini.

23 Mac 2020

Sumber: inter-researchstudies.blogspot.com

[On 30 March, it was revealed that all MPs not from the ruling coalition would receive RM100,000 for them to spend on the communities in their areas – Editor]

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments