Pelantikan ketua jabatan di USM: Amalan untuk semua universiti awam?

250 views

Awal minggu ini, Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak) telah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah memutuskan bahawa pemilihan dekan dan ketua jabatan Pusat Tanggungjawab Akademik turut melibatkan ‘staf bukan akademik’ pusat tersebut.

Keputusan ini telah ditarik balik pada 11 Julai 2021 selepas Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran USM (PKAP USM) mengingatkan pihak pentadbir tertinggi USM bahawa tindakan tersebut melanggar peruntukan yang termaktub dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 Seksyen 18 dan juga Perlembagaan USM Seksyen 29(4).

Seksyen 29(4) ini jelas menyatakan bahawa “Naib Canselor hendaklah, selepas berunding dengan pekerja akademik setiap Fakulti atau Pusat Pengajian, melantik seorang Dekan berkenaan”.

Gerak mengalu-alukan keputusan baharu ini.

Sebagai latarbelakang, sejak 2011, USM merupakan salah satu universiti awam yang mula melaksanakan proses pencalonan dan pemilihan dekan menerusi pendekatan bottom-up.

Ini melibatkan semua “staf akademik” dalam proses pencalonan dan pengundian di setiap pusat pengajian.

Proses rundingan sebegini adalah satu mekanisme yang amat penting untuk menjamin isu-isu berkenaan kepentingan dan kebebasan akademik dapat disuarakan, dirundingkan dan dipertahankan pada peringkat pusat pengajian.

Gerak berpendapat tujuan peruntukan Seksyen 29 (4) dalam Perlembagaan USM adalah untuk memperkenalkan elemen pendemokrasian bagi menggantikan mekanisme ‘budi bicara’ pihak naib-canselor dalam proses pencalonan dan pemilihan jawatan dekan.

Pada asasnya, sistem ini bertujuan mempertingkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam proses pelantikan ketua jabatan di pusat pengajian, institut, pusat akademik, pusat penyelidikan dan akademi.

Namun demikian, Gerak sedar bahawa masih terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan proses tersebut.

Pertama, pihak universiti jarang mengumumkan keputusan pencalonan dan pemilihan yang dilakukan oleh ahli-ahli akademik dalam sesebuah pusat pengajian.

READ MORE:  When politicians lurk in universities

Hal ini menunjukkan isu tadbir urus yang kurang telus dari segi pelaksanaan pencalonan dan pemilihan ketua jabatan bagi Pusat Tanggungjawab Akademik.

Kedua, naib-canselor tidak diwajibkan untuk melaksanakan pelantikan ketua jabatan mengikut keputusan majoriti. Hal ini menimbulkan keraguan antara kalangan staf akademik yang selalu mempersoalkan akauntabiliti pihak pelaksana dalam proses sedemikian.

Akibatnya, semangat penyertaan staf akademik terjejas dan memberikan satu impak yang negatif terhadap budaya kebebasan adademik di USM.

Oleh yang demikian, Gerak berpandangan amalan di USM ini perlu diperhalusi dari segi prosedur pendemokrasian proses pencalonan, pemilihan dan pelantikan dekan, atas prinsip memperjuangkan kebebasan akademik.

Gerak menegaskan bahawa institusi-institusi pendidikan tinggi di Malaysia mempunyai kewajipan untuk menjalankan pendidikan dan penyelidikan berdasarkan autonomi keilmuan.

Kenyataan Gerak ini berasaskan prinsip mempertahankan kebebasan akademik dan semangat kesepakatan. Gerak juga ingin manyarankan dan menyokong usaha berterusan PKAP USM untuk menegakkan intipati perlembagaan USM bagi tujuan menambahbaikan proses dan amalan pendemokrasian institusi pendidikan tinggi di Malaysia. – Gerak

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments