Pelancaran Malaysia Racism Report 2024 dan tinjauan retrospektif (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sempena Hari Antarabangsa bagi Penghapusan Diskriminasi Kaum pada 21 Mac, Pusat Komas menyeru tindakan segera untuk diambil bagi menghapuskan masalah perkauman dan diskriminasi kaum di Malaysia.

Di Malaysia, diskriminasi kaum kekal sebagai isu mendalam yang mempengaruhi dasar, institusi dan interaksi harian sesama.

Perkauman terus menggugat keharmonian sosial melalui retorik politik dan ketiadaan dasar untuk menangani isu-isu diskriminasi dan ucapan kebencian (hate speech).

Maka, Pusat Komas melancarkan “Malaysia Racism Report 2024” dan “Malaysia Racism Report: A Decade in Review (2015-2024)” – satu tinjauan retrospektif khas yang menyoroti corak-corak utama dan cabaran sistematik yang kita menghadapi sebagai rakyat Malaysia sepanjang dekad yang lalu.

Penemuan utama daripada Laporan 2024 termasuk:

  • Politik perkauman kekal berleluasa, menyemarakkan perpecahan dan kebencian
  • Komuniti yang dipinggirkan seperti pelarian Rohingya, migran dan masyarakat orang Asli teru berdepan diskriminasi dalam pendidikan dan pekerjaan
  • Dasar berasaskan kaum terus ditegaskan, dibela dan disokong oleh segelintir rakyat di Malaysia, walaupun tindakan yang lebih inklusif dan lestari sering kali diseru
  • Media sosial masih menjadi platform untuk naratif rasisme, hate speech dan maklumat salah (misinformation) yang tidak dikawal

Analisa laporan rasisme kami sepanjang dekad lalu juga memberikan perspektif penting mengenai corak rasisme di negara kita:

  • Politik perkauman terus menguasai wacana kebangsaan dan menyekat usaha reformasi
  • Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang dan dasar anti-diskriminasi yang menyeluruh, walaupun adanya percubaan untuk membawa perbincangan ini ke arus

Pusat Komas mencadangkan beberapa langkah ke arah membentuk sebuah Malaysia yang lebih inklusif berikutan penemuan kami di atas, iaitu

  • Menubuhkan suruhanjaya keharmonian nasional yang bebas bagi memantau dan mengawal ketengangan kaum dan agama di Malaysia;
  • Mengalihkan dasar tindakan afirmatif (affirmative action policies) kepada dasar yang berasaskan keperluan (needs-based policies) untuk menangani ketidaksamaan sosial dan ekonomi;
  • Menggubal undang-undang dan dasar baharu serta memperkukuhkan yang sedia ada, lalu mendesak institusi seperti Suhakam, Suruhanjaya Pilihan Raya dan lain-lain agar lebih prihatin terhadap isu perkauman
  • Melaksanakan latihan sensitiviti kaum untuk kaitangan sektor awam dan swasta
  • Membina program literasi media dan pemikiran kritikal di sekolah bagi membanteras pengaruh misinformation dan retorik berbahaya dari peringkat awal
  • Melibatkan pelbagai pihak berkepentingan (penggubal dasar, NGO, ahli akademik, media dan lain-lain) dalam menangani isu perpaduan sosial di kalangan masyarakat di Malaysia
READ MORE:  CIJ condemns Era FM staff’s racist actions

Malaysia tidak boleh berdiam diri dan membenarkan perkauman terus berleluasa.

Sempena hari yang penuh bermakna ini, Pusat Komas menggesa kerajaan, institusi, media dan rakyat kita untuk mengambil langkah yang kukuh ke arah keadilan.

Perkauman bukan sekadar isu yang pernah berlaku di dalam sejarah kita tetapi ia merupakan realiti masa kini yang perlu ditangani dengan penuh keberanian dan komitmen.

Laporan-laporan yang dilancarkan ini adalah suatu seruan untuk bertindak ke arah perubahan.

Kedua-dua laporan akan dimuat naik di laman web rasmi Komas. – Komas

English version

Launch of Malaysia racism report and special 10-year review

On this International Day for the Elimination of Racial Discrimination on 21 March, Pusat Komas calls for urgent action to dismantle racism and racial discrimination in Malaysia.

In Malaysia, racial discrimination remains a deeply rooted issue, affecting policies, institutions and daily interactions.

From rhetoric in politics to the lack of policies addressing discrimination and hate speech, racism continues to undermine social cohesion.

That said, this is why Pusat Komas is launching the “Malaysia Racism Report 2024” and “Malaysia Racism Report: A Decade in Review (2015-2024)” – a special 10-year retrospective that highlights key patterns and systemic challenges over the past decade.

Key findings from the 2024 report include:

  • Racial politics remains as rampant as ever, fuelling division and hate
  • Marginalised communities, including Rohingya refugees, migrants and indigenous groups continue to face discrimination in education and employment
  • Race-based policies continue to be reinforced, justified and advocated for by sectors within the country, despite calls for more inclusive and sustainable action
  • Social media is still a breeding ground for racist narratives, hate speech and misinformation, which largely continues to go unchecked
READ MORE:  CIJ condemns Era FM staff’s racist actions

The analysis of our racism reports from the past decade has also garnered interesting insights into the patterns of racism in our nation:

  • Racial politics has dominated national discourse, often stalling reform efforts
  • Malaysia lacks comprehensive anti-discrimination laws and policies despite its many attempts to mainstream conversations

Upon making these findings, Pusat Komas formulated the following recommendations for a more inclusive Malaysia:

  • Establish an independent national harmony commission to monitor and regulate racial and religious tensions in Malaysia
  • Phase out race-based affirmative action policies in favour of needs-based policies to address social and economic inequalities
  • Establish new laws and policies to improve existing legislation while demanding that our institutions such as Suhakam and the Electoral Commission can have a better focus on racism
  • Institute racial sensitivity training for government and private sector personnel
  • Develop media literacy and critical thinking programmes in schools to combat misinformation and harmful rhetoric early on
  • Engage with a diverse set of stakeholders (policymakers, civil society groups, academia, media) in addressing social cohesion within our society

Malaysia must not allow racism to fester unchecked.

As we mark this day, Pusat Komas urges the government, institutions, media, and the public to take concrete steps towards racial justice.

Racism is not just a historical blip – it is a present reality that must be confronted with courage and commitment.

The reports launched on 21 March serve as a wake-up call and a roadmap for change.

Both reports will be available for download on Komas website. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments